Monday, January 16, 2012

“ Abang, boleh ke saya nak bunuh diri??”


“ Abang, boleh ke saya nak bunuh diri??”, tanya seorang lelaki padaku sambil menangis, pada petang 15 Jan 2012 selepas aku bersolat jama’ takdim Maghrib dan Isyak di surau Hentian Putra KL. (*pada pengamatan aku, si penanya ni lebih tua dari aku, mungkin 30-an umurnya, sukati dia je nak panggil aku abang, memang tak laa~)




Aku bersama kawanku Jue sedang menanti bas untuk balik ke Kelantan usai perjalanan kami yang jauh dari Negeri Di Bawah Bayu selepas mendarat di KLIA petang tadi. Selepas berlaku beberapa kejadian yang menguji kesabaran dan kekelamkabutan, ada pulak yang mintak nak bunuh diri dengan aku. Macammana eh agaknya kalau aku jawab, “bunuh lah diri ko, bukan diri aku pun, ada aku kesah??”.

Tapi sebagai seorang yang hampir mencecah 22 tahun, jawapan sebegitu bukanlah pilihan jawapan yang tepat untuk aku utarakan. Ditambah pula status diri ini sebagai seorang mahasiswa dari sebuah universiti awam yang mengambil jurusan sains, kaedah analisis data dan fakta yang tepat hendaklah diambil kira dalam menangani situasi getir seperti ini.

“Kenapa nak bunuh diri??”, sebaris ayat kulontarkan dengan penuh berhati hati, sebagai langkah pertama mengutip data untuk dianalisis.

Maka berceritalah dia, bahawa dia adalah seorang muallaf dan baru sebulan memeluk Islam. Dari Pahang. Felda ape tah aku lupa. Dia menceritakan bahawa keluarga semuanya buang dia. Keluarganya masih Hindu dan menghalaunya dari rumah, even ibunya sendiri. Aku cuba menenangkan dia, cuba menasihat semampu aku. Cuba aku terangkan betapa berdosanya seorang yang menamatkan riwayatnya sendiri, usahkan masuk syurga, bau syurga pun tak kan dapat. Makin kuat dia menangis. Teresak-esak.

Dia menceritakan lagi bahawa IC nya sudah diambil oleh kakaknya semasa tidur di rumah kakak. Disertakan juga laporan polis dan surat pengesahan dari JAWI tentang status kemasukannya ke dalam Islam. Dia menceritakan bahawa kakaknya mengugut supaya kembali kepada Hindu. Katanya mau saja dia terjun ke Sungai Klang. Sebagai saudara se-akidah, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk tidak membenarkan sedaya upaya saudara baru kita ini kembali ke agama asalnya. Atau juga membunuh diri.

Aku tanyalah kemana tujuan dia nak pergi selepas ni, dia cakap dia naik bas malam jam 10 untuk ke Terengganu ke rumah ayah angkatnya. Dia tunjukkan surat waran bas Transnasional daripada JAWI. Katanya, dia nak pergi ke Terengganu untuk mendalami agama. Dia juga bekerja menjaga kambing dengan bapa angkatnya seorang Melayu dia sana.

Ok, aku hanya mendengar dengan tiada niat untuk percaya. Ini KUALA LUMPUR!!. Bermacam cara orang nak ‘lipat’ orang kat sini.

Sedang aku dengar si muallaf ni bercerita, ada seorang mamat ni dok belakang, geleng-geleng kepala kat aku. Isyarat: JANGAN PERCAYA. Aku hanya senyum dan angkat tangan. Nak kenyit mata kang dia kata gay ke apa, jatuh saham aku.haha.

Jue, kawan aku sms ke inbox aku, “ beringat lah, mungkin ada matlamat tu. Beringatlah”. Aku pandang dia yang dok bersandar kat belakang, dia tersengeh, aku pun sengeh kuasa dua kat dia. Jangan risau bro, aku handle benda ni.hehe. Tapi untuk keluar dari situasi si muallaf ni bercerita dan menangis depan aku, agak serba salah la kan. Macam spoil majlis la pulak kan.hehe

Si mamat yang dok belakang tadi dua tiga kali dok pandang aku geleng geleng kepala bila aku pandang dia, kemudian dia keluar. Pakai short pulak dia.

Telahan aku betul, lepas lama dia dok cerita sambil menangis, dia minta aku bantuan sedikit. Katanya untuk duit makan. Yelah perjalanan jauh kan. Maka aku sms ke Jue, “weh, ajak aku tubik cepat, dia ni nak lipat aku dah ni”. Aku tau, banyak dah pengalaman aku kat kotaraya ni.

Maka Jue sebagai watak sampingan dalam cerita ni pun datang tempat aku, jom keluar. Dah lewat ni, kejap lagi bas sampai. Padahal lagi 2 jam dengan masa bas nak sampai. Niat kami sebelumnya nak lepak dalam surau tunggu bas, tapi bila dah jadi gini..Aku pun cakap kat si muallaf tu, mintak maaf banyak banyak la bang, kalu nak duit saya tak boleh bagi, saya ni pelajar, duit nak beli tiket pun ngam ngam je cukup. Kalu abang nak duit jugak, minta dengan pusat zakat ke apa. Saya tak boleh bagi. Saya balik ni pun dah sampai nak kena tambang teksi lagi, dah la rumah jauh di pedalaman. Haha.

Aku tinggalkan si Muallaf ni, turun menunggu bas di bawah. Tiba tiba jumpa dengan si mamat yang dok geleng kepala kat aku tadi. Dia tanya, “Amacam??”.
Aku pun berceritalah. Senyum dia.

“ Dia tu budak Chow Kit tu je. Selalu je ada kat surau tu. Dia tengok muka muka baru, jadi la mangsa dia, kalu tak pandai memang habis la”.

Lagi satu dia tanya, :

“Ko perasan tak bila tarikh laporan polis dan JAWI tu??” Oh ok, aku tak perasan sebab dok ralit dia menangis. Tapi kalu tak silap, tarikh setiap lampiran yang dia tunjuk tu sume tarikh tak sama. Lagi satu, laporan polis bila bila pun boleh buat kan.

"Aku boleh je nak tarik ko blah dari mamak tu depan depan tadi, tapi malas ar..kang ko plak tak nak ikut, kecoh plak.."

Bila dia cakap nak balik kerja jaga kambing, lagi la kan. Mana ada orang sekarang yang bela kambing jaga mengembala macam dulu. Hui~
Silaka. Nasib baik aku tak kena lipat.

Teringat kata kata kawan aku dulu, “ bila sedar orang nak lipat kita, kita lipat dia dulu, jangan sampai kita terlipat”.

Oh ya sebelum ni pun dah dua tiga kali aku kena kes yang sebegini. Lokasi: mesti KL.

Ada sekali tu, aku dok ronda ronda dengan kawan aku. Tiba tiba masa dekat penjara Pudu, datang seorang Chinese. Sama juga, muallaf. Banyak lah dia dok bercerita pasal agamalah, pasal nasib diri lah, last2 minta duit tambang nak balik ke Negeri 9. Sama jugak, ada bawak laporan polis lah bagai. Katanya dapat duit tambang pun cukup lah. Aku bernasib baik sebab jalan dengan kawan yang memang kaki kencing. Kawan aku ajak nak hantar ke N9 naik kete. Sambil dia tunjuk kete sape tah kat depan tu mengaku tu kete dia. 
beberapa minit sebelum datang si dia

Banyak la pulak alasan si muallaf ni taknak menyusahlan la ape la. Sah la tu menipu. Kalu betul betul terdesak mesti ok je kan dah orang nak hantar. Nasib baik. Kalu aku sorang sorang rasanya dah kena lipat. Ntah kenapa aku ni senang sangat kesian kat orang. Hati lembut kot, heheh. :P

Tapi kebiasannya orang yang menipu ni, mesti bercakap yang berkaitan agama untuk meraih simpati. Modal, mesti agama. Mesti keluarga. Dah panjang panjang cerita, last last minta duit. Hati hatilah.

Tapi pengalaman yang paling aku tak leh lupa ialah bila aku kena pukau kat KL Sentral lepas aku nak balik ke rumah lepas ambik result SPM kat sekolah. Sangat sangat menyakitkan hati. Terbang duit aku RM100. Panjang cerita, ada masa kang aku story.

# Oh ya, perbualan aku dengan si muallaf ni ada aku rakam. Siap video lagi. Dia tak perasan. Err, perlu ke upload kat YouTube??hehe. Betul pesan ma aku, ‘jangan tidur dalam perut orang’.

## Orang sekarang, gunakan agama untuk kepentingan sendiri. Gunakan agama untuk menipu orang. Gunakan agama untuk kepentingan politik sempit. Gunakan janggut dan serban untuk memperdayakan orang. Golongan sebeginilah yang menjatuhkan imej Islam dan memberikan persepsi negatif kepada golongan agamawan. Kenapa peminta sedekah dan pemungut derma menggunakan alasan agama, berimej suci berketayap berbaju Melayu untuk mengutip derma. Betul ke itu derma yang sepatutnya ataupun sekadar duit masuk ke poket sendiri.

<3 RAM.. :)

### Oh, balik rumah tiba tiba ada novel RAM yang terbaru. Fiksyen 302. Aku suka tagline dia- “JANGAN PERCAYA”. Hampir sama tema dengan entry kali ni. I like. TQ my sis.hehe. makin bertambah koleksi Novel RAM. J

2 comments:

  1. haha. ni haaaa http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html

    tutorial nak hias blog :D

    ReplyDelete