Sunday, April 8, 2012

Memang selalu macam ni...


Memang selalu jadi macam ni. Kalu berjumpa kenalan baru, orang jarang tanya aku asal mana, tapi org akan tanya, “kau orang Kelantan eh?”

budu sedap campur durian n cili padi..shh~

Aku dah cuba sedaya upaya bercakap KL, *hahahaha* tapi masih berbau budu.

Baru tadi, berkenalan dengan kawan baru. Cewah. Cuti cuti ni bila hausmet semua balik, melepak kat kafe je lah keje aku. Rumah kosong. Sunyi. I’m the KING of the HOUSE, tp bosan kot. Masa nilah cari kawan or awek baru. Keh3. :P

Orang Sabah, Papar. Well, aku sesaja turun bawah lepas banyak menerima Tweet2 daripada Meyo. Dia ajak turun tengok pameran kerjaya and dengar talk ape tah. Aku kurang rajin nak turun sebab baru je sampai bilik dan nak masak and makan lagi kan. Beselah orang bujang. Last2 aku masak segala bagai tapi tak makan jugak, sebab tiba tiba ade kawan offer kupon Marry Brown harga RM30. Dan akhirnya nasik dan lauk yang dimasak ditinggal gitu je, kami berkelana ke 1B makan Marry Brown n nonton Wrath of The Titans.hehe. Makan sensorang ni sebenarnya kurang menyelerakan. Ditambah pulak masakan yang tah pape. Kaann.

Turun kafe jap, kat pameran support pogrem kawan, kira turun jugaklah kan walaupun time aku turun tu orang dah kemas tempat packing nak balik dah.haha. Tibe tibe terserempak Anis budak seperguruan silat Kalimah. Lama tak nampak dia. Makin comel.ehehe. :P lepak la skali berborak borak. Tiba tiba kawan dia mencelah, 

“kau orang Kelantan bha kan?”.

“Mana kau tau?”.

“Alah, ketara bah slanga Kelantan ko!”

Ok! ==’

Beberapa minggu lepas pun sama, masa pertandingan boling antara sekolah tu. Aku dengan kawanku Adib wakil SSMP boling. Team lelaki ada dua orang pelajar tahun 2 and dua orang pelajar tahun 1. Freshie. HAHA

Masa nak berkenalan antara ahli kumpulan, mereka tanya Adib.

“ko asal mana?”

“Sarawak. Kamek asal Sarawak. Sik boh kitak nanges. Kamek sik suka nangga kitak patah ati.  Sik kisah ribut kah guntuh kah kilatkah kamek akan di sebelah kitak, mun kitak perlu kamek.” *Ok kenapa Adib menyanyi lagu Zee Avi tiba tiba??haha

“yeke? Ingatkan kau orang Semenanjung!”

FUH!

Tapi time aku:

“kau asal Kelantan kan??”

“mana kau tau?”

“dengar kau cakap pun aku dah tau”

oK!

Well, memang susah untuk buang slanga yang ada. Lahir, membesar, dewasa dan menua di Kelantan memang susah nak cakap KL secara betul. Aku pun tak nak loghat negeri hilang dari lidah aku. Aku tak nak jadi macam dalam cite ‘Sorok Bau Budu’ tu. Semua orang pun begitu kan. Ditambah pula budu tak pernah tinggal, memang tak la kan.

Tapi begitu, ada lagi kawan kawan senegeriku yang sangat pekat loghatnya sampai tak boleh buang langsung. Kira syukurlah aku ni boleh la jugak hilang siket loghat tu time cakap dengan kawan luar. Walaupun aku rasakan betape perfectnye aku cakap KL, tp orang still dapat detect tempat asal ku, tanpa perlu susah susah aku nak bagitau. Untunglaaaaaa~

4 comments:

  1. budu campur durian? bagaimanakah rasanya? :)

    ReplyDelete
  2. nida husna: urm sedap.. tp still la mkn dengan nasi..hehe
    :P

    ReplyDelete
  3. ahaa nak jugak laa. ko asal kelantan kan? HAHAHA

    ReplyDelete