Wednesday, April 25, 2012

Loser!!


Aku jarang sebenarnya nak menulis pasal gelojak dalaman jiwa ni. Bagi aku, buat apa nak dikongsi benda yang orang tak patut tahu kan. Biarlah kita sorang yang tahu. Lagipun takde orang nak ambik tahu. Hal hati, biarkan dalam hati. Kan. 

Tapi kali ni aku nak tulis jugak. Biar ar, sukati aku r ni kan belog aku..huh!

Mini Putrajaya 
“Oh, ini bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia, ku dihukum masuk neraka oleh manusia. Mintak tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu. Maafkan mereka, mereka tidak tahu, mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu, mereka tidak fasih malah fasik guna kata kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa, maafkan mereka, mereka tiada nilai. Ibu bapak lalai dari kecil dah di abai. Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.”

Lebih kurang lagu Malique, macam tu lah kisah aku kot. Dan tak sama sebenarnye. Tapi sama la jugak kot. Macam ni, aku ada organize satu program. Kertas kerja sume dah lulus. Peruntukan bajet pun dah dapat, tapi ciput sangat. Aku tak tahu kenapa kebelakangan ni kolej sangat kedikut duit. Kami hanya diberi peruntukan sebanyak 2 ribu sahaja sedangkan tahun lepas program yang sama dirancang kami dapat bajet 3 ribu setengah  dan masih juga tak cukup. Setakat 2 ribu memang cukup cukup untuk tiket flight tetamu jemputan je lah.

So, aku diperkenalkan oleh sorang senior ni untuk gi mintak sponsor dari sorang ahli politik. Tuan Busu namanya. Tuan Busu ni kiranya seorang pegawai kanan PM Dato’ Najib. Dia kerja di Mini Putrajaya sebelah UMS ni je. So, aku kontek la beliau. Dan sangat senang sebenarnya berurusan dengan dia. Mungkin sebab sama sama dari Pantai Timur kot. Dia cakap pun macam ade je loghat Tganu lagi, walaupun aku cakap Sabah perfectly la konon. HAHA.  xP

Aku call sebab nak buat appoinment nak jumpa dia, mana tau dia sebok ke. Orang politik lah katakan. Tapi dia cakap ok je, jumpa petang ni pun boleh. Aku minta nak jumpa esok tapi dia cakap esok dia ada hal. So aku bagitau dia kalu harini boleh, tapi lepas jam 5 la, sebab aku ada lab awet. Kena proses buat tempeh. Jawa kau. Haha. Tengok, aku plak yang tetapkan masa, kan. Betapa pronye aku. HAHA.  Dia setuju. Tapi dia mintak aku datang ke Kingfisher jumpa dia kat Multi Bake. Sebab katanya rumah dia area situ. Aku cakap, OK!.

Sume dah stanby, tapi aku buat satu kesilapan yang sangat besar. Sesungguhnya aku takkan maafkan kesilapan aku ni. Seumur hidup.

Aku ajak someone untuk temankan aku. Aku ajak dia sebab aku hormat dia sebab dia pernah jadi ketua aku. Awal awal lagi aku dah kontek, tanya dia free tak jam 5? Dia cakap ok, nak pergi jugak jumpa Tuan Busu tu. Aku ajak dia ni pun sebab kami sama sama duduk dalam satu organisasi program ni kan. So, ok lah.

Aku balik awal dari lab. Aku tinggalkan ahli grup aku siapkan proses tempeh tu. Nasib baik dorang paham. Jam 4.40 petang aku dah balik. Punya semangat aku ni takut terlewat  appointment dengan orang.  Jarak dari UMS ke Kingfisher tak jauh, tak sampai 10 minit pun kalu merempit secara berhemah dengan motosikal. Masa nak bertolak balik dari SSMP tu, aku kol la mamat tu. Tak jawab. Penat jari tekan butang call. ( ok aku tipu, hp aku touchscreen mana ada butang. << ayat ni saje nak menunjuk nunjuk henpon canggih. HAHA)

Dah tak dapat kontek si N ( bukan nama sebenar- baca Nealoofa), aku kol si A. Eh jom teman aku jumpa Tuan Busu. A cakap, eh bukan ko nak gi dengan si N (baca- Neolofa) ke?

“aku kol dia tak jawab!”

“ N nak pegi, dia bagitau aku tadi. Dia nak g ngan keta”

Ok. =_='

Aku pun balik la dulu. Tunggu N. Mana la mamat huduh ni. Takde lagi. Masa ni taktau kenapa aku tak tepikir langsung nak g sendiri. Astaga. Kenapa aku ni. Mungkin sebab aku dah terpegang dengan janji nak pergi ngan dia. Bodoh gak aku kan. Jam 5.30. barulah mamat tu nak solat asar. Bengang aku. Tapi tah kenapa aku tunggu jugak dia. Haduuii.. menyesal sampai skarang, kenapa la aku tak merempit sorang sorang pegi sana?

Sementara dah lama sangat tunggu dia, aku turun kafe. Terserempak dengan budak kumpulan aku yang buat tempeh tadi. Dah siap pun dorang. Aku setia menunggu, sambil mulut setia memaki dan mengadu kat ahli grup aku ni. Fuh.

5.40 petang macam tu lah lebih kurang. Barulah datang mamat tu. Dengan Persona pinjam. Sanggup dia tunggu semata mata nak pergi dengan kereta. Alasan dia, hujan kan ni. Memang la hujan. Tadi awal awal tak hujan pun. Panasnye aku.

Bila dah keluar pagar satu hal pulak, dah petang, jalan jamm. Dengan kete mana boleh nak cilok cilok macam moto. Dekat setengah jam jugak la jadinye perjalanan nak ke Kingfisher hari tu. Bila sampai, call Tuan Busu. Tak dapat. Tak payah cakap la, usahkan Tuan Busu, kalu aku pun tak tunggu. Janji jam berapa, datang jam berapa. Sifat kemelayuan si N ni tebal sangat kot. Ok, aku tak salahkan Tuan Busu. Ini salah kami yang datang lambat. Aku pun tak salahkan si N. Dah memang dia selau macam tu, tak pernah awal. Cakap berapi, tapi sekadar cakap je lah. Aku tak salahkan dia. Yang salah dalam hal ni ialah aku. Aku yang buat keputusan yang kurang pandai. Dah aku tau dia ni lembab, kenapa aku gi ajak dia jugak. Dah dia lambat, kenapa aku tak gi sorang sorang? Bukannye aku tak tahu jalan ke KF tu. Huhu.

Tapi yang buatkan aku geram sangat, bila dia cakap, dia datang ngan kete sebab tadi ada sorang perempuan ( baca= crush dia la kot) cakap: “Jaga proposal nak tunjuk kat tuan Busu tu elok elok. kau basah takpe,tak risau, jangan proposal yang basah.”

Tu yang dia terasa sampai tanak datang ngan moto. Padahal kalu gerak jam 5 lagi, masa tu tak hujan. Kalu hujan pun kompem tak basah la proposal tu. Ya ampun, ada jugak lelaki yang LOSER macam tu!

Oh tak, aku yang LOSER, sebab aku ajak dia!

Sampai sekarang tak dapat jumpa Tuan Busu. Sponsor? Hurm, entahla Blalang!

6 comments:

  1. haha salahnya/looser nye ko bukan nye sebab ko ajak dia...tapi salahnye ko adalh ko dah tahu dia lembap tapi ko xset time utk pergi bersamanya awal2..mean kalu kau dah tahu pangainye lembap then ko kena ajak dia at least sejam awal..utk dia bersiap... btw u r still not a loser cause u have effort for waiting that jerk..he r the one who r the loser..cause still ada keturunan janji melayu dalam diri dia.. *abaikan grammar aku yg loser ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u know what?? aku bgtau dia jam 1 petang lagi kooott!!
      nak pergi jam 5...
      dia bukan lama bersiap, tapi lambat nak bersiap..
      dok main2 la apa laaa

      Delete
    2. itulatu next time kau ckp kat dia jumpa kol4..kalu nak p jam 5 gitu...hmm~~~

      Delete
  2. firsttime aku baca post ko dri awal sampi habi secara khusyuknya..HAHAHAHA..

    ReplyDelete