Tuesday, July 8, 2014

UMS: Tiada lagi sekolah..

Posting saya sebelum ni berkenaan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), UMS mendapat banyak komen dan review daripada pembaca. Kebanyakan mereka adalah pelajar yang berminat dengan kursus yang ditawarkan di SSMP seperti HY07-Teknologi Makanan dan Bioproses, HS04-Sains Makanan dan Pemakanan dan HG09-Perkhidmatan Makanan. Saya cukup gembira sekiranya posting tersebut sedikit sebanyak membantu para pelajar dan memperkenalkan kursus di SSMP dalam membantu pelajar membuat pemilihan untuk sambung pengajian di sini. 


Main entrance UMS (kredit kpd tuan gambar; gua dah cakap kalu pic takde watermark gua kat belog ni, maknanya pic dari google)
Untuk bakal pelajar SSMP selepas ini, harap maaf kerana SSMP tidak lagi wujud di UMS. 
Tiada lagi sekolah sekolah lain di UMS.
Tiada lagi uniknya 'sekolah' pada UMS berbanding universiti lain.
Tiada lagi rasa muda sebab pagi2 bangun pegi kelas di sekolah.
Tiada lagi rasa oversea ada perkataan sekolah. (Macam U di oversea yang pakai 'School of Bla bla blaa..)

Kenapa? UMS dah tutup ke?


Absolutely not my dear dinding..
Bersempena dengan ulangtahun UMS ke-20, pada usia yang semakin menginjak dewasa, pihak pentadbiran telah menukar nama 'Sekolah' di UMS kepada 'Fakulti'. 

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, ia merupakan satu transformasi penjenamaan semula sempena ulangtahun ke 20 UMS. 


"Kita mahu UMS bergerak lebih pantas 
dan pastinya berlaku rombakan besar-besaran melibatkan penstrukturan semula setiap sekolah bagi membentuk beberapa buah fakulti baharu”, katanya semasa berucap di Dewan Canselor pada 18 Februari 2014.

*peh siap ada quote bagai, dah rasa macam page BERNAMA pulak. hahaha.

Dewan Canselor, dan bangunan berkembar di belakang adalah bangunan Canselori, pusat pentadbiran UMS (kredit kpd tuan gambar)
Turut mengalami perubahan nama adalah kolej kediaman di UMS, seperti Kolej Kediaman AB kepada Kolej Tun Dr. Mahathir, Kolej CD kepada Kolej Kediaman Tun Mustapa dan Kolej Kediaman E kepada Kolej Kediaman Tun Fuad Stephen. Siapa mereka ni? hermm.. Tun Dr. Mahathir tu semua kenal la kan? yang lagi dua? Google sendiri.. hehe
(ada masa nanti kita story pasal kolej kediaman pulak)

Oh ye, berkenaan sekolah tadi, bukan setakat tukar nama saja tau. Malah ada juga penggabungan antara sekolah dan timbul nama baru. Daripada 13 Sekolah digabungkan menjadi 10 Fakulti. Senarainya adalah;

1. Sekolah Sains dan Teknologi (SST) + Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa (SPTA) = Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA).

2. Sekolah Sains Sosial (SSS) + Sekolah Pengajian Seni (SPS) = Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW).

3. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) + Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) = Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)

4. Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) ---> Fakulti Kejuruteraan. (2 program HC00 dan HC05 dipindahkan ke Fakulti Komputeran dan Informatik)

5. Sekolah Sains Informatik Labuan ---> Fakulti Komputeran dan Informatik (Tambahan 2 program HC00 dan HC05 dari SKTM)

6. Sekolah Pertanian Lestari (SPL)-Kampus Sandakan ---> Fakulti Pertanian Lestari (FPL)

7. Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP) ---> Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)

8. Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) ---> Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)

9. Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) ---> Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)

10. Sekolah Perubatan (SPU) ---> Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (nama dikembangkan kerana akan menawarkan program selain perubatan)

Memang di awal perubahan nama sekolah, terdapat tentangan dan suara tidak puas hati daripada pelajar, terutamanya pelajar daripada sekolah yang digabungkan. Terdapat sebab mereka sendiri untuk menentang dan memberi pendapat. Tapi walaubagaimana pun, pihak pentadbiran semestinya mempunyai alasan tersendiri di atas setiap perubahan yang dilakukan.

Sebenarnya, secara peribadi.. it doesnt matter it is school or faculty, whatever name it is.. as long as we study- (smart or hard or just so so), as long as we can be a human being, perfectly (hampir2 la.., nobody perfect)..

Thats all utk kali ni.. bye..

5 comments:

  1. Sent you an email. Do check it out, senior! Thanks.

    ReplyDelete
  2. asslm..sy dpt kos sains pmknan & mknn..utk intake sept..rse cm tkut de xlgkp lg borg on9 n manual..tket dh booking..

    ReplyDelete
  3. Salam...Kejuruteraan perisian HC00 kena buat di labuan la ya?

    ReplyDelete