Saturday, April 14, 2012

KKP2012: Kisah seram sejuk


Tengah syok bawak moto, tiba tiba aku rasa lain macam je gegaran kat tayar belakang aku. Aku stop. Bagi hon kat budak ni yang kat depan. Sume stop. Masa ni aku dok dalam barisan yang ketiga.

“kenapa?”

“pancit. Tayar aku pancit!”

“aduh”
stop dalam hutan.. baju askar tu pakcik yang bantu kami

Jalan sangat gelap. Dalam hutan. Langsung takde rumah orang. Lampu jalan sebijik pun takde. Macammana ni. Kota Marudu jauh lagi. Kami pun dok fikir fikir. Nasib baik line henset ada. Hairul call kawan dia yang ada kat Kota Marudu ni. Mintak contact pomen bergerak. Kalu ada la. Tapi takda. Malang sungguh. Nak mati akal dibuatnya.

Kat sini jam 9 malam semua kedai dah tutup. Bandar pun dah mati. Aduuii..macammana ni. Kereta pun takde sebuah pun lalu jalan ni. Tiba tiba masa dalam gelap tu, muncul seorang pakcik. Terkejut kami. Dengan tiba tiba boleh muncul. Berpakaian jaket askar. Jalan dalam gelap.

“kenapa ni?”

“ tayar moto pancit la pakcik. Kat sini ada tak bengkel or pomen moto?’

“urm, aku ada penampal tayar, tapi gamnya teda. Habis sudah”.

Tiba tiba dia call kawan dia.

“macam ni la, kamu bonceng aku ke rumah kawan aku, nanti dia boleh bantu tu”

Aiseh. Macammana ni. Nak percaya ke tak. Orang yang tak dikenal, jumpa malam malam. Tiba tiba ajak ikut dia pulak. Aku berbelah bagi. Macammana kalu tiba tiba dia nak rompak kami?

Awalnya kami buat tak layan je pelawaan pakcik tu. Ok, tak la pakcik sangat sebenarnye, ada dalam lingkungan 40-an je kot. Tapi akhirnya, kami ikut. Terpaksa ikut. Takde pilihan lain.
Acap  bawak pakcik tu bonceng. Semakin perasaan berdebar bila dia bawak kami masuk ladang kelapa sawit. Aku dah fikir macam macam. Masa perjalanan tu tak habis habis aku cuba ingat balik buah buah silat yang pernah belajar dulu. Buah serang dan buah sebiji, mungkin terpaksa aku gunakan malam ni. Fuh. Negatifnya aku.
jalan ke rumah abg Bakri

Dalam 300meter masuk ke dalam ladang kelapa sawit tu. Tiba tiba ada sebuah rumah. Suram suram je cahaya. Kedatangan kami disambut oleh salakan anjing yang menjaga rumah tu. Takut jugak. Tiba tiba muncul seorang lelaki. Lagak gayanya bukan macam orang Malaysia. Ya memang. Dia Indonesia. Bakri namanya. Dari kepulauan Nunukan. Katanya sudah lama di Malaysia. 9 tahun tinggal di Lahad Datu dan 5 tahun di sini. Tak pernah balik ke Indonesia. Dah berkahwin dengan seorang wanita Sabah dan punyai 4 orang anak yang masih cilik. Anak tengak dok nakal lagi.

Abang Bakri ni tolong tukarkan tiub motor aku. Oh, dia tampal. Bila dah bukak semua tayar dan tiub, tiba tiba dia cakap, gam penampal habis. Tayar moto aku pancit sebab terpijak paku. 1 inci kot. Tertonggeng paku tu melekat kat tayar. Hampeh betul.

Peh. Macammana ni. Dalam keadaan berat hati dan terpaksa percaya, aku tinggalkan moto kat rumah dia. Esok baru datang ambik. Risau betul aku. Tambah pula bila sampai kat rumah pakcik Hairul, anak dia dok cerita kawasan tu kawasan hitam. Banyak orang jahat kat situ. Kalu setakat curi curi motor tu, dorang angkat pakai trak je. Huhu.

Lagi satu yang aku risau, macammana kalu pakcik Bakri tu bukan manusia? Terfikir aku, macammana kalu masa aku nak gi ambik esok tu, tengok rumah dah takde, tapi tiba tiba moto aku tu ada kat atas busut? Tak ke seriau aku. HAHA. Galak dak2 ni pun dok usik aku macam tu. Hampeh tol. Ni kaki baca majalah Mastika la ni. Haha.

Tapi Alhamdulillah, esok petangnye aku, Acap n Saini datang ambik moto. Semuanya selamat. Tiada busut, tiada kehilangan apa apa. Anjing pun sambut kami dengan mesra. Dah kenal kot. HAHA.
tukar tiub

Masa bersalam balik, aku bagi RM20 kat Abang Bakri. Dia menolak. Tapi aku paksa bagi jugak. Katanya dia tak nak terima sebab kalu dia terima lain kali kami dah tak nak datang rumah dia. Sebab katanya kami minta tolong pon nak kena bayar. Hairul ada bagitau orang kat sini tak terima duit, melainkan kami beli barang makanan bawak untuk anak anak dorang. Tapi aku lupa nak beli masa datang tadi. Memang biasanya kalu kat tempat aku, upah tukar tiub RM3 je, tapi aku tak kisah sangat. Orang senang dengan kita, kita pun sangatlah senang la dengan orang. Tu prinsip aku. Duit boleh cari tapi orang yang jujur susah nak dicari zaman sekarang ni.
aku snap gambar ni malam, agak lega bila balik rumah gambar rumah ni masih lagi gambar rumah

Sebelum balik, sempat Abang Bakri tu pesan, kalu lainkali kami datang lagi, jangan lupa singgah rumah dia. Hurm.

Oh lupa, kesian kat anak dia. Tak dihantar bersekolah sebab katanya susah. Abang Bakri tiada IC melainkan hanya bergantung kepada passport.

#ilmu baru aku dapat: kalu terdesak sangat, bulih tu isi lalang dalam tayar, ganti tiub. Jadi macam tayar mati lah. Ok la setakat nak jalan g bengkel tu.HUHU

2 comments: