Unik. Itu
yang mampu diluahkan bila melihat Rumah Terbalik. Ada hikmahnya kami tidak
terperasan kewujudan rumah ini semasa dalam perjalanan ke Kundasang masa pagi
tu. Masa nak balik malam tu baru perasan rumah ni hanya letak di tepi jalan ke
Tamparuli je. Masa pagi tu kami tercari cari gak rumah ni, tapi tak jumpa. View
malam lebih cantik. Dengan lampu limpah, peerrgghh!!
view hadapan |
Rumah
Terbalik ni merupakan satu produk pelancongan yang terbaru di Sabah. Baru je
dibuka sebulan yang lalu. Rumah seumpama ni merupakan yang ke-5 di dunia dan
merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. Ini berdasarkan apa yang pemandu
pelancong tu bagitau la.
Apa uniknya
rumah ni? Tengok nama la dah tau uniknya kat mana. Berdasarkan pemandu
pelancong tu jugak, dia cakap rumah ni diilhamkan daripada sebuah rumah yang
terdapat di Lahad Datu. Rumah asal didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai
seorang anak berumur 9 tahun. Anak ini sangat nakal sehingga menyebabkan rumah
ini jadi terbalik. Keluarga Sino-Kadazan. Ini dapat dilihat betapa orang
Sino-Kadazan sangat berpegang pada kepercayaan dan adat dulu kala. Di siling
rumah orang Sino-Kadazan, terdapat satu bubu yang digantung berhadapan dengan
pintu rumah. Dipercayai dengan meletakkan bubu di depan pintu, akan dapat
meghalau segala kejahatan dan memberi kebaikan masuk ke dalam rumah.
Sebelum
masuk, seorang daripada kami diminta oleh pemandu pelancong tu untuk memukul
gong. Oh, gong ni terletak di luar rumah di hadapan pintu. Selepas memalu gong,
wakil daripada kumpulan kami diminta untuk mengetuk pintu rumah sebelum masuk.
garaj kereta |
Memang
teruja apabila masuk. Lantai rumah terletak di atas, manakala siling pula
terletak di bawah. Gayanya seperti cicakman la, berjalan atas siling. Segala
benda; meja, tv, sofa, mesin jahit, dapur, peti sejuk, mesin basuh, katil, tong
gas, vacuum cleaner, malah mangkuk jamban pun semuanya melekat di lantai yang
‘menjadi’ siling. Manakala benda yang sepatutnya ada kat atas, dok bawah pulak.
Macam lampu, kipas; semuanya ada di siling yang ‘menjadi’ lantai.
Ada dua bilik
tidur dalam rumah ni, satu master bedroom manakala satu lagi bilik budak yang
berumur 9 tahun tu. Dalam bilik budak tu, memang budaklah biliknya, dengan alat
permainan, poster kartun, dsb. Oh ya, budak ni belajar Tae Kwon Do. So, adalah
sepasang uniform Tae Kwon Do budak tu yang tergantung di luar. Juga dalam
keadaan terbalik. Tuala, pakaian, sume terbalik.
Satu lagi
bilik ialah macam bilik rehat. Macam beranda gitu. Dalam bilik ni ada buku,
daun terup yang berterabur dan kasut. Melekat di siling. I mean lantai. Daun
terup berterabur disepahkan oleh budak yang nakal tu.
Sayangnya,
kami tidak dibenarkan mengambil gambar di
dalam rumah. Setakat bergambar kat luar je. Ok lah tu. Berbaloi baloi.
Macam lainkali kalu ada masa nak pergi lagi je. Hehe.
No comments:
Post a Comment