Friday, November 2, 2012

Aidil Adha 2012 : Perantau.


Aidil Adha kali ni merupakan kali ketiga berturut turut aku menyambut Raya Haji di perantauan. Sedih tu sedih jugak, tapi apakan daya, dah duduk jauh di seberang laut, dan cuti pun hanya seminggu, aku patut fikir lima enam tujuh lapan belas kali untuk balik beraya di kampung. Kat rumah mungkin kurang meriah sebab tak cukup adik beradik kat rumah. Adik aku yang belajar kat Kedah tu pun tak balik. Kak Long pun tak balik. Orang yang dah ada tangga rumah macam tu la.. kena gilir-gilir kampung beraya. Hmm.. kalu nak selalu raya kat kampung, kena kahwin dengan jiran sebelah la..haha.
Masjid UMS
Apa apa pun, life must go on. meskipun beraya kat kolej je, kami buat rumah terbuka. Haha. Takde lah besar besaran pun. Beli 4 bungkus bihun je, udang sekilo dan ayam siket. Lepas solat sunat Aidiladha kat Masjid UMS, kami balik masak dan panggil kawan kawan datang makan. Aku beli jugak serbuk agar agar dan buat agar agar bujang. Goreng keropok jugak. 

Lepas jamuan dekat bilik, kami pergi beraya rumah pakcik Adib kat Telipok. Naik motor berkonvoi. Tapi yang bestnya bila salah satu skuter yang ikut konvoi sekali rosak. Putus timing belt mungkin? Aku tak tau sangat pasal enjin ni.haha. So, nak balik tu terpaksalah kami menunda. First time tu aku tunda motor pakai tali. Penat dowh. Tambah tambah bila nak daki bukit tinggi dekat Pangkalan TLDM tuh. Tercungap cungap motor aku. Tunda adalah dalam 10km kot, tapi minyak separuh tangki guna. Berat. haha. 

Nice kan, baju melayu tapi tunda motor.
Kami tunda motor sampai ke UCA, then terus ke Petagas. Kat sini rumah makcik Kay. Seriusly, hujan masa ni. Tapi semua nak on jugak, tak nak mengalah. Kami beraya dalam hujan.

rumah pakcik Kay
Next, kami ke rumah pakcik Aishah dekat Taman Cerah. Nama je cerah tapi gelap sebenarnya sebab kami pergi waktu malam. Hujan lebat. Tapi dorang ni tak de cakap nak balik ke, datang beraya esok, walaupun kami masuk bersolat maghrib dah kat dalam U, kat surau SKTM (Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat). Terus jugak beraya, walaupun kebasahan dan menggigil kesejukan. Macam kerja gile pun ada jugak aku rasa. Tapi kerja gila inilah yang patut kita buat waktu muda ni, dah tua tua nanti dah takde kesempatan dah, percayalah cakap aku. Huhu.

Sampai rumah pakcik Aisyah tu, memang kebasahan. Pakcik dia bagi kami kain pelikat untuk salin. Memang lencunlah.

Tapi Sangat Bessstttt!!

rumah terbuka Datin kat KF. hehe

*banyak kejadian dan pengorbanan hari raya ni, tapi jari aku dah lenguh nak taip banyak banyak. kbai.

2 comments:

  1. alah awat benti kat umah pakcik aku je? citer la pasal kf jugak dowh..uhuhuhuhu.. nak gambar dari adib and epul..ASAP..

    *Bila ko buka blog ni pun xtaula kan..harap2 nye cepat..

    *macam xley mintak pakai mulut je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang sangat la nak cite..
      plus aku dah ngantok masa taip entry ni..hahaha~

      nntilah, aku bg gambar kat ko..
      n aku nk jugak yg dari kamera ko masa kt umah datin uh~

      Delete