Ada
lagi satu kisah pada hari 15 Jan. Betul la kata orang, bila ditakdirkan masih
ada rejeki, memang rejeki lah, walau macam mana sekalipun rintangan, ataupun
sesulit manapun halangan. Bila dah bukan rejeki, benda yang dah kat mulut pun
boleh jatuh lagi.
Sesampai
je kat Hentian Putra dengan Jue, aku ngan dia melilau la cari tiket. Ingat nak
balik tiket petang, tapi takde la pulak yang petang. Ada pun setakat tengahari
je. Yang paling awal pun bas jam 9malam. Tawaf dari satu kaunter ke kaunter
lain. Darul Naim, Sani, Mutiara, Transnasional, Perdana, S.P Bumi,
Malaysia-Thai. Last last terpikat dengan Ekspress Perdana jugak. Sebab
terpikat?? Eh adalah.., jeng jejeng~hehe :P
Dah
dapat tiket tu kami duduk kat satu bangku panjang. Melihat lihat gelagat orang.
Banyak pesen. Aku nak cari ATM kat sini—(*nak cucuk duit bila sedar duit dalam
dompet tinggal RM8 je. Ape taknye, banyak gile kot borong coklat kat Famous
Amos tadi,hehe) --maklumlah tak biasa dengan selok belok kat Putra ni. Kat
depan ada sorang awek. Takde lah lawa sangat pun. Dok sorang. So oleh sebab dia
yang paling dekat ngan kitorang, aku pun tegur la. Tanya, “dik kat sini mana eh
ATM?”. “Taktau”. Sepatah jawab dengan wat muka tak puas ati macam lah aku ni
lapar sangat nak mengorat beliau. Dah la buat muka kerek, buat jeling lak pas
tu paling tempat lain. Menyampah mak. Bajet ko hot la sangat kan.
Lepas
tu Jue ajak aku naik makan kat medan selera tingkat atas. Makan nasi kerabu
ngan milo ais kat satu gerai makanan kelantan. Dah lama tak makan nasik kerabu
asli kot. Agak berbaloi walaupun sume sekali RM7. So ada lagi baki singgit
dalam dompet. Agak agak la wei, takkan perjalanan hampir 400km aku nak bawak
bekal singgit je. Mak aku selalu pesan, petua nak jalan jauh, duit mesti ada
standby dalam poket, walau tak guna sekalipun. Kalu ma tau aku jalan poket
kosong, kopem kena dengar tazkirah bersiri balik rumah nanti. 2,3 hari tak
habis. Huhu. Makcik kedai tu cakap kalu nak cucuk duit, ATM ada dalam The Mall
depan tu.
Dipendekkan
cerita, diizinkan Tuhan, kami sampai di The Mall dan cucuk duit dan meronda ronda dan menghabiskan
duit. Saat getir bermula bila aku perasan beg laptop aku takde. Masa kat
tandas. Hilang. Aku mula gelabah. Tapi tak la gelabah sangat. Tapi agak gelabah
la kan. Jue pun gelabah. Tapi lagi gelabah dari aku. Aku rasa aku tak la
segelabah dia. Eh, apa aku menggelabah ni??!!
Kami
patah balik, mula fikir fikir ingat balik mana aku tinggal benda alah beg
laptop sekali ngan isi isinya sekali. Kami pusing balik ke kedai jaket tempat
pergi tadi. Tanya bangla yang dok jaga kedai tu.
“Bang,
ada nampak beg tak, beg sandang?”, tanyaku, cuba mengawal rasa berdebar.
“
Kat sini tak jual beg, jual jaket sahaja!”. Dengan rasa tak bersalah, boleh dia
jawab macam tu.
Ok,
ko memang tak paham bahasa Melayu! Mungkin juga dah lama tak servis telinga.
Huh!
Lepas melilau sekitar dalam kedai tu, kami
pergi pulak kedai jam. Lama jugak dok lekat kat sini tadi. Jue cari jam untuk
adik dia. Takde jugak.
Pergi
kedai henpon, tengok situ. Takde jugak.
Pergi
kat ATM, mana tau aku nyayuk ke tinggal beg kat situ. Takde jugak.
Kami
pergi usyar kat tandas lagi sekali. Mana tau takut tertinggal kat sini. Berkali
Jue meyakinkan aku dia memang tak lalai masa jaga beg. Katanya dia memang tak
tinggal langsung masa jaga beg kami, masa aku masuk tandas.
Memang.
Aku dah rasa gelabah tahap yang agak tinggi. Macamana aku boleh tak perasan aku
boleh terlajak masuk tandas perempuan. Yelah, bukan salah aku jugak. Engineer
manalah yang buat pintu tandas laki ngan pompuan berhadapan kan. Ni salah
engineer!! Aku keluar je dari tandas laki, terus straight tak belok. Masuk
tandas wanita. Jue pun follow je. Dia gelabah gak kot. Hehe.
“Weh,
ni tandas pompuan!”, Jue tegur dari belakang.
Aku
pun: “Eh???!!!”
Ade
dua orang wanita dok berhias kat singki. Nasib baik dorang tak menjerit. Kalu tak,
bermalam kat lokap la kami dua orang. Huhu. Gelabah punya pasal kan.
Dah
puas cari kat sini. Tak jumpa. So, kami patah balik gi cari kat Putra. Mana tau
tertinggal kat kedai makan tadi ke. Dalam hati tak putus dok berdoa kalau
tertinggal kat situ, biarlah makcik kedai tu perasan and jaga beg aku. Kalau
hilang mana aku nak seluk duit hampir 3ribu nak beli yang baru. Takkan nak
keluarkan simpanan kot, duit yang disimpan taknak usik, bertahun aku simpan nak
buat hantaran kawen ooii.haha. :P
Sampai
Putra, nak naik tangga ke kedai makan, lalu ikut bangku tempat kami duduk tadi.
Tempat aku tegur awek tu tadi, tiba tiba….
‘TINGGGG!!’
beg berjasa, kunun~ |
Aku
nampak beg laptop aku yang memang sudah agak lusuh dimamah usia. Kesian dia.
Kesepian ditinggalkan tuan. Aku tau mungkin dia sedih sebab ingatkan aku dah
tak ingat dia lagi. So, pergilah aku ambil beg tu, dan pujuk dia jangan sedih
sedih lagi. Aku dah kembali. Aku taknak dia sedih sedih lagi. Dan aku dapat
rasakan beg aku terpujuk dengan kata rayuan aku. Haha.
Syukur.
Masih ada rezeki aku. Jodoh dengan lappy masih ada. Nasib baik takde orang
kebas. Walaupun awek kerek tadi dah takde kat situ, tapi tempat tu dah penuh
dengan sekumpulan budak muda. Mungkin budak U jugak yang nak balik bercuti.
Mungkin jugak ini kelebihan bawak beg lusuh. Takde lah lusuh sangat kan, tapi
beg ni beg biasa je, bukannye yang betul betul beg untuk lappy. Kalau orang
tengok pun tak terpikir ada barang berharga dalam tu. Mungkin tu la salah satu
sebab kan. Asbab.
Alhamdulillah.
Moral of the story. Jangan pandang pada rupa. Beg lusuh tidak semestinya berisi
baju bundle.hehe. sama jugak dengan manusia. Jangan disangka orang tak hensem
macam aku punyai hati yang tak hensem jugak.*tibatiba! xP
#
Aku tak tahu kenapa banyak sangat dugaan aku pada tarikh 15 Jan 2012 ni.
Bermula dengan berebut tempat duduk dalam bas dengan Bangla gay dari KLIA ke KL
Sentral. Lepas tu dengan Muallaf nak bunuh diri kat Hentian Putra. Beg lappy
tertinggal kat Hentian Putra. Pastu makcik buat air kat hentian bas di Merapoh
ingat aku orang Siam nak balik Thailand. Boleh pulak dia tak percaya aku nak
balik Kelantan. Aku melayan je. Dah dia nak sangat, aku cakap nak balik
Narathiwat. Kerja kat KL. Cuba tiru loghat Melayu-Thai walaupun aku tau kalau
orang Melayu-Thai dengar loghat aku mesti dia terajang aku cukup cukup. Hahaha.
Ok dah babai.
tjuk xleh blaa..hu2
ReplyDeletetapi btul r..sesulut mane pon,,kalu memey hak kite..
insya-allah dpt^_^
GILERRRR.... OK...kalu aku dah melalak mungkin..walupun laptop kecik.. huhuhu...
ReplyDeleteanon: tajuk mesti manang..belesah..hehe
ReplyDeleteaisyah: ko mmg..gelabah..haha
:P
HAHAHAHA...entry pujuk hati...
ReplyDelete.
.
.
kalau mak engko tahu, tazkirah 3 hari 3 malam!
NON-STOP!
mak memang tau.. dh siap dengar tazkirah pun.. hehe
Delete