Thursday, April 12, 2012

KONVOI Kembara Pitas 2012- hari ke-2


KONVOI Kembara Pitas 2012. Hari kedua. Sebenarnya banyak rancangan kami yang berubah di saat akhir. Yelah, manusia hanya mampu merancang. Tapi yang menentukan adalah ALLAH.

Lepas solat Subuh dan sarapan pagi, kami jalan jalan di sekitar kampung.  Kami jalan dan sampai di SK Rosob. Ada sorang cikgu kat depan pagar tu, kami minta izin nak masuk tengok dalam sekolah. Dia bagi je. Lagipun dia kenal Hairul aka Bob panggilan di kampung. Dia kata biasa je orang masuk, sampai ke dalam kelas pun ada. Katanya, harini semua buat persiapan untuk program penyerahan sekolah angkat MASWing. Wah, beruntungnya sekolah ni. Mesti maju jap g. Hehe.
kanak kanak riang darjah 6.
Semua nampak sibuk. Macam takde kelas je aku tengok harini. Budak budak dok main kejar kejar, selayaknye pelajar sekolah rendah. Alah aku pun gitu jugak dulu. Huhu. Ada sorang cikgu dok melatih budak budak kawad. Boleh tahan. Cikgu Saiful namanya. Dari Kubang Kerian Kelantan. Baru tiga bulan katanya di sini. Fresh graduate dari UM. Murid sini pun, ramah. Suka bergambar. Siap ber-peace-peace lagi. Hehe
cikgu Saiful dengan ketua platun : kami siap menerima arahan, Tuan!!
Di belakang sekolah ada pantai dan jeti. Kami naik ke jeti ni. Bergambar. Ada 2 orang makcik ni tengah memancing ikan. Aku tegur. Bertanya macam macam. Pelancong la kununnye kan. Dan aku kurang faham bahasa yang dia cakap. Bahasa Sungai kot. Just angguk angguk dan senyum je lah. Haha.
this is 2 orang makcik yang memancing.. interview jap..hehe
Lepas tu, kami keluar ke pekan. Cari bahan makanan untuk masak makan tengahari dan baiki motor Din yang agak teruk rosaknye. Tinggal moto dia kat bengkel then kami balik memasak.

Well, makan tengahari special sket arini. Hehe. Masakan sendiri. Semua orang ada share. Telur dadar oleh Chef Asyraf, Ikan masin goreng by Chef Paan, sayur kangkung by Chef Hisham, nasik gorang kampung by Chef Saini, dan nasik putih oleh Chef Hairul. HAHA.
our handwater..hehe

Hujan lebat, kami mandi hujan. Rasa macam kembali ke zaman muda plak bila kami mandi air hujan kat saluran air atap rumah, dengan hanya  berkain batik dan bernyanyi nyanyi. Tak hirau orang walaupun rumah ni berhadapan dengan jalan besar. Kat kampung lah, rilek laaa..hehe.

Lepas makan dan  bersolat jamak Zohor-Asar, aku Acap dan Saini keluar ke Kota Marudu, ambik moto aku yang pancit ditinggalkan kesepian sorang sorang. Nasib baik beliau tak merajuk.
Banyak rancangan yang burn, sebab kemalangan dan motor masuk bengkel.
Aku balik dari Kota Marudu, hari dah Maghrib. Sempat jap berenti di Dataran Bengkoka Pitas. Tengok sunset. Hehe.
ujian mungkin?
Malam nya, takda sangat aktiviti. Plannya mau main futsal, tapi gelanggang futsal tengah renovate. So, ada sorang kawan sekampung Hairul. Dia ajak kami ikut dia pergi buat bancian. Aku pun follow. Dia banci dari rumah ke rumah, rumah air. Ni first time aku naik rumah air, walaupun tak masuk sampai ke dalam, tapi OK la..huhu.

Balik rumah, wah tiba tiba pelik tengok ramai la pulak sumandak kat rumah. HAHA. Rupanya dorang semua sepupu Hairul, datang masak makan malam untuk kami. Wahh.. heaven. HAHA. Siap tanya lagi nak makan apa, ikan ni nak masak macam mana. Berapa banyak mau masak, suma tanya aku tu. Haha. Tapi bila aku ajak makan sekali dengan kitorang, malu malu plak dorang nak juin. Hehe.
Dataran Bengkoka Pitas
Malam lepas makan, Acap ngan Paan ajak ronda ronda kampung, ke pantai tengok pemandangan. Tapi malam tu aku mengantok sangat. So aku tido je awal2. Dorang g dua orang je. Rasa rugi la pulak tapi.huhu
Esoknya, hari ketiga, jam 7 pagi kami bertolak dari Kg. Rosob. Bertolak awal pagi risau petang biasanya hujan. Alhamdulillah, cuaca baik sehinggalah kami sampai ke Kota Kinabalu. Jam 12.30 masa orang dok best azan Zohor, kami sampai ke UMS. Walaupun hanya sekadar 3 hari, tapi pengalaman ni sangat best. Mungkin suatu hari nanti boleh buat konvoi ke Tawau pula. Hehee~
:P

5 comments:

  1. Replies
    1. sedih sebab adventure KOT konvoi cam KORANG2 ni..HUHUHUHUHUHUHU...kalu je aku ada lesen sebijik.. nak jugak jln2 camni.. hmm~~

      Delete
  2. salam kenal. singgah dari google. saja2 google nama kampung jumpa pula blog ini. saya orang rosob. tapi tak pasti hairul tu siapa dan rumahnya sebelah mana. mungkin sebab saya jarang balik kampung..sekarang bermastautin di putrajaya. anyway..makcik 2 orang di atas tu bukan berbangsa sungai..mereka berbangsa dusun yang banyak menetap di kawasan perkampungan berhampiran kampung rosob..

    terima kasih dan sudilah berkunjung lagi ke sana kalau ada kesempatan.. :)

    ReplyDelete
  3. Haaa..camni laaa dik oooi...baru boleh tau baik2 ke dak org sabah ni..hehehhee..iyaa laa..kat mana2pun mmg ada yg baik dan buruk kut...nasib baik kalian mendapat pengalaman yg baik2 ketika berada di sabah yeee

    ReplyDelete