Aku jatuh
cinta kat novel RAM lepas aku baca novel Bagaikan Puteri. Cerita dia memang
superb. RAM pandai menghidupkan watak Saifudin Jalis a.k.a Laksamana Sunan
a.k.a lelaki berduka dari Tanah Rencong a.k.a lelaki bertanduk dua. Bagaimana
seorang Melayu yang hidupnya terbuang angkara fitnah, muncul menjadi seorang
pahlawan yang digeruni di Nusantara setelah menjadi anak asuhan Wali Sufi di
Acheh. Laksamana Sunan digambarkan menentang kejahatan makhluk yang kufur.
Sebelum berlawan Laksamana Sunan biasanya akan memberi tawaran terlebih dahulu;
bertaubat, kembali kepada Allah, atau bertempur. Laksamana Sunan mempunyai
senjata ampuh yang digeruni musuhnya; Keris Nenggroe.
Ye, cerita ini digambarkan berlaku pada Zaman
Melaka lagi dan pada abad ke-21. Laksamana Sunan dikatakan sama hebat dengan
Hang Tuah, malah mereka pernah bertempur atas arahan Sultan Melaka tetapi bergabung
atas nama kebenaran, untuk menentang kejahatan, tanpa pengetahuan sultan. RAM
garapkan cerita ini dengan sangat baik. Bagaimana Haryani, seorang wanita dari
abad 21 boleh tersesat ke zaman Melaka semasa koma, takdir menentukan mereka
berjumpa. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan
manusia.
Perjalanan yang panjang dan penuh ranjau membuatkan Haryani dan Laksamana
Sunan mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani pula, seorang lelaki yang
seketurunan dengan Laksamana Sunan mendambakan cinta Haryani setelah pertama
kali melihat Haryani yang koma terlantar di hospital. Antara dua lelaki,
Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada
tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 ataupun kembali
semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu
kehidupan itu mesti mati. Haryani kemudian dimatikan pada zaman Melaka dan
kembali ke abad 21.Haryani pernah menerima mushaf dari Laksamana Sunan pada
kurun ke 15 dulu, dan mushaf itu menjadi sejarah dan sampai ke tangan Haryani
semula pada abad 21.
Kisah
perjuangan Laksamana Sunan kemudiannye bersambung ke novel seterusnya; Cinta
Sang Ratu. Bagaimana pertempuran di antara Laksamana Sunan dengan pewaris
kerajaan Pulau Utara, iaitu Ratu Sulaman (RS). RS pada asalnye seorang anak
yatim, diasuh oleh ibu angkatnya iaitu Maharani, menjadikannya seorang
pemerintah yang kejam dan bengis. Kufur pada Yang Maha Pencipta. RS kuat kerana
sihir yang diamalkannya. RS akhirnya di-Islamkan dan berkahwin dengan Laksamana
Sunan. Maharani yang kejam sanggup membunuh anaknye sendiri, RS kerana RS tidak
lagi bersamanya. Akhirnya, kerajaan Pulau Utara tenggelam ke dasar laut dengan
izin Allah. Wujudnya Pulau Utara dikatakan kerana sihir.
Watak
Haryani juga masih dihidupkan dalam novel kedua ini dan digarap dengan baik.
Digambarkan Haryani pergi ke Acheh untuk mencari Dani, iaitu lelaki yang mendambakan cintanya. Danilah juga yang
menyelamatkan nyawanya. Dani hilang setelah bencana tsunami berlaku pada 26
Disember 2006 ( disebut pada penghujung novel Bagaikan Puteri). Dani yang
berasal dari kampung Punggor, Johor pergi ke Acheh untuk mencari Keris Nenggroe
warisan Laksamana Sunan. Di Acheh, Haryani terperangkap dengan Manggala, iaitu
manusia-serigala jadi-jadian.
Kisah Laksamana
Sunan bersambung lagi dalam novel ketiga; Hijab Sang Pencinta. Laksamana Sunan
yang merasa sangat rindu kepada keluarganya, kembali semula ke kampung asalnya
di Tanah Melayu untuk menziarahi ibubapanya. Berita kepulangannya diketahui
oleh Sultan Melaka. Kemurkaan Sultan Melaka kepada Laksamana Sunan masih
membara setelah Laksamana Sunan menghalang perkahwinan Sultan Melaka dengan
Haryani kerana memulangkan Haryani kembali ke abad 21. Laksamana Sunan menjadi
buruan istana Melaka. Laksamana Sunan bersembunyi di sebuah gua dan satu
keajaiban berlaku lagi apabila jasadnya berpindah merentasi hijab masa dan
sampai ke abad 21. Sekali lagi Laksamana Sunan bertemu Haryani dan dan kisah
cinta yang melangkaui masa mekar semula. Peristiwa lucu berlaku apabila
seseorang dari zaman lain, tiba ke tempat yang asing baginya. Mereka hampir
berkahwin kemudiannya tetapi Laksamana Sunan ditembak dan kembali ke zaman
Melaka. Mana mungkin seseorang mampu hidup dalam dua zaman.
Novel
keempat, Cinta Sufi. Setelah ditembak di tangan dan di dada dalam novel ketiga,
Laksamana Sunan terdampar semula di zaman Melaka. Tahun 1511. Masa itu digambarkan
Portugis menyerang Melaka dan Melaka tumpas. Watak Catalina, iaitu balu seorang
bangsawan Portugal iaitu Aryas de Lopo menghidupkan plot cerita ini. Setelah
kematian suaminye, Catalina sering bermimpi bertemu dengan wanita berhijab
bernama Maryam. Catalina teringin melihat wajah Maryam tanpa hijab. Meryam
mengisyaratkan Catalina ke Tanah Melayu untuk mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Katanya ‘lelaki bertanduk dua’ itu akan membimbingnya berjumpa Maryam. Catalina
datang ke Melaka ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’ yang dikenalinya melalui
mimpinya.
Tanpa
diduga, takdir menemukan Laksamana Sunan dan Catalina. Rupanya ‘lelaki
bertanduk dua’ yang dimaksudkan itu adalah Laksamana Sunan. Malangnya Laksamana
Sunan pada masa itu bukan lagi wirawan. Kudratnya telah lenyap lantaran
merentas relung masa yang menyebabkan organ dalamannye menjadi lemah dan
ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Laksamana Sunan hampir dibunuh musuh
namun diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Luna ialah makhluk bersayap
dari bangsa Polip yang berhabitat di Pergunungan Himalaya. Laksamana Sunan,
Luna dan Catalina bukan sahaja terperangkap dalam perjalanan yang berliku,
malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi. Untuk
mengembalikan semula kudrat Laksamana Sunan, Hang Tuah membawa Laksamana Sunan
ke dasar tasik di Hulu Melaka dengan bantuan naga yang dihadiahkan oleh
Maharaja China kepada Hang Tuah semasa meminang Puteri Hang Li Po untuk Sultan
Melaka.
Pengembaraan
Laksamana Sunan diteruskan lagi dalam novel kelima; Sutera Bidadari. Rupanya
Keris Nenggroe milik Laksamana Sunan berada di Lisbon, Portugal pada abad ke
21. Dijaga oleh penjaga amanah berbangsa Portugal yang sangat cintakan budaya
Melayu, iaitu Saifullah. Dua orang sahabat dari Malaysia, iaitu Abid Kamal dan
Shahril turut berusaha menjejaki warisan Laksamana Sunan sehingga ke Lisbon. Bersama
Saifullah juga ada menyimpan Catatan Maryam, iaitu catatan asli sepanjang
perjalanan Catalina bersama Laksamana Sunan yang akhirnya memeluk Islam dan
dikenali sebagai Maryam. Keris Nenggroe dan Catatan Maryam dicuri oleh pencuri
yang sangat bijak, iaitu Elizebeth.
Pada tahun
1511, sepanjang perjalanan Laksamana Sunan ke Negeri Atas Angin untuk memburu
Taghut, Laksamana Sunan selalu terperangkap dalam mimpi yang diseru oleh Sang
Dewi. Sang Dewi ialah seorang wanita siluman jelita yang tinggal di hutan
negeri Inderipuri, di Kepulauan Hindi. Sang Dewi adalah seorang pembunuh yang
kejam, tetapi tidak akan mengganggu jika tidak diganggu. Sang Dewi selalu
menyeru Laksamana Sunan untuk meminta pertolongan tetapi tidak pernah
menunjukkan rupanya. Laksamana Sunan dalam dilema kerana selalu mendengar suara
isterinya Ratu Sulaman yang dizahirkan menerusi Sang Dewi. Laksamana Sunan mula
terpengaruh dengan perasaan berbelah bahagi setelah mendengar puisi yang
dikarang untuk isterinya dilafazkan oleh Sang Dewi.
Cinta Sang Ratu,
laksana langit mencengkam
purnama, ibarat mutiara di lautan biru, saujana mata memandang, seluas langit
terbentang, tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN, apabila rindu
terusik, Rasul-NYA menjadi pilihan, sampai masanya cinta jadi taruhan, Sang
Ratu menjadi impian.
Rupanya, roh Ratu Sulaman disumpah oleh
Maharani dan terkurung menjadi Sang Dewi yang selalu menyeru Laksamana Sunan ke
alam yang tidak berdinding. Sebab itulah rupa Sang Dewi sama dengan Ratu
Sulaman.
Bagi aku,
kisah Laksamana Sunan adalah lagi bagus dan sangat bagus berbanding kisah Harry
Potter. Siryes kalu RAM nak buat filem cite ni, aku sokong sangat sangat. Dan
aku yakin bukan aku sorang je yang sokong, ramai lagi peminat Laksamana Sunan
yang akan suka. Banyak pengajaran dan sejarah, walaupun dieksploitasi tapi
masih tidak mengubah nilai dan fakta sejarah. Watak Laksamana Sunan akan
digilai sebagaimana watak Harry Potter yang memang langsung tak masuk akal itu.
*walaupun aku suka dengan watak Hermione Granger dalam Harry Potter.. hehehe..
# ‘SUNAN MUSAFIR’, episod terakhir pengembaraan Laksamana Sunan dah keluar, tunggu masa je nak kuar beli..ngehehe J
novel ini memang best pun...tapi tak jumpa bahagian 2 novel ini..huhu...sedihnya:(...
ReplyDeletecari kat MPH, Popular.. bnyak la.. :D
Deletetu mmg gamba laksamana sunan kew?
ReplyDeletetak la. tu gambar dari google. hehe
Deletetu mmg gamba laksamana sunan ke?
ReplyDeletehuhu....cerita laksamana sunan dah habis....di dalam Sunan Musafir....
ReplyDeleteharap harap ada flash back....dari laksamana Sunan...jumpa isteri dan kelahiran anak nya sunan Musafir...yg tidak diceritakan....
macam tak best je bila cerita laksamana sunan ni habis....harap ada penceritaan masa membesarkan anaknya....yg tak diceritakan lagi...
ReplyDeletehuhu....cerita laksamana sunan dah habis....di dalam Sunan Musafir....
ReplyDeleteharap harap ada flash back....dari laksamana Sunan...jumpa isteri dan kelahiran anak nya sunan Musafir...yg tidak diceritakan....
salam, dalam byk2 novel RAM. siri ni yg paling sy xdpt baca sbb yg sy sndr xtaw. pasti meremang bulu roma n tengkuk. skrg ni sy tgh mencari susur galur yg xpasti betul atau x, sy terlibat dlm keturunan sunan.
ReplyDeletead yg boleh bantu sy?
salam. setahu saya.. sunan adalah satu cerita rekaan.. tidak pula saya tau pasal keturunannya.
DeleteHahaah...mungkin dari susur galur megat kot🤣🤣🤣
DeleteNext lepas sunan musafir ada satu lagi novel tajuk sunan. Dia menceritakan masa Sarifuddin sebelum ke Acheh lagi.. Lepas dia ke Acheh dia jumpa Ratu Sulaman buat pertama kali dgn sorang lagi perempuan nama Engku Aminah (kalo xsilap). Love triangle.. Btw sebelum tu ada novel tajuk Magis. Laksamana Sunan jumpa dgn Tombiruo, Ryu Watanabe, Mikail dan Carlos. Watak2 utama dlm novel RAM yg lain.
ReplyDeletehehe.. yup. saya pun dah ada novel Magis... Novel Sunan pun ada, siap hardcover lagi.. beli masa promo Sunan.. :D
Deleteseems like u're RAM-ians too.. :D
Kalau ada yg bru sila inform ye. sya minat giler laksamana sunan..
ReplyDeleteNk cari novel novel KT mne ekk skrg?
ReplyDeleteDah baca laksmana sunan all novel.... sgt kagum dgn dy smpai rse trtnya2 dy tu wjud ke x... huhu
ReplyDeletedah keluar ke sunan musafir ? . kat mana na cari cinta sufi yerrr . yg lain dah ada
ReplyDeleteMmg best sampai terbawa bawa dlm mimpi bila baca bagaikan puteri..
ReplyDeleteMmg best sampai terbawa bawa dlm mimpi bila bava bagaikam puteri..
ReplyDeleteMmg best sampai terbawa bawa dlm mimpi bila baca bagaikan puteri..
ReplyDeleteMmg best sampai terbawa bawa dlm mimpi bila baca bagaikan puteri..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
ReplyDelete1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
4. Cinta Sufi, RM 19.90
5. Sutera Bidadari, RM 22.00
6. Sunan Musafir, RM 22.00
7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00
Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
Terima kasih :)
📿Assalamualaikum....
ReplyDelete🌾.....Salam.Zulhijah
📿SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Semoga kita semua tetap dalam kesehatan..kebaikkan..keberkatan...
MOHON MAAF ZAHIR BATIN SENTIASA TAK TERHINGGA DULU KINI & UNTUK SELAMANYA🤲
Bila baca semula ni tetiba terfikir cerita alchemy of soul , tasik yg Ada anergy tu macam tiru novel ni pulak. Macam novel ke 4
ReplyDelete