Tuesday, January 24, 2012

Anda Tentunya Dewasa dan Matang Bilaa....


Tahun 2012, berapa umur korang? Matangkah kamu? So anda tentunya dewasa dan matang apabila anda rasakan anda tergolong dalam ciri ciri di bawah. Kajian selama 22 tahun oleh aku dan sila jangan percaya oke. Hehe :P


1.    Kawan sebaya yang dulu belajar sekelas dengan anda ramai yang sudah berumahtangga dan punyai anak.

2.    Pergi ke rumah lecturer or jiran yang punya anak kecik, dorang ajar anak dorang panggil korang uncle atau auntie.

3.    Masa cuti anda balik ke kampung dan orang tua tua kampung tunjukkan minat nak berkawan dengan korang. Dan layan korang macam kawan kawan dorang.

4.    Kalau ada kenduri or majlis tahlil or majlis cukur jambul or solat hajat anda dijemput atas nama anda sendiri. Bukan macam dulu dijemput atas kapasiti nama ayah korang. (bagi lelaki)

5.    Dalam family, anda ada kuasa mempengaruhi keputusan keluarga. Opinion dan suara anda dipandang dan didengar.

6.    Anda boleh menegur ibubapa dan memberi pendapat anda dalam apa apa hal keluarga.

7.    Masalah keluarga akan dilaporkan kepada anda juga, walau jauh macam mana sekalipun anda dengan rumah.

8.    Anda tengok IC dan anda perasan di IC ditulis tahun kelahiran anda ialah 1990, 1991, 1992 ataupun tahun sebelumnya.

9.    Anda dah rasa gatal nak berbini.:P
matang la kunun. nyah!


10. Anda dapat bertenang dan bersabar sekiranya hajat tidak tercapai.

11. Anda tidak berasa iri hati melihat orang lain dipuji dan disanjung.

12. Anda mampu menyembunyikan perasaan luka dan tersinggung dan buat buat macam takde ape ape berlaku.

13. Anda terus berlaku adil dan saksama meskipun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

14. Anda dapat menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan tidak melatah sewenangnya.

15. Anda jatuh hati kat seseorang, dan anda tidak main main. Anda berhasrat untuk bersama hingga penghujung usia. <3 <3 <3 J

16. Sekiranya anda tidak tahu, anda mengaku dengan jujur bahawa anda tidak tahu. Tanpa merasa malu.

17. Anda memuliakan tetamu.

18. Anda menjaga hati kawan, keluarga. Anda layan keluarga kawan anda denagn baik.

19. Kawan ayah anda adalah kawan anda (bagi lelaki).

20. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan lelaki dengan jujur.

21. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

22. Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai oleh wanita lain. –my fren said!

6 comments:

  1. eh. ko 22 ke sham? laaa. pk la same umo. bhaahaha. matang la kunun ko ngn adib tu. cis ;P

    ReplyDelete
  2. Hampir separuh betul....sebab sy tak tau yang bab lelaki tu. Kira berjayalah...kajian tu.

    ReplyDelete
  3. shiteq: belum cukup 22 lagi.. tp hampir2 lah..hehe

    jumir: hampir berjaya..hehe :P

    ReplyDelete
  4. okeyh..
    menarik menarik..
    no 15 tu... erm erm erm (angguk pale)

    ReplyDelete
  5. imah ko terasa ke?? hehe

    ecah: heee~

    ReplyDelete