Saturday, October 27, 2012

lima ringgit


“RM5!”

“What??”, im start to speak english, as I always do when I am in a shock moment. Kunun.

“Berapa?”, tanyaku lagi inginkan kepastian.

“Lima ringgit”, jawab si perempuan penjaga kaunter itu dengan tiada segarit pun senyuman di wajah.

“Nah”, aku malas nak cakap banyak. Memang sangat tidak berbaloi apabila aku hanya ambik nasik, sebuku ayam dan tempe gorang dan di caj sehingga RM5. Memang semakin melampau lampau naiknya harga makanan kat Simple Lane Café ni. Sem lepas setakat lauk sebuku dan sayur, baru RM3.50. Tahun ni, mentang mentanglah tiada lagi pesaing, BTC kat sebelah, bukan main lagi ko naikkan harga makanan kan. Alasannya, sewa tapak dengan Chase Perdana naik mencanak.

Bagi setengah sesetengah orang, apalah sangat lima ringgit. Tapi bagi student macam aku ni, lima ringgit untuk sekali makan, agak membebankan la jugak. Apatah lagi bila lauk yang diambil dah la kecik. Nasik tak sempat habis lagi dah habis lauk.  Ditambah lagi dah masuk pertengahan sem dah ni. Kalu awal awal dulu buleh la berlagak makan nak kat tempat high class je.hahaha.

Fenomena harga makanan yang meningkat adalah fenomena sejagat sekarang. Kadang kadang aku terfikir, langkah kerajaan menaikkan harga gula, semata mata dengan niat yang suci untuk mengelakkan rakyat yang disayangi terkena penyakit seperti diabetis dan sebagainya adalah langkah yang kurang bijak. Kerajaan naikkan harga gula tapi mengancam untuk mengambil tindakan terhadap pekedai yang menaikkan harga makanan.

Oh, mungkin mereka tidak tahu bahawa dalam makanan yang selalu mereka makan itu mengandungi gula.

Ada menteri cakap, dengan menaikkan harga gula, rakyat akan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan mereka. Dan menjurus mereka ke arah kehidupan yang lebih sihat.  

Bagi aku, ini tidak benar. Contohnya, sekiranya kita dah biasa masukkan dua sudu gula untuk bancuh kopi misalnya, dan apabila harga gula melambung, kita tidak kurangkan kepada setengah sudu gula. Sama jugak sekiranya harga gula dimurahkan, seringgit sekilo misalnya. Kita tak akan gila memasukkan dua kilo gula untuk membancuh volume kopi yang sama. Think.

Ok dah. Bai.

2 comments: