Friday, July 13, 2012

Musim wau tiba lagi!


Ngam ngam balik cuti kali ni, musim wau dekat kampung aku. Seingat aku, musim wau yang paling rancak dulu ialah semasa zaman aku sekolah rendah. Dah lupa dah tahun bila. Dah lama dah orang kampung ni tak main wau. Tak tahulah kalu dorang main masa aku tak ada kat kampung kan.

Selalunya permainan adalah bermusim kat kampung aku. Seingat aku dulu ada musim wau, lepas tu musim gasing, musim ayam serama, musim ikan flowerhorn, musim guli, musim burung merbah jambul, musim belalang, banyak lagilah. Selalunya akan ada pertandingan. Contohnya masa musim ayam serama dulu, semua dok gilakan ayam yang katik tu. Ekornya terjungkit. Kalau yang cantik cantik, harga sekor ayam boleh cecah sampai 5,6 ribu. Lebih mahal dari sekor kerbau kau..haha.

wau TRW

Ini gila. Dan menjadi kegilaan. Tapi yang nampak lebih banyak sudu daripada kuah selalunya golongan pak cik pak cik yang rumah kata pergi kubur kata ‘come come to papa sayang’. Tapi takde salahnye pun main wau. Takda pulak fatwa cakap main wau tu haram. Melainkan kalu main sampai tinggal semayang bang, haa yang tu kita mohon jabatan kaji cuaca siasat!

Ralit jugak aku perhatikan dorang dok naikkan wau. Oleh sebab padang sekolah dikonker oleh golongan kaki di bola, so terpinggirlah golongan tangan di wau ni. Sebagai alternatif, dorang main wau kat landasan keretapi. Nice idea pakcik. Haha. Oleh sebab landasan keretapi lurus, ini menyenangkan untuk berlari lari lurus diguide oleh landasan. Petang petang hari biasanya ada satu saja keretapi yang melalui kampung aku. Local Train dari Tumpat ke Gua Musang akan berhenti di stesen Limau Kasturi pada jam 6.30 petang. Masa tengah rancak main wau, akan stop kejap untuk beri laluan kepada keretapi.
otai otai..peh
Bagi orang yang dilahir, dibesar, remaja dan menua dan mungkin mati di atas rel keretapi, mereka sudah hafal masa bila keretapi akan lalu. Untuk rekod, beberapa ratus meter sebelum keretapi tiba, walaupun kelibat lampu lokomotif pun belum kita nampak, kita sudah tau keretapi akan sampai berdasarkan bunyi decitan di atas landasan. Masa inilah akan ada yang jerit, ketapi ketapi, dan semua akan clearkan landasan untuk laluan keratapi.

bah palan palan..sa naik dulu haaa
So, petang petang time free aku pun juin jugak tengok orang ramai main wau. Nak main jugak tapi wau yang aku buat tak naik. Setakat wat hiasan kat dinding rumah tu boleh la..haha.

3 comments:

  1. wooooo.. tempat aku xde pun cenggini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe beselah tu imah...
      kat bndar n kampung lainn...
      :)

      Delete
  2. kg aku kalau musim wau meriah.tp kanak2 paling kecoh mau minta buat.ada sanggup beli rm50 hanya umur 10 thn

    ReplyDelete