Rahman susah hati. Syarikatnya mula
mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit
ke kampung untuk belanja isteri dan anak anak. Akhirnya Rahman mendapat satu
idea dan mengirim sepucuk surat kepada isterinya:
Maafkan
abang sayang, bulan ini abang tidak dapat hantar duit belanja untuk sayang dan
anak anak. Sebab bisnes abang merudum. Abang hanya mampu kirim 100 ciuman untuk
sayang.
Yang
mencintai sayang,
Abang
Rahman.
Seminggu kemudian Rahman menerima surat
balasan dari isterinya Leha…
Abang
sayang,
Terima
kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Leha amat menghargainya. Untuk
bulan ini, Leha berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah laporan perbelanjaan
Leha.
Kedai
runcit Pak Hashim sedia terima 2 ciuman sayang untuk beli 5 liter minyak masak.
Tukang
baiki paip sedia terima 4 ciuman sayang untuk baiki sinki bocor.
Tukang
buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.
Linggam
karpet tidak terima ciuman, tapi mahu dibayar dengan benda lain, terpaksa
sayang turutkan untuk jimatkan belanja.
Guru
tuisyen Along sedia terima 3 ciuman, guru Angah terima 3 ciuman dan guru Adik
12 ciuman. (Sebab adik perlu diberikan banyak tumpuan).
Sayang
juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman dengan wang
sebanyak RM100.
Terima
kasih abang di atas kiriman ciuman yang amat berharga itu. Sayang rasa sangat
kaya bulan ini. Semua perbelanjaan juga tersangatlah mewah. Sayang harap bulan
depan abang kirim lebih banyak ciuman untuk sayang.
Oh
ya! Sayang ada lagi baki ciuman abang sebanyak 56 kali. Abang rasa patutkah
sayang tukar perabot baru ataupun simpan saja ciuman itu??
Dari
sayang abang,
Leha
No comments:
Post a Comment