Monday, July 9, 2012

Kejutan Yang Terkejut


Kejutan. Kadang kadang kita suka buat kejutan sebab nak tau apa reaksi seseorang yang di-aim kan? Di sini ada satu tips. Kalau nak buat kejutan, kita mesti bersedia dan seeloknya ada back-up plan. Ataupun terminating plan.  Ini penting supaya bukan kita pula yang dikejutkan nanti. Baru tak jadi senjata makan tuan.

Baru baru ni, aku berkunjung ke rumah nenek sedara aku. Rumah dia betul betul kat belakang HUSM di Kubang Kerian, Kelantan. Forever alone. Lone Ranger. Sensorang je pegi. Sebelum pergi ma aku dah pesan, suruh call dulu bagitau nak datang rumah. Sebab Mak Mah ni kaki jalan. Jarang melekat kat rumah. Aku bagitau ma aku, ala tak pe la saja nak buat surprise la kunun. Haha. Selalunya kalau nak pergi rumah, aku call dan Mak Mah akan datang jemput di stesen bas KB. Takpun di stesen KTM Wakaf Bharu. Tapi oleh sebab aku dah ingat jalan nak pi rumah dia, aku pegi sendiri and langsung tak bagitau aku nak datang. Lagipun taknak la menyusahkan dia lagi. Dah besar panjang pun nak manja manja bagai, apekehe!
HUSM


Semua berjalan lancar. Dari stesen bas KB aku naik kereta sewa (aku tak naik teksi sebab di Kelantan; teksi adalah beca roda tiga :P) dan turun sebelum sampai pagar rumah dia lagi. Saja takut dia terperasan. Kalu tak spoil la plan aku. Aku jalan kaki dan sampai di pagar rumah. Ai, rapat je tutup pagar ni. Aku tengok rumah, aik apasal macam tak da orang je ni? Aiseyymaaan.. tak da kat rumah la ni. Aku pulak yang terkana. Peh. Aku call la.

”makmah ado mana ni? Abg Ngah ada depan pagar rumah ni”

“laaaa budok ni, bakpo mu tok ghoyat nak mari dumah? Aku dok Mundok ni, cari barang”.

Hah sudah.

“pah tu bila balik?”

“lewat la, ada la alah ke male siket”

sini Siam, sana Malaya :)
*Sigh!


Oh ya, untuk rekod, pekan Mundok adalah sebuah pekan di selatan Thailand. Mak Mah ni memang tak boleh dipisahkan dengan Siam. Selalunya kalu nak pergi borong barang dia akan menyeberang ke Siam. Hatta pergi Mekah haritu pun dia naik di Bangkok, guna kuota haji Thailand! Lambat katanya kalu pergi melalui Tabung Haji, maklumlah jemaah Malaysia kan ramai. Nak tunggu giliran tu mungkin lama jugak. Barang barang di Mundok memang sangat murah! Barang barang pinggan mangkuk periuk belanga, beras siam,baju tingkap kain dan lain lain barang keperluan memang murah. Kalu pandai bercakap la. Yela,  RM10 dah sama dengan 100 kok (Bath Thailand). *kok adalah nama panggilan bagi matawang  Bath bagi penduduk Kelantan dan selatan Thai. Lagipun Ringgit Malaysia juga sah diperlakukan di sini.

“pagar rumah kunci ni!”

“panjat la, masuk pagar pastu cari ada satu tingkap kat belakang tak kunci”, Abang Amin, anak bongsu Mak Mah pulak bagi cadangan. Patut le meronda sampai ke Siam bagai, anak jantan dia ada balik rupanya.

“eerrr, ohh.. OK!”

Aku pun sangkut beg sandang kat pagar rumah. Panjat. Susah jugak nak panjat pagar rumah ni, bukannya ada dahan macam pokok rambutan. Bunyi besi pagar yang berlaga buatkan ketenangan petang sedikit terganggu. Bila sampai kat puncak pagar (masa ni kedudukan aku dikira sebagai atas pagar. Kalu aku mengundi sekarang aku dikira sebagai pengundi atas pagar! Mungkin! Haha) aku terjun! Pap! Bunyi tapak kasut berlaga dengan tanah. Aku landing dengan cemerlang sekali. Tegap berdiri. Tarik nafas. Dan kemudian riak seketika. Peh, terer jugak aku landing! Haha

“HOI!! BUAT APA TU??!!!

Aku terpana. Keriakan terbantut. Hidung yang kembang akibat sedikit riak tadi terkucup semula. Tapi tidak la sampai memancungkan hidung Melayu ku ini. Haha. Jiran sebelah rumah menjenguk ke pagar. Bukan setakat jiran, bini jiran, anak jiran dan seangkatan dengannya datang berkerumun kat aku. Seorang lelaki yang sedikit tua, ku sangkakan ketua keluarga orang rumah sebelah, pegang lengan aku. Aku pun heran macammana tangan dia boleh jadi panjang dan melangkaui pagar rumah untuk pegang aku. Peh!

“ oloh siang siang hari pun berani mung nak naik rumah orang?!” dia pandang beg sandang hitam yang disangkut kat pagar rumah, masa aku nak panjat tadi.

“ eh pakcik, saya ni cucu sedara mak mah. Dah talifon ke dia tadi, dia suruh panjat masuk rumah sebab dia gi Mundok!”

Betul kata orang, berani kerana benar. Oleh sebab aku ada di pihak yang betul, aku langsung tak rasa takut. Tak menggelabah langsung.  Cool je. Cuma sedikit berdebar. Nasib baik aku kat dalam pagar, kalu tak kena belasah awal awal lagi aku rasa. Haha.

“ yolo ko. Pah guana tadi ambe tepon ko dia tak dapat pon”, sorang lelaki menjampuk. Lepas tu dia cerita dia dari tadi lagi sampai, tapi bila call Mak Mah tak dapat. So dia melepak kat rumah jiran sebelah tu. Masa bunyi bising pagar dipanjat tu, dorang tengah borak tentang kejadian pecah rumah yang semakin kerap berlaku kat kawasan perumahan ni.

Lepas tu baru aku tau, lelaki yang menjampuk dan perempuan bini dia ni rupanya jugak cucu sedara Mak Mah. Maknanya entah berapa pupu aku tah. Daripada adik beradik dia yang mana pun aku tak sure. Teruk kan aku. Keluarga sendiri pun tak kenal. Haha. Tula.. nenek aku ramai sangat adik beradik. Sampai 13 orang. Kalu yang 13 orang tu aku kenal la, tapi bila dah sampai pecahan pecahan ke bawah, memang taksempat la aku nak ingat semua.  Dah la duduk jauh jauh. Bertebaran bukan setakat kat Kelantan je, malah sampai ke ceruk Narathiwat, Patani, Yala, dan Tabal. Yelah, kalu ikut sejarah dulu, semua kawasan tu kan masih dalam negeri Kelantan, sebelum perjanjian Inggeris dulu yan buatkan Sungai Golok menjadi sempadan Thai dan Tanah Melayu. Sebab tu lah slang Kelantan dan slang penduduk Melayu selatan Thai tak banyak bezanya.  Sama jugak dengan orang Jerteh di Terangganu.

Masa kecik dulu pernah la mak aku bawak pi sana, tapi skang dah lama tak pegi. Melainkan dorang yang datang ke Malaysia. Memang tak la kan nak pergi sana. Bahaya. Tembak menembak, bom mengebom dan jadi perkara biasa kat sana.

Untuk meyakinkan dorang bahawa aku bukan pencuri yang nak cilok barang kat rumah tu, aku call Mak Mah. Nasib baik dapat. Tapi dorang masih tak percaya. Sendiri nak bercakap dengan Mak Mah. Aku bagi la dorang fon aku. Nasib baik masa tu kredit banyak. Haha

Lepas tu, bila semua dah percaya. Dorang pulak tolong aku. Haha.

Semua jiran yang sebelah rumah tu datang dan tolong aku masuk ke dalam rumah. Kami cari cari tingkap yang dikatakan berkunci tu tapi tak jumpa. Pakcik tu tadi angkat aku kasi masuk ikut lubang angin yang kat tandas tu. Tinggi kot. Susah nak masuk. Last last sekali, jumpa jugak tingkap yang tak terkunci. Dapatlah aku masuk dan buka pintu rumah. Masuklah aku dan cucu sedara Mak Mah yang lain tu. Rehat tunggu malam, tunggu Mak Mah balik.

Bila Mak Mah balik malam tu, galak dorang dok cerita. Jiran yang tadi nak bantai aku pun datang jugak, berkongsi kisah la kununnya. Mak mah dok gelak je kat aku. Padan muka. Tula.. lainkali nak datang call dulu, katanya.

Aku tersipu kat penjuru. Padan muka aku!

No comments:

Post a Comment