Tuesday, October 9, 2012

Sabah bahh... - Part 1


Sabah. Sebuah negeri  di Malaysia Timur, bagi aku adalah sebuah negeri yang unik dan menarik. Negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Zee Avi (aku peminat dia,haha) merupakan negeri yang sangat kaya dengan flora dan fauna, hasil hutan, petroleum, budaya, adat resam dan keunikan yang tiada tolak bandingnya.


Baru baru ini heboh apabila ada mahasiswa sebuah universiti tempatan yang menghina negeri Sabah sehingga menjadi kes polis. Entri ini agak lewat keluar memandangkan isu ini mungkin sudah sejuk. Sengaja aku tunggu isu ni sejuk dulu, tak mahu nanti menimbulkan sebarang perkara berbangkit pulak kalau aku keluarkan entri yang berkaitan benda yang hotEntri ini bukanlah untuk membela mana mana pihak, ataupun untuk condemn mana mana pihak tapi hanyalah sekadar opinion peribadi aku sendiri berdasarkan pengalaman selama baru masuk tahun ketiga di negeri di Bawah Bayu ini.

Sejujurnya biarlah aku mengaku bahawa sebetulnya aku tidaklah layak untuk memberi komen tentang apa yang aku tidak betul betul arif tentang sesuatu perkara. Sabahan mungkin lebih arif tentang realiti kehidupan yang mereka sendiri lalui di sini. ( Why Im so care? HUH?) Sesungguhnya apa yang aku nak bagitau ni adalah apa yang aku nampak dengan mata kasar yang rabun ini. Aku akan beritahu sejujurnya apa yang aku dapat lihat dengan realiti di sini.

Kehidupan aku di sini, tidaklah berkisar di seluruh pelusuk negeri, sehingga ke pedalaman. Kehidupan aku hanyalah berkeliaran di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya. Sejujurnya bandaraya Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang sangat pesat dan maju membangun. Adalah tidak keterlaluan jika aku katakan Kota Kinabalu adalah lebih pesat dan maju berbanding beberapa bandar lain yang pernah aku terokai di Semananjung. Jujur. Mestilah,  ibu negeri kot.

Cuma yang dapat aku simpulkan ialah kebanyakan pembangunan yang pesat hanya tertumpu di Kota Kinabalu. Di daerah lain pembangunan adalah tidak serancak malah tidak keterlaluan kalu dikatakan bagaikan suam suam kuku yang tuannya baru lepas mandi.

Teringat kata kata seorang kawan dari Borneo sedikit masa dulu. Masa tu kami tengah menonton Russel Peters Shows. Russel Peters ni merupakan seorang pelawak Kanada yang berketurunan India. Aku suka tengok lawak dia sebab lawak dia cerdik. Lawak dia berdasarkan realiti dan akan membuatkan minda kita berfikir. Dia tidak perlu bermekap dan berpakaian seperti wanita, dan membodohkan diri sendiri untuk membuatkan orang tergelak.

“medialah punca orang Semenanjung bila sebut Sabah ngan Sarawak, terus dorang bayangkan rumah panjang, sungai, hutan, monyet dan sebagainya. Bila sebut je Sabah Sarawak, terus mereka bayangkan manusia bercawat, menyumpit dan sebagainya”.

 Katanya mengulas apabila Abe Russel ni bertanya, kenapa bila sebut je orang Arab, dunia akan bayangkan mereka ni ganas, jahat dan suka bom bom orang? Sebabnya dunia telah di-setkan minda oleh media bahawa orang Arab itu jahat. Cuba tengok dalam mana mana filem mat saleh, yang jadi jahat, yang watak pengganas mesti orang Arab/Islam. Jarang kalu yang jahat itu orang orang mereka. Sama jugak halnya dengan konteks kita sekarang ini..

Sepanjang dua tahun yang sudah di Sabah, aku telah sampai ke beberapa daerah yang agak jauh dari Kota Kinabalu. Aku telah sampai ke Beufort, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Ranau, Kundasang, malah aku telah menjejakkan kaki ke negara Brunei Darussalam dan juga negeri Sarawak meliputi Miri, Sibu, Bintulu, Sri Aman, Lubuk Antu, malah sampai ke Kuching. Melalui jalan darat. Malah aku juga ada keluarga angkat daripada bangsa Iban di Sarawak dan aku pernah tinggal di rumah panjang di Tinting Lalang, Lubuk Antu Sarawak.

Seingat aku, mereka tidaklah sehulu seperti yang digambarkan di TV selalu. Rumah panjang yang aku tinggal tu siap dengan segala kelengkapan moden malah lantai rumah panjang mereka mozek sampai ke dinding. Dua tingkat. Teringat lagi masa tu untuk sampai ke Kuching dari Kota Kinabalu memakan masa 2 hari. 2 hari bai dalam bas. Haha.

Ok, biar aku listkan perbezaan yang sempat aku perasan sepanjang berada di Kota Kinabalu:

1. Waktu

Waktu di Sabah satu jam lebih awal berbanding di Semenanjung. Di sini cerah lebih awal disebabkan kedudukannya di sebelah timur semenanjung. Kan matahari naik sebelah timur. Jangan buat buat lupa plak belajar sains darjah 4 dulu, aku lempang kang. Haha.
Masih teringat hari pertama di Sabah. Subuh jam 4 lebih dah masuk dah. Lepas solat subuh aku tidur sekejap sementara tunggu nak ke kelas. Tiba tiba kakak aku call. Biasalah, dia kejut subuh. Kadang kadang mak aku yang call pagi, mesti tanya dah solat belum?!. Aku tengok jam pukul 6.30pagi. Tapi kat luar dah cerah gile dah macam pukul 8 pagi. Terkejut aku. Eh biar betul, jam aku rosak ke? Aku tanya rumet, jam berapa skang? Dia cakap, “6.30”. “Eh biar betul?”. “Sabah baahh. Jam 6 memang sudah terang”. “Oooohh, OK”.

Sebenarnya waktu memang sama, maksud aku kalu di Sabah pukul 7 pagi, di Semenanjung juga pukul 7 pagi. Cuma yang berbezanya matahari lebih awal muncul di sini. Kadang kadang ada jugak kawan aku yang call or text, mesti tanya, eh skang kat tempat kau jam bape? Same je bai, kita kan sama waktu Malaysia. Tun Mahathir yang bertanggungjawab menyelaraskan waktu diantara Semenanjung dan Sabah Sarawak pada 1982. Sebelum 1982, waktu di Sabah Sarawak lebih awal setengah jam. Kerana memang Sabah Sarawak dan Semenanjung berada di Time Zone yang berbeda. Sejarahnya. 

2. Makanan

Masa mula mula aku duduk Sabah, tekak aku memang tak boleh terima masakan di sini. Setiap kali makan, mesti tak habis. Masakan di sini rasa hambar dan longlai. Kosong kosong oh oh. Memang tawar semacam je. Maklumlah sebagai seorang Kelantan sejati, sejak kecil lagi aku sudah dijinakkan dengan makanan yang penuh dengan rasa. Masakan kelantan biasanya lebih manis dan berlemak. Ya. Oleh sebab sudah terbiasa dengan masakan yang manis, mungkin itu sedikit sebanyak mempengaruhi wajahku yang manis dipandang. Keh keh keh. XP

Sebenarnya penghayatan ataupun kecenderungan ke atas sesuatu makanan adalah satu perkara yang subjektif (*ayat budak SSMP). Mungkin jika Sabahan pergi ke Kelantan, mereka tidak suka dengan masakan Kelantan yang manis berlemak itu. Hal ini kerana (*ayat sekema)  sejak kecil lagi tekak mereka dibiasakan dengan makanan yang lebih tawar. Sama jugak dengan kita, kita sentiasa merasakan masakan ibu kita adalah yang terbaik. Paling sedap in the entire world and the universe. Tapi mungkin kalu kawan kita makan masakan ibu kita, mereka akan: 

“what the hell, macam ni sedap? Masakan mak aku lagi the best kot!”. 

Biasalah, dah sejak kecik lagi makan masakan mak, of kos la tekak kita sudah sebati dan terbiasa dengan masakan sebegitu. Kalau mak kau betul betul pandai masak, dah lama dah dia bukak restoren dan punyai cawangan di setiap daerah di seluruh pelusuk alam. 

Begitulah seadanya. Benda ini subjektif.

Selain itu, sup adalah satu kewajipan disini. Kau belilah nasi goreng ke, nasi putih ke, apa apa nasi sajalah, pasti akan diberikan sup sekali. Kuah sup. Tak payah mintak, dorang memang akan bagi. Kalu kau berkeras tak nak ambik, dorang akan gantikan dengan penumbuk. 

Ok yang penumbuk tu tipu,haha.

Dan yang femes kat sini yang setakat aku tau, bontot ayam. Ya bontot. Bontot. Bontot ayam dicucuk di lidi dan dibakar macam satay. Lima bijik bontot RM1 je. Sedap. Ketagih jugak aku. Adakah ini petanda awal jodoh aku nanti orang Sabah? Kita tengokla nanti.hahahaha.

3. Pemanduan

Jika dilihat di jalan jalan di bandar, ketara motosikal adalah sedikit sahaja jumlahnya. Ada seorang kawan aku dari Borneo pernah cakap bahawa Sabahan dan Sarawakian jarang yang bawak moto. Biasanya mereka pakai kereta. Jadi tidak hairanlah jika ada kawan aku Sabahan yang tidak pandai bawak moto walaupun umurnya baya aku dan lelaki sama seperti aku. Perempuan apatah lagi. Selama 2 tahun disini, hanya beberapa orang je Sabahan perempuan yang pandai bawak motosikal. Itu setakat yang aku tau la, yang aku tak tau mungkin ramai.

Cara Sabahan memandu pun pelik. Mereka tidak gunakan lorong kanan sebagai lorong laju. Suka suki dorang je nak stay kat mana mana line. Kalau kita jumpa orang yang pandu slow tapi drive kat lorong kanan, itu perkara biasa. Kita yang laju ni pandai pandai la masuk lorong kiri. Momotong di sebelah kiri. Cuba kau buat macam tu kat semenanjung, konfem bukan setakat kena hon, kalu bernasib baik akan dibaling stering lock free of charge atas muka!

Pasal hon lagi satu hal. Sabahan tidak gunakan hon. Amat jarang sekali hon kedengaran kat jalanraya or tengah bandar. Kalu ada kereta yang bunyi hon tu, komfem pemandu tu orang Semenanjung. Betul. Ni kawan aku yang Sabahan sendiri yang cakap.
sehari sebelum sambutan Hari Malaysia 2012
Bas adalah raja di jalanraya. Memang bas jenis dasar muka tak malu tak sedar diri. Tak sedar ke badan tu besar tapi nak mencilok jugak macam moto. Betul. Tak percaya datanglah Kota Kinabalu. Tengok macamana bas dorang menyelit kat tengah tengah jem. Lagi satu bas ni suka suka hati je nak berenti. Kalu kita bawak moto, jangan la pandu kat lorong tepi tu, aku penah kena himpit dgn bas, sebab bawak kat lorong tepi. Sapa sapa yang tahan walaupun bukan kat bus stop, memang dia berenti. Nasib baik sempat aku turun sampai ke atas tanah.

4. Kanak kanak dan pekerjaan.

Kat sini kanak kanak kecik kecik lagi dah bekerja. Dah jadi perkara biasa yang tak pelik bila kita lihat cleaner kat kolej kediaman aku sendiri umur macam baru form 3 form 4 tapi dah kerja. Kalu pergi pasar Philipine, lagilah. Budak budak baya baya adik aku yang sekolah rendah lagi, berkeliaran menjual beg plastik. Biasanya mereka akan aim kat kawasan jual ikan kat belakang pasar philipines ni. Masa first aku datang sini beli ikan, dua tiga orang budak datang kat sebelah aku bukak beg plastik suruh aku bubuh ikan yang sudah diplastikkan. Aku pun bubuh lah dalam tu, tapi lepas tu dia hulur tangan mintak duit. Aku pun macam…huh?. 20sen! Kata budak tu.

Biasalah kan, kalu kat tempat aku biasanya kalu kita beli ikan penjual tu akan lapiskan 2 bijik plastik supaya taklah bau ikan kuat sangat. Tapi kat sini selapis je plastik yang penjual kasi. Lagi selapis dijual oleh budak budak kecik ni. Kadang kadang aku terfikir budak budak ni sekolah ke tak ni? Kalau yang kat kedai jual sanggar (pisang goreng) ke apa, mungkin la budak budak ni bantu mak dorang meniaga, tapi yang kat pasar Philipine ni, konfem la tak sekolah kan. Tak pastilah pula kan kalu umur budak budak ni sebenarnya dah dewasa, tapi nampak mcm kanak kanak sebab awet muda!

5. Makanan laut
aku pernah dapat sotong harga RM3 sekilo
Tak tipu, kat sini makanan laut adalah sangat sangat sangat murah. Terutamanya di pasar Philipines. You can get 1kg of ikan dengan hanya 3 ringgit malaysia tunai tak boleh hutang. Atau kalu bernasib baik, akan dapat harga RM2 sekilo. Kadang kadang terfikir jugak macammanalah dorang ni dapat untung ha? Ikan udang sotong semuanya sangat murah. Tapi yang mentah lah, bila dah masak harganya dah jadi biasa la. Sebab tu kadang kadang kalu nak beli lauk aku lebih rela ke Pasar Philipines walaupun agak jauh berbanding ke Giant yang hanya sebelah uni je.

6. Rokok seludup.

seorang penjual rokok di tepi jalan
Sabah, mungkin boleh dikatakan syurga kepada perokok tegar. Sepertimana ikan, rokok juga sangat murah di sini. Kau boleh dapatkan rokok dengan serendah RM2 sekotak. Banyak sungguh penjual rokok seludup yang berkeliaran di tepi tepi jalan. Terutamanya di kawasan Pasar Philipines. Kadang kadang bila kita slow je moto or kete, terus dorang tanya nak rokok tak? Dah la muka macam gengster. Kadang kadang takut jugak. Dorang sangat ramai. Tak dapat dipastikan sama ada penjual rokok seludup ni berstatus warganegara ataupun PATI.

Dah, 6 pemerhatian dah cukup. Nanti kalu rajin aku sambung lagi. 

Bye2.

12 comments:

  1. jarang dengar kelantanese yg close ngan sabahan n sarawakian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita satu malaysia bahh..kenapa plak perlu ada barrier each other?
      :)

      Delete
  2. waa...tq sbb puji SABAH! of coz la aku suka sbb aku SABAHAN :)
    btw,budak kecik yg jual plstik n org2 yg jual rokok tu...sbnrnya bukan sabahan.erm..fhm2 la..diorg ni mmburukn imej sabah,tp xdnafikn mmbntu ekonomi sabah jgak.hehe..juz gv additional info.peace!
    oh ya..bout mknn.last 2 years,aku raya d klntan.(bsfren aku org klntan)msakan org klntn manisss sgt kn.org sdah hidang,aku mst la mkn kn.lepas telan,aku cpat2 cari air kosong.haha..nway,aku dpt duit raya.so berbaloi la aku korban deria rasa aku tu kn.hehe..no wonder ko xtahan dgn msakan org sbah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. bkn puji pun..tp mnyatakan fakta apa yg aku tgk sdiri..hehe :D
      dulu xtahan..skang da ok da mkan mkanan sini..hehe :D

      Delete
  3. saya orang sarawak. saya sangat suka negeri sabah, sangat menarik alam semulajadinya baik di darat mahupun laut. lautnya membiru...daratannya permai. begitulah jugak dengan negeri2 di semenanjung pun tak kurang jugak menariknya. ada rezeki saya nak pegi lagi ke sabah utk kali ke 4 berturut-turut.(setiap hjg tahun)

    ReplyDelete
  4. i read this in 2016. Sabah have changed so much today. 😔

    ReplyDelete
  5. ....timo kaci yeee...suka sabah..tapi dmnapun di Malaysia kita ni..cantik bahh...cuma mengikut rasa dan mood kita laaa pada ketika ituuu..apapun semoga kita tetap kekal sebagai 1Malaysia...hehehe konsep di Borneo daah laaa dahhhh tuuu

    ReplyDelete
  6. Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Harga lebih rendah utk sewaan bulanan

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  7. suami sy owg sabah...die cerita semasa kecik mmg die pon mnjual beg plastik merata pasar filipine..tue normal..diorg nie kecik2 lg da pndai cari duit..

    ReplyDelete
  8. Hi...skg 2018, xnk ke update ape2 prkmbngan bru d kk? Blh la sy baca. Maklumlah tgh cari info psl kk sb mgkin suami kne transfer sne xlama lg. Pape pon tq for ur info. 😁

    ReplyDelete