Saturday, April 21, 2012

My 22nd Besday~~


Hari ni Sabtu, 21 April. Pagi pagi lagi bergegas ke SSMP ada midterm Food Microbiology. Agak meyakinkan la kan nak jawab midterm. Sekali soalannya aduiyaiii.  

Malam tadi bukan main fokus lagi aku menelaah Microbe ni. Sekali jam 12, tiba tiba 2 biji telur ayam pecah berderai kat dahi aku. Lepas tu tanpa sempat aku wat apa apa, datang pulak tepung ke bedak ke apa tah, berlumur simbah kat aku. Habis laptop ngan lantai bilik aku. Bila dah jadi macam ayam golek tepung yang sedia untuk digoreng, aku masuk ke bilik air nak cuci. Sekali datang budu daa, melayang melekat kat badan aku. Binawe punye kawan. Terpaksa aku mandi malam malam. Huh. Aku bernasib baik sebab minyak goreng ikan masih panas dok dalam kuali. Kalu tidak mungkin aku dah bertukar jadi orang minyak malam tu. Huhu.
hepi sweet 18..hehe
Ok fine la, korang memang sengaja kan. Senyap senyap je aku ingatkan dorang sume tak tau besday aku. Yala sengaja aku tak letak besday kat FB  n kat mana mana. Sekali Ayie and da gang tau. Aku tak tepikir langsung dorang wat gini memandangkan aku bukanlah orang yang suka mempedajalkan membe di masa besday mereka. Bukan main rilek lagi aku dalam biik setadi sambil pintu bilik tak kunci. Sekali wakenabeb. Apa nak buat kan, tak kan nak marah pulak. Itu tandanya kawan ingat kita, walaupun disambut dengan cara yang agak kurang sopan. Hahaha.

Lepas midterm Microbe, aku nak balik. Ingat nak balik masak makan nasik kat bilik. Tapi Adib, Ecah, Kay, Radhi ngan Yana ajak makan kat kafe pulak. Aku on je. Yelah, dah puas perah otak tapi tak dapat dapat hasilnya, ok jugak lepak sambil makan, sekurangnye gelak dorang menghilangkan tensen. Tapi bila aku da nak gerak ke kafe tiba tiba Ecah call, cakap, “ weh tak jadi la makan kat kafe’ jom gi 1 Borneo, kitorang dah sampai sini”. Hampeh betul la.. aku pun ikut la.. OK. aku pecut moto dengan kelajuan 30kmph sahaja dengan penuh berhemah pastu sampai 1B.

Call Adib tak jawab, call Ecah tak angkat. Call Radhi, dia cakap dorang ada kat KFC. Aih.. takde tempat lain ke, KFC je tiap hari. Huhu. Aku pun masuk la KFC, puas cari tak jumpa gak dorang. Masuk McD, takde jugak. Masuk KFC balik, pun takde. Biar betul dorang ni, ke sengaja nak kenakan aku. Bila call sekoq sekoq tak jawab. So dengan hati yang tacing aku pun ronda la sekitar 1B. Jaga korang, kenakan aku ye, jumpa korang nanti siap la aku kejekan. Huhu.
Jap agi kalu muka aku putih, jangan tanya kenapa..haha
Kat centre Atrium ada pesta Jelajah Johor. Aku ronda la kat sana. Tiba tiba ada sorang abang tu tarik aku suruh cuba produk dia. Untuk mencantikkan kulit katanya. Hampeh betul la. Kulit aku dah cantik mulus berseri kot. Tak payah la nak jual produk kulit apa bagai kat aku. Huh. Tiba tiba ntah kenapa, aku terbeli la produk tu. Ayu Sejuk. Phew! Kenapa aku beli eh? Sampai sekarang aku konfius kenapa aku beli benda alah tuh. Huhu.

Aku dah bengang tahap gaban dah, bila tiba tiba Ecah mesej cakap suruh datang McD plak. Apa ni, sekali KFC sekali McD. Bukankah itu satu kebangangan yang jelas nyata?? Tapi tiba tiba si Radhi pulak call aku suruh datang kat KFC. Macam orang bongok aku pun pegi la kat sana. Tengok Radhi dok tunggu depan KFC. Dengan hati yang bengkak, aku pun masuk la KFC. Tiba tiba tengok dorang dah sedia ada kat meja kumpul ramai ramai. Bila aku masuk, dorang dok ramai ramai nyanyi besday untuk aku. Walopun aku tau sore dorang tak la sedap sangat pun, tapi sore katak dan kodok ini pasti akan kurindui satu hari nanti. Haha. Rasa panas dan bengang yang menjalar sejak tadi rasa hilang tiba tiba. Huh. Lepas tu kami pun bersuka ria lah, konon. Gi karok menyuarakan suara masing masing. Dan sesungguhnya suara akulah yang paling katak diantara mereka semua, aku tau tu. Haha.

Sebenarnya petang tu aku ada janji dengan Timbalan aku nak meeting pasal program silat kami. So oleh sebab aku dok bersuka ria kat 1B, aku pun mintak tangguh la dengan beliau. Nasib baik la dia ok. musim yang elok. Haha.

Tapi aku kena balik awal la. Malam tu ada meeting untuk pogram family day lagi. Awal la jugak aku balik, dekat maghrib. Hehe. Sedang meeting, tiba tiba timbalan aku si Ard mesej, dia nak jumpa kejap lagi katanya. Ada hal penting pasal pogrem kami. Ada masalah yang perlu dibincangkan. Masalah memang selalu ada. Ok.

Lepas meeting, aku ngan Azli ke Anjung Perdana. Jumpa Ard. Dia datang melenggang. Tapi lepas tu  aku tengok aik kenapa ada pulak budak budak silat kat sini. Malam ni mana ada latihan. Aku wat tak endah je, dok serius bincang pasal proposal pogrem kami. Dan tak banyak pun kami bincang, tiba tiba Azli panggil aku, dok tunjuk BlackBerry dia yang masih berbau kedai. Dia tunjuk application apa tah, aku pun ralit la dok main. Tiba tiba datang segerombolan budak silat dok nyanyi besday kat aku. Huuuuu. Ada sapa tah yang bawak kek Secret Receipe sebijik. Chocholate Indulgence. Wah. Aku tacing. Haha.

Lepas tu, bincang pasal proposal ntah kemana hala, kami makan makan makan makan. Ok, tujuan utama Ard ajak aku bukan sebab nak bincang proposal pun. Ok.

So, umur aku dah cukup 22 tahun. Dah cukup matang kot. Mungkin dah sampai masa nak cari jodoh. Lepas grad keje 2, 3 tahun cari duit, kawen. Tak leh lama lama nanti kualiti berkurang. Hek3. Tapi banyak benda lagi yang perlu aku buat. Lagi banyak benda yang belum aku capai. Belajar pun masih ntah kemana.
Terima kasih kepada kawan kawan yang ingat aku. Aku tak mengharapkan sangat untuk disambut sebegini. Ya. Tak penting asa long as u remember me as one of your frends. Its enaf. I love u all my frends.
Aku  dah mendaftar sebagai pemilih. Anda pula bagaimana?? haha


2 comments: