Terung manggo.
Atau nama saintifiknya Solanum tarvum.
Aku tak pasti apa nama yang korang panggil. Terung bulat mungkin? Oh ya terung
pipit. Kalu zaman dulu dulu terung ni femes dikalangan budak budak sebab kami guna buat peluru senapang kayu. Main perang
perang. Village War II (VWII).
Sebenarnya
aku takpenah rasa pun terung ni. Tapi ma aku suka. Biasalah orang kampung ni
makan ulam ulaman. Segala jenis pucuk kayu dimakannya. Awet mudalah katakan.
Biasanya ulam ulaman seperti pucuk segala jenis pucuk (pucuk ubi, ketereh, ulam
raja, pucuk paku-(siriusly paku sebenarnya boleh dimakan), pucuk miding dimakan
mentah ataupun dicelur sebelum dicecah budu dan dimakan bersama nasi. Memang
yummy sebenarnya.
gambar cari kat tenet |
Ok dah. Aku
nak cerita pasal terung. Kenangan aku dan terung. Terung manggo khususnya. Ceh.
Satu ketika
dulu masa tu aku form berapa tah, mungkin form satu or dua aku dah lupa. Aku
ngan adik aku pergi ke rumah sorang sepupu aku ni. Sebenarnya rumah dia ni
berada jauh di pedalaman. Sebab dia baru beli tanah kat kawasan yang baru
bukak. Kawasan hutan la yang baru ditebang. Memang murah la kan tanah kat
pedalaman. Dengan hanya beberapa ribu ringgit dia dah boleh beli berpuluh ekar
tanah untuk dibuat kebun.
Dah nama
pun kat hutan, pokok pokok kayu pun banyak kat sana. Hutan pun belum tercemar,
banyak pokok pokok ulaman dan sungainya masih dalam dan jernih. Aku ingat masa
malam terakhir kat situ aku ikut sepupu aku tu pergi memanah udang galah. Dan
jugak ikan sungai. Ya memanah. Udang sebenarnya hanya berselindung kat balik
batu kat sungai yang cetek dan air deras. Tak hairanlah bila ada pepatah melayu
‘ada udang di sebalik batu’, sebenarnya orang dahulu kala nak bagi gambaran
kepada kita kalau nak cari udang carilah disebalik batu. Direct message. Haha.
Sebenarnya
senang nak panah ikan pada malam hari. Sebabnya dikan (sebab ikan, kalu orang
kita guna perkataan ‘dorang’ ) tidur. Jadi sepupu aku tu pakai google dan
berbekalkan lampu yang waterproof, then menyelam. Aku hanya tunggu je dalam
sungai tu sambil check line. Haha. Panah pulak kita gunakan batang besi yang
sudah diruncing dan diikat dengan getah. Susah nak explain la takdak gambaq ni,
nak lukis pun gua tak reti.
Ok, tak
masuk lagi cerita terung kan?
Nak pergi
ke tempat sepupu aku ni, terpaksa naik bot tau. Bot kecik je hanya muat 3,4
orang gitu. Pengalaman lah kan sebab sebelum ni aku tak pernah naik bot kecik.
Takut pun ada. Petamanya takut bot terbalik. Yelah botnya hanya selebar sorang
duduk je, pastu bila bergerak laju muncungnya akan terangkat. Air pulak
memercik naik. Yang keduanya aku takut buaya. Sungai besar kot. Sungai Dabong. Sebelum
naik bot sepupu aku dah pesan, kalu sekiranya bot terbalik, pegang kat bot.
jangan pergi jauh. Lagi satu masa dalam bot, jangan tekan kuat sangat kat birai
bot, sebab akan menyebabkan bot tidak stabil dan mungkin boleh terbalik.
Maklumlah bot kecik. Kami memang tidak dibekalkan jaket keselamatan. Lagi satu
aku tak pandai berenang!
lebih kurang macam ni la bot kami naik. |
Mananya cerita
terung?
Masa nak
balik, banyak gile hasil hutan yang kami bawak balik. Dah macam peraih dah aku
rasa. Dengan guni yang penuh dengan pucuk pucuk kayu, dengan siput sedut yang
kami kutip, udang galah dan ikan sungai. Haha. Masa balik tu kami balik
sendiri. Sepupu aku bawak kami naik bot sampai ke seberang then kami balik naik
keretapi.
OK OK OK!
Cerita
terung ni sebenarnya berlaku masa perjalanan balik. Masa kami menunggu
keretapi, ada la sorang wanita mengandung sama tunggu tren dengan kami. Tiba
tiba dia ternampak terung yang kami bawak. Banyak sebenarnya.
“banyak
barang, mana dapat terung manggo ni?”, sapa akak tu. Mulakan perbualan.
“kita dari
*****(nama kampung), gi umah spupu”.
“lama dah
akak nak makan terung manggo, tapi payah nak cari kat sini, adik jual ko?”
“eh dok
aih, kita nak wat balik jah, orang kirim”
“adik jual
la ko kak sikit, biar kak bayar”,
“erm,
takleh la kak, saya tak nak jual”,
. . . . . .
. . .
Kesian akak
tu.
Bila dah
balik rumah aku cerita kat mak aku pasal akak tadi, ma cakap, “bakpo tok bui
nyo ko dio? Sian dio, dia ngandung tu ngide la nak make. Kita hok tok ngandung
ni tok tahu lagumana oghe hok ngandung nak make”
Sekarang
bila fikir fikir balik, Ya Allah jahatnya aku. Patutnya aku bagi lah kat akak
tu siket, lagipun terung tu bukannya aku beli pun. Kutip je dalam hutan. Hurm. Lagipun
aku pergi rumah sepupu tu, tak bermodal duit pun, siap dapat duit lagi adalah.
Naik bot, Hiluk masa kat sana, sume free. Rasa bersalah pulak aku sampai hari
ni. Sampai skang kalu tengok terung manggo, mesti aku teringat akak tu dan aku
rasa bersalah sangat sangat. You can keep the blame on me.
Serius masa tu aku tak matang lagi...huhu
Aku
terfikir agaknya akak tu dapat makan tak terung manggo sebelum dia melahirkan
baby dia tu. Kata orang tua tua, orang mengandung yang mengidam ni, sebenarnya
bukannya dia yang nak makan, baby dalam kandungan tu yang mintak sebenarnya. Sebab
tu lah dia mengidam nak makan pelik pelik. Budak kan. Kadang kadang ada yang
mengidam nak makan kapur kasutlah, bedak lah, macam macam. Lagilah bersalah aku
rasa.
Kata orang,
baby yang lahir tanpa sempat mak dia nak makan apa yang diidamkan masa
mengandung, lahir nanti mulut akan berair, sehinggalah baby di diberi makan apa
yang diidamkan ibu tu, baru berenti mulutnya berair. Tu aku tak tau lah kan
betul ke tak, nak pasti kena buat eksperiment lah nanti. Hahah. Kbai.
No comments:
Post a Comment