Monday, February 13, 2012

Ekspedisi Stong.. xD


“Ya ALLAH, selamatkanlah perjalanan kami semasa naik dan turun nanti, semasa pergi dan balik Ya ALLAH. Jadikanlah ekspedisi kami kali ini sebagai satu perjalanan yang mendekatkan kami kepada-MU Ya ALLAH. Jauhkanlah kami daripada tergolong dalam kalangan orang orang yang zalim”

sunrise@ Stong
Kami mulakan pendakian dengan memanjatkan doa kepada Yang Maha Pencipta. Perjalanan dari rumahku ke Hutan Simpan Gunung Stong mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Kami seramai empat orang bertolak dari rumah sedari jam 9 pagi dan tiba di Stong Hill Resort pada 10.30pagi.

Selesai proses pendaftaran dan mendapatkan permit untuk mendaki, kami memulakan pendakian tepat jam 11 pagi. Mulanya kami ingin mendapatkan khidmat jurupandu dengan kadar bayaran RM150 sekali naik, tapi oleh kerana pada hari itu jurupandu ramai yang bercuti, tiada jurupandu yang kami boleh dapatkan. So, kami naik sendiri. Nasib baik Hakim pernah mendaki kat sini, tu pun empat tahun lepas.

the team
Perancangan mendaki Gunung Stong baru dicetuskan seminggu yang lepas. Plan awalnya aku dan Ayie nak naik Gunung Tebu kat Terengganu, tapi oleh sebab ada beberapa halangan, aku ajak Ayie datang ke Kelantan naik Gunung Stong. Untuk rekod, Gunung Stong yang berketinggian 1433 meter dari aras laut merupakan salah satu kemuncak yang terdapat di negeri Kelantan. Di gunung ini terletaknya Air Terjun Jelawang yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun tujuh tingkat ini yang terletak dari ketinggian 303 meter dari aras laut sentiasa menerima kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara. Untuk rekod juga, di hutan Jelawang ini juga terdapat satu spesis Rafflesia dan periuk kera seperti yang terdapat di hutan Borneo. Ini berdasarkan maklumat yang aku terima la, tak de lah pulak jumpa haritu.

berlatar air tejun
Air Terjun Jelawang ini dapat dilihat dengan jelas semasa melalui lebuhraya Gua Musang-Jeli ataupun semasa menaiki Jungle Train melalui Stesen Dabong (Jungle Train merupakan gelaran bagi keretapi di bahagian Pantai Timur kerana ia melalui hutan tebal di sepanjang perjalanan dari Stesen Gua Musang-Kuala Krai). Walaupun rumah aku dekat je dengan air terjun ni, tapi ni lah kali pertama aku sampai ke sini. Ini juga kali pertama aku mendaki gunung. Sebelum ni setakat naik bukit je, hehe.

Ayie, Hakim, dan Intan tiba di rumahku pada petang 10 Februari, bermalam semalaman di teratak usangku, dan bertolak esoknya. Pagi pagi lagi kami bangun untuk siapkan bekal. Goreng bihun untuk sarapan dan bekal makan kat atas nanti. Bihun goreng Ayie memang sedap, datuk aku pun puji,haha. Intan pulak perapkan ayam untuk BBQ kat atas nanti. Dorang datang masa ma ngan abah aku takde kat rumah, so kena lah masak sendiri,hehe.
curam
Mendaki gunung bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan azam yang tinggi. Azam untuk sampai ke atas. Ditambah pula jalan mendaki yang agak curam. Ada sesetengah tempat yang berkecuraman hampir 80o  dan kami perlu berpegang di tali dan rantai yang disediakan. Ditambah pula beg yang berat digalas di belakang. Tapi mujurlah pelajar jurusan Psikologi dari UMS ada bersama kami. Ter-psiko lah jugak.haha. Oh lupa nak cakap, ni program underground tak rasmi UMS-UPSI-lah konon,hehe. Dalam ekspedisi ni kita ada Cikgu Geografi dan Cikgu Bahasa Melayu dari UPSI dan Ahli Psikologi dan Ahli Teknologi Makanan dari UMS. Konon. Haha.
air terjun

Selepas mendaki selama lebih kurang sejam setengah, akhirnya kami selamat sampai di base camp; Baha’s Camp. Kami disambut oleh deruan air gunung yang menjadi kepala air terjun Jelawang. Air sejuk macam air batu. Bayangkan, air sungai kat sini, kalu isi dalam botol mineral tu botol pon boleh berpeluh: I mean condensation occurs because the water is very cold. Peh skeaping.haha.

Selepas mendaftar di sini, kami mula memasang khemah kemudian makan bihun yang digalas sejak tadi. Bila perut dah kenyang, of kos la pergi berendam dalam air gunung. Sirius best. Rasa macam tak nak naik. Tapi terpaksa naik jugak, tak kan selamanya nak dok dalam air kan, bukan duyung apatah lagi dugong.haha. Naik cari kayu api untuk ber-campfire pulak. Kena buat unggun api, halau nyamuk dan panaskan badan. Sejuk kot. Nak hidupkan api bukan senang.

Ber-BBQ, solat, kemudian pergi lagi berendam dalam air. Bayangkan dok berendam dalam air gunung jam 10 malam. Menggigil sampai ke gigi. Tapi bukan selalu kan, ni lah peluang yang ada,hehe. Balik makan megi, roti, teh O pulak. Walaupun sekadar megi rendam, tapi makan dalam hutan memang sedap.huhu.
:)
Awalnya rancangan kami ingin mendaki sampai ke puncak. Berdasarkan akak yang jaga kat kaunter kat bawah tadi, terdapat 11 puncak yang terdapat di pergunungan ini. Puncak Nurin Timur merupakan puncak yang tertinggi yang terletak pada ketinggian lebih 1800 meter. Tetapi oleh kerana tiada jurupandu, kami sekadar sampai di Baha’s Camp sahaja. Perjalanan menuju puncak sangat merbahaya dan boleh tersesat sekiranya tiada jurupandu. Lagipun terdapat banyak gua di sini. Keselamatan perlu dititikberatkan. Lagipun bersama kami ada sorang wanita. Tak, aku tak katakan wanita itu lemah, tetapi wanita mampu melemahkan lelaki, cewah. Haha.

Esoknya pagi-pagi lagi kami bangun, solat, bersarapan dan kemudian pergi dok tepi kepala air terjun, tunggu nak tengok sunrise. Dan sesungguhnya sangatlah cantik alam ciptaan Allah ini. SUBHANALLAH. Cahaya mentari yang keluar dari celahan awan ditambah pula kabus pagi yang terletak di bawah gunung. Biasan cahaya kemilau keemasan memang menggamit mata memandang. Tiada kata yang mampu diungkapkan, hanya puji pujian kepada Tuhan Pencipta Alam yang mampu diluahkan.

Gua Ikan
Jam 11.20 pagi, kami mula bertolak turun ke bawah. Perjalanan turun ke kaki gunung mengambil masa selama satu jam. Sesampai di bawah kami perlu pula check-out di tempat pendaftaran semalam. Untuk keselamatan.

Alang alang dah dekat dengan Gua Ikan, kami pergi la jugak ke sana. Gua Ikan terletak lebih kurang 5km dari kaki Gunung Stong. Gua sepanjang lebih kurang 300-400 meter ini, terdapat sebatang sungai yang mengalir dibawah merentasinya. Berbekalkan sebiji lampu dibantu dengan lampu henset masing masing, kami masuk ke gua ni, dari pintu sini sampai pintu di sebelah hujung. Sangat gelap tapi pengalaman tu sangat best. Sangat sangat.
dalam gua
Jam 2 petang kami bertolak balik. Perjalanan sejam setengah jadi dua jam setengah sebab tayar kereta pecah semasa dalam perjalanan. Nasib baik tayar belakang. ALHAMDULILLAH kami selamat sampai di rumah.

Ini ekspedisi kali pertama mendaki, insyaALLAH selepas ini Gunung Tebu pula. Perlu banyak latihan mendaki sebelum menawan puncak Gunung Kinabalu nanti,hehe. Mudah mudahan. Sapa nak ikut, angkat tangan! xD

No comments:

Post a Comment