Wednesday, April 11, 2012

KONVOI Kembara Pitas 2012- Hari 1

KONVOI Kembara Pitas 2012. Mungkin tu nama yang sesuai untuk aktiviti kami kali ni. Mungkin la. Aku baru terfikir nama ni tadi. Hehe.
peta perjalanan konvoi. hehe
Cuti pertengahan semester kali ni, sunyi. Ramai kawan yang balik. So kami yang tak balik ni pun ada perancangan tersendiri. Hairul ajak kami ke rumah neneknya yang terletak di Pitas, Sabah. So, pada hari Isnin, 9 April 2012. Pagi pagi lagi kami bertolak. Erm, ok, tak la pagi sangat. Kami seramai 6 orang, akan berkonvoi bermotosikal ke Pitas. Jam 7.15 pagi kami berkumpul di pagar UMS dan kemudian bergerak ke Indah Permai. Kami bersarapan bagai dan dan diberi taklimat untuk perancangan kami di sana nanti. Di sini kami sepakat pilih Farhan sebagai ketua konvoi. Adat berkumpulan, bila lebih dari 3 orang mesti kena ada satu ketua. Pekena roti canai ngan milo ais pagi pagi buta.

Kemudian kami diberi sedikit briefing oleh Hairul. Dia pesan supaya kami berhati hati dan menjaga adab semasa di sana. Tidak boleh sombong dengan orang kampung. Katanya orang di sana majoritinya etnik Sungai, dan disana ilmu hitam sangat kuat. Antara tempat yang terkuat ilmu hitamnya ialah di Sabah ialah Pitas dan Sandakan. Katanyalah. Oh, disini aku sempat berkenalan dengan 2 orang ahi  konvoi yang baru ku kenal. Din dari Penang dan Saini dari Kedah. Pekat baq hang loghat dorang. Oh, memang, dorang cakap orang Utara ni pun susah nak buang loghat. Hehe. Yang lain lainnya, Acap, Paan, Hairul. Dorang ni sume kelasmate Bahasa Arab aku. Hehe.

Ketua konvoi, Paan juga bagi taklimat. Kami akan jalan secara berkonvoi dan setiap 100km kami akan berhenti rehat. Or refreshment bagai. Isyarat bagi setiap kami adalah hon. So, jangan saja saja main hon jika bukan tiba masanya. Peh!
pose meta
Jam 9 tepat, kami bertolak dari Indah Permai. Selepas check kondisi motor, minyak, tayar, dan kondisi perut dan poket tuan motor. Perjalanan pertama kami menghala ke Kota Belud. Kota Belud ni tempat majoriti orang Bajau. Bajau Darat kot. Ke Bajau Laut, ntah tak sure. Huhu.  Perjalanan lancar. Cuaca sangat baik. Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Berhenti sekejap untuk isi minyak dan refreshment. Dan semestinya bergambar. Kemudian seterusnya kami menghala ke Kota Marudu. Jarak dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu adalah lebih kurang 120km. Kami bawak motor dalam keadaan sederhana laju dan berhemah. Tapi dorang dok cakap aku bawak laju. Hehe. Aku bukan apa, kalu nak naik bukit, kena ambik lajak la kan, baru tak payah nak tukar tukar gear. Tu yang jadi laju sket tu. Hehe.

Kami berhenti sekejap di R&R Mangaris. Alang alang tengah sedap makan roti bakar, tiba tiba hujan turun lebat sangat. So lamalah siket kami lepak kat sini. Sebelum masuk Kota Marudu, 1st ujian bagi kami. Ada roadblock! Well, kami ditahan. Sume ok, Cuma ada sorang je ahli kami yang tiada lesen moto. AKU!
jalan ke Kudat
Di Kota Marudu, ada satu simpang. Satu menghala ke Kudat dan satu lagi menghala terus ke Pitas. Tadi masa di Kota Belud, kami dah merancang, tukar plan. Kita ke Kudat dulu kemudian patah balik ke Kota Marudu kemudian baru ke Pitas. Ok, sume ON. Kami saja ke Kudat nak pergi ke Simpang Mangayau, Tips of Borneo. Oh Simpang Mangayau ni adalah penghujung di sebelah Utara Pulau Borneo dan juga merupakan tempat pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Lumrah alam kot. Lepas je simpang menghala ke Kudat, hujan turun. Mula mula rintik je, kemudian lebat. Kami stop jap kat sebuah masjid. Believe me, sangat susah nak jumpa masjid sepanjang perjalanan. Kalu gereja berlambak lambak. So, this is Sabah. Tanya sorang sorang, macammana ni? Nak terus or patah balik ke Pitas terus? Alang alang basah, biar lencun! Well, jawapan ni menggambarkan betapa kentalnya semangat ahli konvoi kami. Hehe.

Kami teruskan perjalanan,  dalam hujan dan kesejukan. Sirius sejuk. Ketap gigi sorang sorang. Sampai di Pekan Matunggong, kami berhenti sekejap. Di Kampung Gombizau, di sini tekenal sebagai tempat penghasilan madu. Well, madu lebah I mean. Haha. Hujan lebat. Kami berteduh kat satu gerai madu kat sini. Sempat borak dengan pekedai dan penduduk sini. Mereka semua peramah. Dan baik. Sorang pakcik tu terkejut bila kami bagitau kami dari Kota Kinabalu dan nak ke Kudat. Jauh memang jauh. Lagipun jalan sini berlopak dan berbukit. Tidak rata. Well, darah muda pakcik. Hehe.

Jam 3 petang, kami tiba di Kudat. Isi minyak, refreshment dan kami lunch di sini. Aku makan nasi goreng lalap. Ok boleh tahan. Selepas makan, kami ke Simpang Mangayau. Jarak dari bandar Kudat ke Simpang Mangayau ialah 25km. Sangat cantik Simpang Mangayau ni. FUUU~
Simpang Mangayau
Sekejap je kat Simpang Mangayau, jam 6.30petang, kami patah balik ke Kota Marudu. Kami lalu jalan alternatif lain ke Kota Marudu. Ok. Jalannya lebih dekat tapi sangat teruk. Kami bergerak hanya dengan kelajuan 20kmph sahaja. Takleh laju. Jalan berbatu, berlubang, dan gelap, tiada satu pun lampu. Dan juga dalam hutan.

Masa tengah syok jalan tu, tiba tiba aku rasa gegar lain macam je kat tayar belakang moto aku. Kami berhenti. Check. Pancit. Aahh, macammana ni? Kedai takda, dah la dalam hutan, gelap lampu jalan pun takde walau sebijik. Jarak ke Kota Marudu pun jauh lagi, 15km lagi. FUUU~

Nasib baik kami ada jumpa seseorang.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan. Jalan selepas Kota Marudu dah lancar. Jalan straight dan smooth. Kami bergerak dalam kelajuan yang sederhana. 70kmph. Lagipun malam dan gelap. Serta silau bila berselisih dengan kenderaan lain. Tengah lancar lancar bergerak, tiba tiba jalan terputus. Berlubang macam dicangkul cangkul. Fuh. Ada seorang anggota kami eksiden. Tengah laju then termasuk lubang. Agak teruklah motonya kena. Nasib baik tuan calar siket je. Huhu

Kami tiba di Pitas pada jam 11.30 malam. Kami singgah sebentar di rumah pakcik Hairul. Rumah guru di SK Pinggan-Pinggan. Pakcik Hairul bawak Din ke klinik di pekan Pitas. Kami stay kat rumah dia makan makan dan rehat.

Lepas makan, kami bertolak pulak ke rumah nenek Hairul. Jam 2 pagi baru sampai di Kampung Rosob. Rumah kosong. Memang takda orang. Kami 6 orang je lah yang stay sini. Rumah nenek dia kat tengah tengah dan dikelilingi oleh rumah rumah mak sedara and paksedara Hairul. Maknanya semua jiran adalah sepupu n makcik pakcik dia.

Dah sampai, penat sangat, kami tidur dengan aman. 

5 comments:

  1. tak lah bro.....tiap kampung ada surau tu...kena tanya penduduk kampung he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? sorry la mungkin sbb kami xbiasa kan.. so sepanjang lalu jalanmacam tak perasan pula ada.. :D

      Delete
  2. very scary experince..jalam masuk pi Simpang Mengayau itu bahaya, Sunyi, jarang ada orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah laa.. masa tu main berani je pegi.. xtau kan.. bila dah balik baru dgr cerita org ckp sana bahaya.. ada samun lah apa la.. baru rasa seram.. hehe

      Delete
  3. Bole saya taw nama penuh hairul apa

    ReplyDelete