Perjalanan kali ni tak dirancang lama lama la
pulak kan. Awalnya rancang nak berlibur di Labuan, gi makan coklat murah. Bebas
cukai. Tiba tiba last minutes cancel plak. Ubah nak gi Kundasang. Sebenarnya
aku dah pernah pegi Kundasang masa tahun satu haritu, tapi bila kali di dorang
ajak nak ke Tamparuli, Ranau, Poring, Kinabau Park, tercair la pulak aku nak
ikut lagi, hehe.
hero tamil |
Oh, bagi yang tidak tahu, Kundasang ni tempat
dia lebih kurang macam Cameron Highlands la. Tapi kat sini lagi sejuk. Lagi
cantik. Berlatar belakang Gunung Kinabalu. Tempat ni, memang sangat sangat
sangat cantik. Tapi sejuk la. Aku yang berjaket tebal pun masih boleh rasa
kesejukan sampai ke tulang. Macammana la orang kat sini boleh tahan sejuk eh.
Tapi no wonder lah kenapa orang Sabah berkulit cerah terutamanya orang dari
Kundasang n Ranau. Berkulit halus.. Uuuuuu~
kundasang |
Sabtu
jam 7 pagi lagi kami dah bertolak. 5 orang. Geng yang macam biasa la suka
berjalan jalan; aku, Adib, Radhi, Kay and Ecah. Nak menjimatkan belanja, kami
berbekal. Oleh sebab kami budak makanan, so kami lelaki lah yang masak. Pagi
pagi lepas subuh terus dok potong bawang dalam keadaan tersengguk sengguk.
pokok apa ni?? |
Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih
kurang 2 jam. Biasanya. Destinasi
pertama kami ialah Jambatan Tamparuli. Jambatan Tamparuli ni boleh dikatakan
femes gak la. Sampai ada lagu Sabahan yang bertajuk dengan nama jambatan ni.
Aku pun tak tau apa istimewanya beliau. Jambatan Tamparuli ni merupakan sebuah
jambatan gantung yang merentangi sebatang sungai. Sungai Tamparuli mungkin??
Hehe. Jambatan ni bergoyang goyang
apabila ditiup angin. Dan juga bila ada orang jalan atas tu. Gayat. Tapi best.
Angin bertiup kencang. Suhu di sini sangat sejuk.
Jambatan Tamparuli |
Lepas puas bermain atas Jambatan Tamparuli,
kami bertolak lagi. Destinasi seterusnya ialah Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ni
merupakan sebuah pekan kecil yang terletak berdekatan dengan Gunung Kinabalu.
Kat sini ada sebuah pelantar pemandangan untuk melihat view dari atas. Di
bahagian belakang pula ada satu taman tempat kamekorang
ber-breakdance-lah-kunun. Kat sini ada satu pasar kraftangan. Banyak lah jugak
mereka ni memborong.
Kinabalu |
Lepas puas bergambar,
bertolaklah kami ke Kundasang. Oh ya, bagi sesiapa yang pertama kali lalu jalan
ini, dan kamu rasa lapar, dan kamu tak bawa bekal, dan kamu tengok ada banyak
gerai yag buat bakar bakar BBQ and salai kat tepi jalan, dan kamu tengok
makanan yang kelihatan menyelerakan, dan kamu tengok kat gerai tu ditulis “ Sinalau
Bakas” , sila jangan beli. Sinalau Bakas dalam bahasa Dusun bermaksud Babi
Salai. Kawasan sini ramai penduduk bukan Muslim yang ratanya Kadazan-Dusun, so
silanau bakas ni dijual secara bermaharajalelanya.
Kundasang lagi |
Kemudian, ke Kundasang.
Di Kundasang, kami tidak lama. Rugilah pulak rasanya tak pergi ke tempat
ternakan lembu. Di sini, ladang lembu and pemandangan nya macam kat New
Zealand. Sirius aku tak tipu. Lembu susu yang kaler macam taik cicak tu, tambah
kawasan padang yang luas, tambah lagi tempat sejuk, tambah pulak gunung ganang
kat belakang, akan buatkan ko rasa macam nak cakap Omputeh. Walaweih! Kat sini
kami just berenti kat Masjid Jamek untuk bersolat dan lunch bekal yang dibawa.
Sempat bergambar barang seratus dua keping. Waktu sudah tengahari, tapi suhu
rasa macam lepas subuh kat Semenanjung, malah lebih sejuk.
Kemudian, kami ke
Poring. Oh hampir tersesat. Malu bertanya sesat jalan, malu pegang stereng
masuk parit. Tapi nasib baikla kami tak berapa nak malu. Akhirnya sampailah ke
Poring Hot Spring. Oleh kerana sampai dah jam 3petang kat sini, kami terus
mendaftar untuk menaiki Titian Gantung. Ni sebab titian ni ditutup pada jam 4
petang.
canopy walkaway |
Patutlah jam 4 dah
tutup, rupanya kami memang kena jalan jauh untuk ke Titian Kanopi tu. Jalan
mendaki lebih kurang 800 meter. Memang lah tak jauh sangat kan 800 meter, tapi
800 meter mendaki, agak mengeluarkan lidah jugak la. Dah macam mendaki Gunung
Stong je. Hehe. Lagipun jalan agak licin dan merbahaya. Tapi puas. Walaupun
jauh.
Titian Kanopi ni
digantung dari ketinggian berapa ratus kaki tah dari bumi. Bayangkan pokok yang
tinggi tinggi dalam hutan tu, kami berjalan atas tu lah. Dah la papan sekeping
je lebarnya, tambah lagi goyang goyang. Bagi sesapa yang gayat, memang sori to
say la kan. Sekali jalan, 6 orang je. Rasa gerun gak, bila Adib naik, semacam
je goyangnya titian tu..hehe.
mata air panas Poring |
Selepas mengatifkan
adrenalin di atas kanopi walkaway, kami turun bawah pula. Pergi ke hot spring.
Hot spring berpunca dari gunung berapi yang kurang aktif. Kurang kurang aktif
pon, berasap jugak air yang keluar dari mata air dia tu. Kami tak berendam,
just main rendam kaki je. Masa depan perlu difikirkan jugak untuk kebahagiaan
dan kesejahteraan anak cucu.hehe. Panas memang panas, tapi best.
Lepas puas merendam
kaki, mandi dan bersolat, kami bertolak pulang. Dalam perjalan balik ni lah
terjumpa tiba tiba ternampak Rumah Terbalik. Kemudian, bertolak pulang dan
sampai di kolej pada hampir jam 11 malam. Best. Sekian.
No comments:
Post a Comment