Monday, November 26, 2012

Suatu kisah: Warna Warna

Seorang anak bertanya kepada ayahnya

"ayah, kenapa tv dulu-dulu tiada warna?"

ayahnya pun menjawab, "kerana warna pada masa dahulu tidak wujud, nak"

"habis tu, mana datang warna nya ayah?"

Friday, November 2, 2012

Aidil Adha 2012 : Perantau.


Aidil Adha kali ni merupakan kali ketiga berturut turut aku menyambut Raya Haji di perantauan. Sedih tu sedih jugak, tapi apakan daya, dah duduk jauh di seberang laut, dan cuti pun hanya seminggu, aku patut fikir lima enam tujuh lapan belas kali untuk balik beraya di kampung. Kat rumah mungkin kurang meriah sebab tak cukup adik beradik kat rumah. Adik aku yang belajar kat Kedah tu pun tak balik. Kak Long pun tak balik. Orang yang dah ada tangga rumah macam tu la.. kena gilir-gilir kampung beraya. Hmm.. kalu nak selalu raya kat kampung, kena kahwin dengan jiran sebelah la..haha.
Masjid UMS

Sunday, October 28, 2012

28 Oktober...setiap tahun~


28 Oktober setiap tahun, semenjak 1992 adalah hari ulangtahun kelahiran adik aku yang ketiga. Nurul Jannah binti Shuhaimi aka Kak Chik. SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN KE 20. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN SENTIASA DIBERKATI DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI.
Aidilfitri 2012

Saturday, October 27, 2012

lima ringgit


“RM5!”

“What??”, im start to speak english, as I always do when I am in a shock moment. Kunun.

“Berapa?”, tanyaku lagi inginkan kepastian.

“Lima ringgit”, jawab si perempuan penjaga kaunter itu dengan tiada segarit pun senyuman di wajah.

Tuesday, October 9, 2012

Sabah bahh... - Part 1


Sabah. Sebuah negeri  di Malaysia Timur, bagi aku adalah sebuah negeri yang unik dan menarik. Negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Zee Avi (aku peminat dia,haha) merupakan negeri yang sangat kaya dengan flora dan fauna, hasil hutan, petroleum, budaya, adat resam dan keunikan yang tiada tolak bandingnya.


Baru baru ini heboh apabila ada mahasiswa sebuah universiti tempatan yang menghina negeri Sabah sehingga menjadi kes polis. Entri ini agak lewat keluar memandangkan isu ini mungkin sudah sejuk. Sengaja aku tunggu isu ni sejuk dulu, tak mahu nanti menimbulkan sebarang perkara berbangkit pulak kalau aku keluarkan entri yang berkaitan benda yang hotEntri ini bukanlah untuk membela mana mana pihak, ataupun untuk condemn mana mana pihak tapi hanyalah sekadar opinion peribadi aku sendiri berdasarkan pengalaman selama baru masuk tahun ketiga di negeri di Bawah Bayu ini.

Tuesday, August 7, 2012

Hikayat Terung Manggur


Terung manggo. Atau nama saintifiknya  Solanum tarvum. Aku tak pasti apa nama yang korang panggil. Terung bulat mungkin? Oh ya terung pipit. Kalu zaman dulu dulu terung ni femes dikalangan budak budak sebab  kami guna buat peluru senapang kayu. Main perang perang. Village War II (VWII).

Sebenarnya aku takpenah rasa pun terung ni. Tapi ma aku suka. Biasalah orang kampung ni makan ulam ulaman. Segala jenis pucuk kayu dimakannya. Awet mudalah katakan. Biasanya ulam ulaman seperti pucuk segala jenis pucuk (pucuk ubi, ketereh, ulam raja, pucuk paku-(siriusly paku sebenarnya boleh dimakan), pucuk miding dimakan mentah ataupun dicelur sebelum dicecah budu dan dimakan bersama nasi. Memang yummy sebenarnya.
gambar cari kat tenet

Thursday, July 19, 2012

Sesudu Bubur Buat Ibu :)


Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu menggoncang goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.


Friday, July 13, 2012

Musim wau tiba lagi!


Ngam ngam balik cuti kali ni, musim wau dekat kampung aku. Seingat aku, musim wau yang paling rancak dulu ialah semasa zaman aku sekolah rendah. Dah lupa dah tahun bila. Dah lama dah orang kampung ni tak main wau. Tak tahulah kalu dorang main masa aku tak ada kat kampung kan.

Selalunya permainan adalah bermusim kat kampung aku. Seingat aku dulu ada musim wau, lepas tu musim gasing, musim ayam serama, musim ikan flowerhorn, musim guli, musim burung merbah jambul, musim belalang, banyak lagilah. Selalunya akan ada pertandingan. Contohnya masa musim ayam serama dulu, semua dok gilakan ayam yang katik tu. Ekornya terjungkit. Kalau yang cantik cantik, harga sekor ayam boleh cecah sampai 5,6 ribu. Lebih mahal dari sekor kerbau kau..haha.

wau TRW

Monday, July 9, 2012

Kejutan Yang Terkejut


Kejutan. Kadang kadang kita suka buat kejutan sebab nak tau apa reaksi seseorang yang di-aim kan? Di sini ada satu tips. Kalau nak buat kejutan, kita mesti bersedia dan seeloknya ada back-up plan. Ataupun terminating plan.  Ini penting supaya bukan kita pula yang dikejutkan nanti. Baru tak jadi senjata makan tuan.

Baru baru ni, aku berkunjung ke rumah nenek sedara aku. Rumah dia betul betul kat belakang HUSM di Kubang Kerian, Kelantan. Forever alone. Lone Ranger. Sensorang je pegi. Sebelum pergi ma aku dah pesan, suruh call dulu bagitau nak datang rumah. Sebab Mak Mah ni kaki jalan. Jarang melekat kat rumah. Aku bagitau ma aku, ala tak pe la saja nak buat surprise la kunun. Haha. Selalunya kalau nak pergi rumah, aku call dan Mak Mah akan datang jemput di stesen bas KB. Takpun di stesen KTM Wakaf Bharu. Tapi oleh sebab aku dah ingat jalan nak pi rumah dia, aku pegi sendiri and langsung tak bagitau aku nak datang. Lagipun taknak la menyusahkan dia lagi. Dah besar panjang pun nak manja manja bagai, apekehe!
HUSM

Tuesday, May 8, 2012

Laksamana Sunan: Pahlawan Melayu Yang Tiada Dalam Buku Teks Sejarah.. xP


Aku jatuh cinta kat novel RAM lepas aku baca novel Bagaikan Puteri. Cerita dia memang superb. RAM pandai menghidupkan watak Saifudin Jalis a.k.a Laksamana Sunan a.k.a lelaki berduka dari Tanah Rencong a.k.a lelaki bertanduk dua. Bagaimana seorang Melayu yang hidupnya terbuang angkara fitnah, muncul menjadi seorang pahlawan yang digeruni di Nusantara setelah menjadi anak asuhan Wali Sufi di Acheh. Laksamana Sunan digambarkan menentang kejahatan makhluk yang kufur. Sebelum berlawan Laksamana Sunan biasanya akan memberi tawaran terlebih dahulu; bertaubat, kembali kepada Allah, atau bertempur. Laksamana Sunan mempunyai senjata ampuh yang digeruni musuhnya; Keris Nenggroe.
Laksamana Sunan? 

Wednesday, April 25, 2012

Loser!!


Aku jarang sebenarnya nak menulis pasal gelojak dalaman jiwa ni. Bagi aku, buat apa nak dikongsi benda yang orang tak patut tahu kan. Biarlah kita sorang yang tahu. Lagipun takde orang nak ambik tahu. Hal hati, biarkan dalam hati. Kan. 

Tapi kali ni aku nak tulis jugak. Biar ar, sukati aku r ni kan belog aku..huh!

Mini Putrajaya 
“Oh, ini bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia, ku dihukum masuk neraka oleh manusia. Mintak tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu. Maafkan mereka, mereka tidak tahu, mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu, mereka tidak fasih malah fasik guna kata kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa, maafkan mereka, mereka tiada nilai. Ibu bapak lalai dari kecil dah di abai. Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.”

Saturday, April 21, 2012

My 22nd Besday~~


Hari ni Sabtu, 21 April. Pagi pagi lagi bergegas ke SSMP ada midterm Food Microbiology. Agak meyakinkan la kan nak jawab midterm. Sekali soalannya aduiyaiii.  

Malam tadi bukan main fokus lagi aku menelaah Microbe ni. Sekali jam 12, tiba tiba 2 biji telur ayam pecah berderai kat dahi aku. Lepas tu tanpa sempat aku wat apa apa, datang pulak tepung ke bedak ke apa tah, berlumur simbah kat aku. Habis laptop ngan lantai bilik aku. Bila dah jadi macam ayam golek tepung yang sedia untuk digoreng, aku masuk ke bilik air nak cuci. Sekali datang budu daa, melayang melekat kat badan aku. Binawe punye kawan. Terpaksa aku mandi malam malam. Huh. Aku bernasib baik sebab minyak goreng ikan masih panas dok dalam kuali. Kalu tidak mungkin aku dah bertukar jadi orang minyak malam tu. Huhu.
hepi sweet 18..hehe

Tuesday, April 17, 2012

Sabah Meat Technology Centre

Semalam, kami seramai 30 orang student dari kursus Teknologi Makanan dan Bioproses, SSMP UMS menghadiri lawatan ke Sabah Meat Technology Centre (SMTC), di Kinarut, Papar. Lawatan ni kiranya sebagai pendedahan awal kepada kami tentang cara memproses daging setelah 5 minggu dok baca slideshow je bagi subjek NB20002 Meat and Seafood Technology.

Sebelum tiba di sana, apa yang terbayang di tubir mindaku ialah, tempat ni adalah tempat proses produk makanan berasaskan daging. Mungkin sosej, atau daging burger, dsb. Tapi apabila sampai, lain jadinya.
ok apa kaetan cerita lembu dgn gadis2 ini?? fuh!

Saturday, April 14, 2012

KKP2012: Kisah seram sejuk


Tengah syok bawak moto, tiba tiba aku rasa lain macam je gegaran kat tayar belakang aku. Aku stop. Bagi hon kat budak ni yang kat depan. Sume stop. Masa ni aku dok dalam barisan yang ketiga.

“kenapa?”

“pancit. Tayar aku pancit!”

“aduh”
stop dalam hutan.. baju askar tu pakcik yang bantu kami

Thursday, April 12, 2012

KONVOI Kembara Pitas 2012- hari ke-2


KONVOI Kembara Pitas 2012. Hari kedua. Sebenarnya banyak rancangan kami yang berubah di saat akhir. Yelah, manusia hanya mampu merancang. Tapi yang menentukan adalah ALLAH.

Lepas solat Subuh dan sarapan pagi, kami jalan jalan di sekitar kampung.  Kami jalan dan sampai di SK Rosob. Ada sorang cikgu kat depan pagar tu, kami minta izin nak masuk tengok dalam sekolah. Dia bagi je. Lagipun dia kenal Hairul aka Bob panggilan di kampung. Dia kata biasa je orang masuk, sampai ke dalam kelas pun ada. Katanya, harini semua buat persiapan untuk program penyerahan sekolah angkat MASWing. Wah, beruntungnya sekolah ni. Mesti maju jap g. Hehe.
kanak kanak riang darjah 6.

Wednesday, April 11, 2012

KONVOI Kembara Pitas 2012- Hari 1

KONVOI Kembara Pitas 2012. Mungkin tu nama yang sesuai untuk aktiviti kami kali ni. Mungkin la. Aku baru terfikir nama ni tadi. Hehe.
peta perjalanan konvoi. hehe

Sunday, April 8, 2012

Memang selalu macam ni...


Memang selalu jadi macam ni. Kalu berjumpa kenalan baru, orang jarang tanya aku asal mana, tapi org akan tanya, “kau orang Kelantan eh?”

budu sedap campur durian n cili padi..shh~

Aku dah cuba sedaya upaya bercakap KL, *hahahaha* tapi masih berbau budu.

Tuesday, April 3, 2012

Boling Inter School UMS 2012


Pertandingan Boling Tenpin Sukan Universiti 2012. Di Centre Point. 32 team daripada 16 sekolah. Jangan tanya kami ranking ke berapa. Sekian.
walaupun longkang, gaya mesti maintain..haha

Wednesday, March 28, 2012

Sabah Part II- Kundasang, Ranau, Poring


Perjalanan kali ni tak dirancang lama lama la pulak kan. Awalnya rancang nak berlibur di Labuan, gi makan coklat murah. Bebas cukai. Tiba tiba last minutes cancel plak. Ubah nak gi Kundasang. Sebenarnya aku dah pernah pegi Kundasang masa tahun satu haritu, tapi bila kali di dorang ajak nak ke Tamparuli, Ranau, Poring, Kinabau Park, tercair la pulak aku nak ikut lagi, hehe.
hero tamil

Tuesday, March 27, 2012

Sabah Part 1 : Rumah Terbalik Tamparuli


Unik. Itu yang mampu diluahkan bila melihat Rumah Terbalik. Ada hikmahnya kami tidak terperasan kewujudan rumah ini semasa dalam perjalanan ke Kundasang masa pagi tu. Masa nak balik malam tu baru perasan rumah ni hanya letak di tepi jalan ke Tamparuli je. Masa pagi tu kami tercari cari gak rumah ni, tapi tak jumpa. View malam lebih cantik. Dengan lampu limpah, peerrgghh!!

view hadapan

Monday, March 19, 2012

Are you in love with someone??

Are you in love with someone??

*sebelum baca, sila bukak background music lagu mohabbatein..hehe

Friday, March 16, 2012

......

Aku kuat. Aku susah nak menangis Dah lama tak menangis. Aku  menangis semalam. Rasa tertekan, terhina, rasa tak dipercayai, rasa tak diharap, rasa tak berguna, rasa macam patung.  Kredibiliti aku dipertikaikan. Direndahkan.

Monday, February 13, 2012

Ekspedisi Stong.. xD


“Ya ALLAH, selamatkanlah perjalanan kami semasa naik dan turun nanti, semasa pergi dan balik Ya ALLAH. Jadikanlah ekspedisi kami kali ini sebagai satu perjalanan yang mendekatkan kami kepada-MU Ya ALLAH. Jauhkanlah kami daripada tergolong dalam kalangan orang orang yang zalim”

sunrise@ Stong

Friday, February 3, 2012

100 ciuman untuk sayang~


Rahman susah hati. Syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit ke kampung untuk belanja isteri dan anak anak. Akhirnya Rahman mendapat satu idea dan mengirim sepucuk surat kepada isterinya:


Wednesday, February 1, 2012

Suri- Part 1


Suri. Nama yang ringkas. Tapi dimiliki oleh sesusuk tubuh yang telah berjaya mencuri hatiku. Nama persis anak pelakon terkenal Tom Cruise dan Katie Holmes. Aku mula mengenalinya apabila kami sama sama mengikuti satu program universiti ke sebuah pulau di pantai barat negeri Sabah.

Dia mungkin tidaklah secantik Lee Da Hea, tapi bagiku dia memiliki tarikan yang tersendiri. Senyuman manis yang mampu mencairkan bukan sekadar hati malahan juga besi. Menjadi dambaan ramai lelaki. Memiliki keperibadian Muslimah sejati. Namun begitu, aku hanya memendamkan sahaja rasa yang terbuku di jiwa, kerana aku sedar siapalah diri ini; tiada rupa, tiada juga harta.

Oh sebenarnya aku penakut, bak kata Yuna dalam lagunya di AJL haritu. :P

Thursday, January 26, 2012

dia masih milikku~



Ada lagi satu kisah pada hari 15 Jan. Betul la kata orang, bila ditakdirkan masih ada rejeki, memang rejeki lah, walau macam mana sekalipun rintangan, ataupun sesulit manapun halangan. Bila dah bukan rejeki, benda yang dah kat mulut pun boleh jatuh lagi.

Tuesday, January 24, 2012

Anda Tentunya Dewasa dan Matang Bilaa....


Tahun 2012, berapa umur korang? Matangkah kamu? So anda tentunya dewasa dan matang apabila anda rasakan anda tergolong dalam ciri ciri di bawah. Kajian selama 22 tahun oleh aku dan sila jangan percaya oke. Hehe :P

Monday, January 16, 2012

“ Abang, boleh ke saya nak bunuh diri??”


“ Abang, boleh ke saya nak bunuh diri??”, tanya seorang lelaki padaku sambil menangis, pada petang 15 Jan 2012 selepas aku bersolat jama’ takdim Maghrib dan Isyak di surau Hentian Putra KL. (*pada pengamatan aku, si penanya ni lebih tua dari aku, mungkin 30-an umurnya, sukati dia je nak panggil aku abang, memang tak laa~)


Saturday, January 7, 2012

The Pearl~


untuk yang tersayang..hehe


First time keluar membeli mutiara Sabah.