Friday, December 16, 2011

SEMEGA: Joinventure Bersama Orang Asli~

Program Joinventure bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang. Ni merupakan kali pertama aku masuk ke kampung orang asli, walaupun tempat aku di Gua Musang merupakan antara tempat yang paling banyak perkampungan orang asli di Kelantan.
Orang asli di kampung ni ialah dari suku Orang Sungai. Perkara pertama yang kami buat bila sampai di sini ialah meronda sekitar kampung. Ya, mulanya sebelum sampai aku terbayangkan kampung orang asli yang hanya boleh masuk dengan pacuan 4 roda, mandi air sungai, dan sebagainya macam yang selalu tengok dalam TV tu. Tapi, rupanya kampung orang asli pun lebih kurang sama je dengan kampung Melayu yang biasa. Ada jalanraya, elektrik, air pili, masjid, dan Pusat Pembangunan Islam. Rasa kecewa pun ada gak, sebab ingatkan nak la naik 4x4 masuk hutan,hehe.


Tuesday, December 6, 2011

Selangkah Ke Menara Gading Zon Selatan 2011, Johor.

Hai apa khabar semua??.. Kali ni nak kongsi pengalaman siket.. minggu lepas, aku baru je balik dari program kat Johor. Selangkah ke Menara Gading. Waaahh, macam gempak kan nama beliau.hehe. Program ni anjuran Jabatan Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS dengan kerjasama Jabatan Orang Asli (JAKOA) Johor.Semua makanan, penginapan, tiket ditanggung sepenuhnye. Memang sangat best! Bajet lebih kurang 34K semuanye, JAKOA ngan UMS yang tanggung. Tempat tido yang selesa, makanan yang lazat dan berkrim,  kalah r BTC kebanggaan korang tuu..haha
Cruise @ Danga Bay

Thursday, December 1, 2011

Aku Pening KAu~ (APK)~


Welcome To Dessert Oasis.. xD

Selepas lebih dua bulan merancang, memerah idea, mencuba, bereksperimen, berbincang, bertekak, bermasam muka dan bergaduh-gaduh manja, akhirnya tamatlah sudah Karnival Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) semalam. Tiada lagi perlu pikir nak masak masak lah, nak survey barang-lah, nak beli itu-lah, nak beli ini-lah. Yang tinggal sekarang cuma part buat report dan presentation je.

Wednesday, November 9, 2011

Riang Ria IdulaAdha..di perantauan~

IdulAdha..
Lagi sekali dapat merasa raya di perantauan..
Cuti seminggu, memang rasa tak  berbaloi nak balik, lebih lebih lagi bagi orang yang  berpoket nipis macam aku ni..

ade lak beraya tempat orang repair kapal kan..

Thursday, October 27, 2011

Resipi Baru: Test Market

Tadi siang lagi sekali aku menjaja.. Round library promote minuman, gi promote kat bustop.. Segan memang segan, tapi aku tebalkan jugak muka ni.. Aku jual minuman ciptaan kami sendiri; Treasure Bowl.


Oh ya, yang ni projek APK( Asas Pembudayaan Keusahawanan) kami. Tugasan subjek ni, kami kena buat bisnes and bukak booth masa Pesta Tamu Gadang nanti (pesta Konvokesyen UMS). Oleh sebab kami dari Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, so setiap grup kena jual makanan sahaja. Lagi sebulan nak bukak booth, so tadi menjaja jaja tu kira macam nak test market la.. 


SSMP =)


Wednesday, October 26, 2011

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung... :D



Waduh waduh, saje kali ni aku nak tunjuk tiket plak. Sekarang tengah bising tiket Final Piala Malaysia Terengganu vs N9 mahal kan, abes FAM kena kutuk,haha. Tiket kena boikot. Padan muka FAM.haha. Tengok kat TV je nanti, lagi best, boleh tengok dari pelbagai angle, boleh replay, boleh baring baring sambil makan cekodok pisang ngan air kopi,haha. Tahniah lah pada pasukan Terengganu dan N9 yang mara ke final. Pada pasukan yang menang nanti, jaga piala elok elok ye, musim depan The Red Warrior ambik balik piala tu..kami bagi pinjam sekejap je kat korang, hehe xP

Thursday, October 13, 2011

Family Camp.. :D


Bertukar peranan. Kalu dulu aku yang jadi peserta, sekarang aku pulak yang jadi jawatankuasa pelaksana.hehe. Minggu lepas, selamat satu SSMP Family Camp dilaksanakan. Buatnye kat Pantai ODEC (Outdoor Development Centre), UMS, macam besaa.. tapi yang spesel sket tahun ni, kita buat camp dan berkhemah di pantai, dalam keadaan ribut kencang melanda tengah malam tu..naseb baek kejap je..terbang habes segala bagai khemah malam tu..huhu..

jawatankuasa

Saturday, September 24, 2011

berdikir lagiii~


Penat. Tapi mood sangat baik harini. Tak sia sia bertungkus lumus jadi jurulatih untuk pasukan dikir barat pelajar tahun satu, tiba tiba pasukan dikir ni dapat perhatian pengetua kolej dan dia nak wujudkan kelab dikir barat pulak kat Kampung E ni, jadikan total kelab 12 skang. Ape taknye, dengan kelengkapan peralatan muzik yang takde, masih mampu dorang wat persembahan yang menarik. Main alat semulajadi je, tin susu, baldi, gayung, dan botol air.

bersama pendikir.. xD

Wednesday, September 14, 2011

Tamatlah Cutiii~

Wah, cuti empat bulan dah tamat. Masa berilek rilek dan menggelembungkan perut luput sudah. Kilang lemak dan taik mate akan direhatkan buat sementara. Nanti akan tibalah pula waktu untuk bangun awal pagi, beratur tunggu bas dan waktu untuk tidak-perlu-berlagak-gentlemen-untuk-tidak-berebut-bas-dengan-pompuan. Waktu untuk hidu bau ketiak hangit mase bersesak dalam bas. Waktu untuk jalan kaki kalu bas takde. Waktu untuk buat asaimen seikhlas hati. Waktu untuk buat lab repot sampai lebam, waktu untuk kumpul kupon kolej dengan banggenye, dan yang paling best, waktu untuk jumpa balik kawan kawan yang dah agak lame taknampakbatanghidungmukedantubuh. =)

Thursday, September 8, 2011

Heppi Belated Birthday~ xD


Tarikh 21 Ogos 2011 bermakna sudah cukup setahun belog aku ni wujud. Kalu belog aku ni manusia mesti  dah boleh bertatih siket siket. Dan cakapnye mesti pelat lagi. Mesti baru tau nak sebut ‘pappa’ , ‘mamma’ , ‘thadadadadada’ kalu die suke dan ‘waaaaaaaaaaaaa’ mase nanges.haha. Dan gigi mesti baru tumbuh dua tiga batang. Eeii, mesti comel kan? Tapi ni belog, bukan manusia. Dinding pulak tu. Takdenye nak tumbuh gigi. Takdenye nak pelat pelat, apetah lagi nak sebut pappa mamma, buang tebiat ke ape?hahah. Tapi

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Merdeka.. =)


Wah, Selamat Hari Raye Idulfitri, Maaf Batin dan Zahir. Mohon maaf atas segala salah silap sama ada yang sengaja maupun yang tak berapa nak sengaje. Atas segala perkataan yang menyindir ataupun memang diniatkan supaya terase. Terpukul, terhentak ataupun memang sengaja pijak pijak di kepala. Terumpat tersebut nama ataupun terkutuk kutuk di belakang sane. Sepuluh jari disusun, dua belah tangan dihulur. Mata bertentang mata, mulut tersenyum secukup syarat 227 (2cm lebar ke kanan, 2cm lebar ke kiri, 7 saat), tangan berjabat mesra, kosong kosonglah kite ye!

Thursday, August 11, 2011

Tali Inci Kehidupan


Hai ape khabar? Raye da nak dekat, baju raye da beli ke? Pepatah Melayu cakap ukur baju di badan sendiri. So, kalu sape yang tempah baju, mesti tukang jahit akan ukur badan kite dulu kan. Korang perasan tak dia punye pita pengukur tu? Ok, pita pengukur getah tu kalu kat Kelantan dipanggil ‘tali inci’.

tali inci ma aku..haha

Mercun Dan Ramadhan= Irama dan Lagu= Ombak dan Pantai~



Ramadhan tak akan rase macam Ramadhan kalu takde bunyi mercun. Mercun tak kan berapa nak laku kalu bukan musim Ramadhan dan raye (selain CNY). Raya takkan rase meriah kalu takde dengar berite orang yang masuk wad kudung kudung angkara mercun. Doktor dan misi yang bertugas di spital mesti rase bosan dan kesepian kalu takde pesakit baru yang masuk spital dekat dekat nak raye.

Sunday, August 7, 2011

MASJID DAN GEREJA: MANA LEBIH MESRA KANAK-KANAK?


Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas: 

فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ


"
..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). 

Tragedi Cinta Jiwang Luka

AMARAN: Ini adalah cerita yang agak jiwang berdarah. Tidak sesuai untuk bacaan wanita mengandung, pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sesiapa  yang mempunyai alergi. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranye puasa anda terbatal selepas membace entry ini akibat daripada termuntah dengan sengaja. SEKIAN.
____________________________________________________________________________

Dia tunduk tersipu. Mukanya merah menahan malu. Cantik. Setelah lafaz Qabul selesai aku lafazkan, dan diakui sah oleh dua orang saksi di depan aku dan Pak Imam, aku lihat dia menangis. Menangis kegembiraan pastinya. Akhirnya kami disatukan jua, dalam majlis yang sederhana namun meriah dan semoga diberkati oleh-Nya.

err, ni la isteri I, hahaha
* * * *

Thursday, August 4, 2011

Sakit Itu Mengajar Banyak Erti..=)


Semalam adik aku balik dari hostel, berceritalah dia sambil tunjuk birat birat kat betis sebab kena rotan dek warden. Sebabnye lambat turun ke sekolah. Lepas tu kene rendam dalam kolam ikan. Kolam setakat lutut je, tapi geli katenye ikan dok main main kat betis. Aku gelak je. Aku cakap kalu setakat birat kat betis tu benda biase je bagi aku kalu zaman sekolah n hostel dulu. Setakat kena sebat kat betis, kat bontot, rotan masa tido, pelempang, cubit perut, tarik side-burn, round padang pagi pagi, malam malam, da macam jadi makanan ruji la. Ketagih. Kalu tak dapat benda tu, memang rasa tak sedap ati.hahaha~



Sajak Cinta Dari Pencinta... =)




Sajak Hisham Shuhaimi Untuk Bakal Isteri xP


Sajak Aminah Qutb* Untuk Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.



Sunday, July 31, 2011

Aku Mau 6 Biji Kelapa Muda Untuk Berbuka..

Alkisah maka tersebutlah sebuah cerita yang berlaku pada zaman dahulu kala. Di sebuah kampung yang namanya biarlah menjadi rahsia. Berdiamlah sepasang suami isteri yang hidup sangat bahagia. Baru sebulan mereka mendirikan rumah yang bertangga. Maka tibalah bulan puasa yang ditunggu oleh sekalian manusia.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan... =)

[Terdengarlah desiran dedaunan pepohon kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnye. Seni dan rentak lagunye menawan seluruh perasaan nurani.
Maka berhiaslah bidadari sekaliannye lalu berdiri di atas puncak mercu syurga. Lantas bertanye para bidadari: “Apakah malam ini namanye? Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah?”
Maka berkatalah para malaikat, “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan!”
Ketahuilah, bahawasanye syurga berhias dari setahun ke setahun kerana meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Tatkala itulah maka bertiuplah angin di bawah Arasy, bergeraklah dedaun kayu dengan lemah longlainye di dalam syurga pada awal bulan Ramadhan.
Lalu Allah berfirman, mengarahkan Ramadhan membuka semua pintu syurga untuk orang orang yang berpuasa dari umat Muhammad s.a.w dan memerintahkan para malaikatnye supaya menutup pintu pintu neraka.
Kemudian Allah memerintahkan Jibrail membelenggu syaitan dan melontarkannye ke dalam lautan supaya tidak membinasakan puasa umat Nabi Muhammad s.a.w.]
*Mastika Ogos 2011

Wednesday, July 27, 2011

Masjid Kristal & TTI.. xD


Nak ke Masjid Kristal, jauh gak jalannye nak kena pusing. Sebab benda alah tu kat pulau kan. Pulau Wan Man kan nama dia.  Mula mula sampai tu, wah. Masjid Kristal ni sume ade kat dalam Taman Tamadun Islam (TTI). Taman ni menempatkan monumen dan replika senibina Islam dari seluruh dunia. Dari Masjid Kubah Emas kat Brunei, sampailah Masjid Haram kat Mekah. Sumenye ade replika kat sini. Tempat memang gempak dah. Tapi yang tekbestnye, asal tempat ni kosong je? Macam tak de pengunjung.

Bukit Besar, Kuala Terengganu... =)

Ape yang best sangat pasal Bukit Besar ni sebenarnye? Ok, pertamanye, of kos la bukit ni besar. Sebab tu namenye Bukit Besar kan?hehe.. tapi serasa aku la, lebih kurang UMS Peak la jugak bukit ni. Ataupun UMS Peak lagi tinggi. Cumanye jalan nak naik bukit ni lagi curam la. Boleh capai hingga 45 darjah die nye tahap kecuraman tuh.huhu. Lagi satu, bukit ni jadi tumpuan warga KT lah terutamanye mase hujung minggu, beriadah la kot. Berjoging daki bukit, sampai lebamm..haha.  Nuar cakap kalu masa hujung minggu, jalan nak daki bukit ni pun bulih sesak.. Dengan awek Ganu-nye lah. Wah, ruginye aku datang bukan mase cuti.. kalu tak bulih lah bersihkan mate ni sket..hahaha :P

Kuale Terengganu.. xD

Masjid Terapung

Lepas keluar dari Masjid Abidin tu, Iswan datang jemput aku ngan Nuar kat Dataran Shahbandar. Tersengeh-sengeh  mamat tu datang dengan Spectra dia. Pakai baju kuning, nasib baik baju UMK, kalu baju BERSIH memang da kena tangkap laa mamat tu..hehe. Dia lambat katenye sebab gi hantar anak sedara dia ke sekolah dulu. Hurm ye la tu..aku angguk je laa, jaga ati kan.. kalu tak jage ati kang, ade gak yang kene turun tepi jalan. Eeish, tak sanggup aku nak jalan kaki.  BHAHAHA. 

Harap Awak Curi Curi Dengar Ye.. =)



Hohoi, amacam geng? Lawa tak aku nye banner blog kali ni? Aku wat sndiri tau. Yelah baru pandai nak edit gambar kot. Wohoho, bapak jakunnye akuu. Hahaha.  Banner yang sebelum ni aku edit bodo-bodo  je. Pakai paint application. Ade yang aku suruh Kak Ajam tolong editkan. Skang aku da boleh la siket siket. Da pandai  guna Photoshop CS5 tuh. Bangge syial! Haha.. xP. Yang ni background pic dia gambar Stadium Darul Makmur kat Kuantan. Yang sebelum ni gambar bangunan blok A2 kat KMPh. Yang sebelum ni lagi ade yang gambar laut kat belakang Phillipines Market kat KK tu. Yang first skali gambar dinding aku cilok kat tenet. Amatur la katekan...hehe

Sunday, July 24, 2011

sardin cap ayam vs racun cap tengkorak

sardin vs racun
Salah satu benda yang wajib bawak kalu kite pegi meracun ialah ikan sardin. Tak tau kenapa,

watermark baruuuu~ =)

Tahniah TV9, bertambah lagi saudara kita~ ^^

Lepas bertolak dari Kuantan jam 2pagi, aku ngan Nuar sampai di Stesen Bas Kuala Terengganu jam 5pagi. Siryes kami tido mati, sampaikan driver bas yang datang kejut kami, sebab tak bangun. Masa tu bas da kosong, tinggal aku ngan Nuar je.haha.

Cherating- Part II

sambungan dari SANA~~

PATI kantoi ditahan imigresen.. xP

Cherating- Part I

Betul kata orang kan, manusia hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Tuhan. Begitulah hukum alam yang tak dapat kita sangkal sejak azali lagi. Baru baru ni, selepas berbulan bulan merancang, akhirnya Tuhan mengangkat juga aku dan beberapa kawan lamaku, juin reunion kelas, atau lebih spesifiknye lagi, holiday. Reunion yang dirancang oleh kami, tapi holiday yang diperkenankan oleh Tuhan. Mulanya benda ni dirancang nak buat masa cuti sem bulan 12 haritu, tapi terpaksa ditunda ke bulan 7 sebab bulan 12 kan musim tengkujuh kat Pantai Timur, keselamatan diri dan nyawa tu memang perlu dititikberatkan, kan..

Lembu vs Keretapi

Semalam aku balik naik ketapi, dari rumah kakak aku kat Tanah Merah tu nak balik Gua Musang. Besela kalu naik ketapi aku bukan duduk kat dalam pun, aku suka dok kat pintu. Bukak pintu tu nganga mulut luas-luas, yelah makan angin kan..hehe. Memang bahaya pun dok bertenggek kat pintu gerabak mase ketapi tengah jalan kan. Tapi takpelah, aku kan pro..hahaha.. =P. (P/S: Please don’t try this at home).
Memanglah, aku ni bolehlah dikatakan membesar dalam ketapi je. Dulu masa zaman sekolah menengah, aku naik ketapi je berulang- alik tiap minggu nak pegi asrama. Sekolah aku kat Kuala Krai, lebih kurang 100km jugak lah daripada rumah aku di Gua Musang ni. Bila dah masuk form 4, pindah skolah kat KL, sama jugak. Aku berulang naik ketapi jugak nak balik rumah. Jarang sangat aku naik bas. Bukan ape, memang la naik ketapi lambat sket, tapi bagi aku, aku lagi suka. Tak tau nape, sebab genetik kot.hehe. lagipun bagi aku ketapi lebih selamat la berbanding bas. Gerun aku. Tambah tambah kalu nak balik Kelantan tu, jalannye mak ai.. kalu dari KL, ketapi 10jam sampai Gua Musang, bas 5 jam. Tapi kalu dalam ketapi, buleh jalan2, lepak borak2 ngan sape2 yang sudi berborak,haha. Ade tandas, kafe, kalu nak tido pun ade katil (kalu tiket katil laa) 
Yang lagi bestnye naik ketapi gi skolah ni, rase cam Harry Potter pon ade, nak gi Hogwart kan..hehe
Yang aku  nak cite ni, semalam, ketapi yang aku naik tu langgar lembu.. banyak sangat yang lepak kat atas rel tu kot. Sampai 4 ekor kena langgar. Aku masa tu duduk kat pintu. Terkejut aku bila tiba-tiba je batu yang atas jalan tu terpercik tinggi. Kena tangan aku. Nasib baik tak kuat sangat. rase pedih siket2 je. Ade gak r yang luka kena batu, padan muke, sape suruh duduk kat pintu kan.
Memang tak rase pape pun kite dalam ketapi tu. Kalau bas yang langgar sekawan lembu, entah la camne.  Batu terpercik tu pun sebab lembu tu kene seret dek ketapi.  Tapi yang slek siket nye, mayat arwah lembu tu tersangkut kat tayar ketapi, sampai ketapi ter-stop. So, bila tengok pekerja ketapi turun, aku wat mandai sdiri r. Turun jugak nak tengok. Memang lembu agak besar la jugak. Patut la sampai stop ketapi. Berlagak jadi wartawan Sinar Harian jap, amek gamba..haha


lembu vs keretapi
Memang teruk hancur lembu ni. Tersiat terus kulit. Kepala ntah ke mana. Yang tersangkut ni masih bayi lembu kot. Mak ayah dia tak sangkut lak kat tayar ni. Tula, sape suruh main kat rel ketapi, ingat playground ke.. bodoh punye lembu, macam lembu!! Huh!
Setengah jam jugak la stop ketapi tu, pekerja dia potong nak kuarkan bangkai. Satu ketapi bau daging kot. Daging fresh.haha..
Driver ketapi tu cakap, banyak sangat lembu atas rel. Membebel dia kat tuan lembu ni. Lembu tak tambat. Da bunyi hon panjang dah. Da ajal sampai kot. Sekeluarga tu. Bukan mati katak ok, mati lembu.haha. bila dah jadi macam ni, memang tuan lembu tak kan mengaku punyelah lembu tu dia punye. Bulih kena saman kalu ngaku, yelah, lepas lembu main suke je kan. Menyusah kan orang je.

ramai yang nak jadi wartawan la pulak~
Ok babai. 

Monday, July 11, 2011

Masih MASUM: Peristiwa Menginsafkan


Oh ya, oleh sebab aku ade janji nak cite pasal PLPP ni pada ENTRY aku yang lepas.. so terpaksa la aku nak kena cite sekarang kan, kat dinding aku ni..hehe

PLPP Bangi

Gelaran Dulu-dulu... xD


Satu kenangan yang memberi kita nostalgia yang mengasyikkan terutamanye sekiranya anda adalah bekas penghuni asrama. Tidak kiralah sama ada anda adalah penghuni di sekolah berasrama penuh ataupun asrama yang separa penuh.hehe

Setiap anda yang memasuki dan mendiami asrama, mesti mempunyai nama jolokan or gelaran tersendiri kan?   Jangan nak tipu kate takde. Tambah2  lagi kalu kita masuk asrama sejak dari Form 1 lagi  kan.  Memang tak dinafikan, kalu mula2 masuk, biasanye senior akan bagi nama gelaran yang pelik2. Masa tu, memang kita tak suka kan digelar dengan gelaran yang entah ape ape tah tu. Tapi percayalah, kalu ade adik2 yang baca blog ni.. ade yag menerima gelaran. Ianya agak fun sebenarnye. Ye, tahap ke- fun-an itu akan adik2 rasai apabila sudah tidak lagi menginap di asrama, or apabila berlalunye zaman persekolahan.

Salam Orang Kita


Ada satu perkara yang aku perhatikan sepanjang MASUM ni berlangsung, dan juga sepanjang aku hidup dan pandai memerhatikan kehidupan manusia. Satu perkara. Salam. Maksud aku bersalaman. Ye, cara bersalam.

Memang tak dinafikan, sepanjang sukan ni  berlangsung, terutamanya acara boling, aku tengok antara pemain dan jurulatih or antara pemain dan penyokong or antara pemain dan pemain or antara penyokong dan penyokong dan sebagainye, mereka bersalam dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, selamba badak je yoew!! Badak pon tak seselamba macam tu. Hahah

Thursday, July 7, 2011

MASUM@UPM

Minggu lepas ade Karnival Sukan Universiti  MASUM kat UPM.  So aku masa tu tengah melepak2 kat rumah, almaklumlah cuti panjang kan..  Tiba2 macam mane tah, ade sorang kawan aku ni ajak pergi juin sukan sana, jadi sukarelawan.  Alaaa sukarewan je kan, bukan main pon, alang2 daripada dok umah perabiskan beras, aku pegi  je la..dapat makan free, elaun, baju, sijil, dan yang penting pengalaman kan.. dapat kawan baru.. kalu ade rezeki mane tau nak dapat sumandak ke..hahaha
Sukan MASUM ni berlangsung 2minggu. Mula2 sampai  tu kire belum stat lagi la sukannye. Aku ni disurun juin perbarisan untuk perasmian. Mulanya aku nak masuk perbarisan untuk U aku, UMS. Tapi apakan daya, dok main berebut dengan si Radhi yang nak UMS gak, aku mengalah laa.. orang kacak kena la mengalah kan..hahahhaha  

ok, saya budak UM xP
Aku  pun dengan tak semena-mena masuk perbarisan untuk UM jelah. Sekadar masuk n jadi pemegang bendera kontinjen UM..haha apekehel.. agak murtad la rasanye dengan U  aku sendiri..tapi takpelaa.. UM lagi femes ape..hak3 xP
Masuk minggu pertama, aku ditugaskan untuk sukan bowling. Sukan ni buat di Ampang Superbowl Metro  Point Kajang. Mulanya aku ingat nak mintak pencak silat, tapi ramai sangat kot yang minat nak silat ni..tak menyempat aku nak juin.. down gak r rasenye, tapi takpelah.. jaga boling aku rase paling sangat rilek.. haha. Hanya duduk je dalam tu tengok orang main, sampai lebammm. Pastu catat last score hantar kat urusetia.. kami geng2 boling yang dok dalam tu.. makan makan, bergambar..tido2..  mengurut guna kusi urut tu.. memang sempoi dan agak membekukan la jugak.. tapi best laaa..  eh, sangat best!! Hehe
Dalam keadaan yang rilek bagai macam tu keje pun, ade la dua tiga kali gak kami terleka borak, sampai tak sempat nak ambik score. Pastu jadi masalah la, ade yang g tanye bowler, aku g terus mintak kat kaunter, terus dia printout segala bagai keputusan, haaa hambik ko..hahah
Team kami group bowling ni sumenye 12 orang. Sumenye dak2 UPM kecuali aku n Radhi yang sesat dari UMS. Paan pon same..sesat ari rumah. Yang laen2 tu: Kimi, Kak Ida, Kak Umi, Alin, Zana, Zue, Teha, Ina, and Asma’..sumenye penduduk asal UPM..haha.. Da taraf akak dan abang sumenye dak2 ni..tapi sumenye sempoi dan masuk air..ok la tu bulih juin..hehe
team bowling(pembantu daaaaaa)

Masuk minggu kedua, kumpulan kami mengalami sedikit perpecahan.. kami ditugaskan pulak untuk ke pertandingan bola keranjang. Sebenarnye minggu ni kami da dinaikkan pangkat. Heheh xP
Kami jadi table  officer untuk pertandingan bola keranjang ni, handle bahagian teknikal. Memang bermula daripada zero la semuanye. Sebelum ditugaskan untuk minggu kedua ni, kami semua kena masuk kelas dulu belajar segala bagai rule dan cara2 teknikal untuk basketball ni. Sebenarnya table officer ni tugas dia macam pembantu pengadil laa..segala bentuk faul, mata, or ape2 yang berlaku semasa pertandingan ni, pengadil akan laporkan kepada kami untuk direkodkan. Mula2 memang agak kelam kabut. Dengan segala sign yang perlu diingat, buzzer untuk ditekan, time yang 10 minitlah, 24 second time lah, scoreboard lah. 1point score, 2point, 3point...  dan segala pengadil, player, dan yang lain2 sumenye chinese. Kalau ade ape2 kesalahan yang dibuat oleh table officer, memang bising lah. Nasib baik Mr. Hong ade di belakang kami, sentiasa backup kami. Kalau minggu pertama dulu masa bowling, kami rilek je, tapi untuk minggu kedua ni, setiap masa mata dan telinga kena aktif perhatikan permainan. Kalu sikit je silap, sume nak kondem, dalam bahasa mandarin pulak tu. Memang ternganga je la mulut kami dibuatnye.haha
Oh ya, group asal kami terpecah sebab basketball ni dibuat di dua tempat, yang lelaki main di Dewan Serbaguna UPM, manakala yang pompuan lak main di PLPP Bangi. PLPP Bangi ni satu tempat latihan orang2 cacat. Nanti aku cite lagi yang pasal tempat ni di lain ENTRY.
Kebanyakan game aku jaga yang basketball lelaki la.. ade sehari je aku jadi table officer untuk perempuan punye game. Memang kontroversi habes. Game paling mendebarkan yang aku jaga haritu game UiTM vs UM. Bukan ape, sebab ade player kesukaan aku dak jersi 9 UiTM tuh, hahaha Orangnye kecik, comel je.. tapi lincah.. dialah ayam tambatan team dia kot.. aku suka tengok..hahaha


Apa2 pun, pengalaman sepanjang MASUM ni, memang sangat best! Tak sia sia la datang menghabiskan  2minggu  ni kat UPM. Dapat banyak pengalaman baru. Kat sini first time gak aku naik traktor. Pegi reban ayam projek kawan aku, bagi makan dedak, pegi kebun jagung, tengok dorang membaja. Memang sangat sangat sangat sangat best wa cakap luu..haha
Lagi satu, UPM ni memang sangat luas la kalu nak dibandingkan dengan UMS, tapi tak secantik UMS laa.. UMS tetap nombor 1..hahaha..
Jangan maraaa haa dak UPM.. babai~ ^_^

Friday, April 29, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


sumber: FB

Ke mana pergi subsidi kami? — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ini adalah sajak yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, seorang ulamak yang tersohor di Malaysia.
Semua orang kenal dia dan setiap ahli politik dari kedua pihak sentiasa berminat untuk menarik beliau kedalam parti mereka. Ideologi beliau boleh dikatakan versi baru Kaum Muda ( rujuk buku teks Sejarah Form 3). Ideanya sentiasa releven dengan keadaan politik semasa pada hari ini. Baca, faham dan fikir secara mendalam sajak ini..hehe..


sumber: link

Monday, April 25, 2011

di puncak~


 sangat lama tak update belog..hehe
banyak cerita2 yang best2 da tertinggal nak cite..takpelah kan..
da tak hot da cite tu..malas nak cite..heee~

Jumaat lepas aku gi mendaki UMS peak..yelaa aku tengok kawan2 yang blaja kat semenjung ralit je dok daki Broga Hill, rase jeles la jugak kan.. so, kami pun rancang la nak daki gak..hehe
UMS peak ni mungkinla tak setinggi Broga Hill tu, tapi oleh sebab nama dia 'peak', so dia menjadi tempat yang paling tinggi la dalam UMS ni..hehe

kami yang rancang, naik sama2 ngan ahli Kelab Kalimah..
so, petang tu jalanlah kami sume..dari kampung E ke canselori, then mulakan pendakian..agak jauh laa..berpeluh lencun baju..hee


aku rasa berjalan hampir stengah jam jugakla sebelum sampai ke kaki bukitnye..

bergambar di kaki bukit
rungkas2!
lagi 500meter!!
lepas tu baru perjalanan mendaki naik peh bukitnye curam..sampai ade yang muntah2 naik bukit ni..yang hampir pitam pun ade, tapi akhirnya bila da sampai kat atas..hui, segala kepenatan hilang, melihat indahnye pemandangan kat atas..yelah, UMS kan tepi laut, then buleh nampak la bandaraya Kota Kinabalu dari sini... tapi yang takbestnye..asal rumput panjang?huh!
rehat jap, lepaskan penat..hee~
190m dari aras laut..takla tinggi sgt kan..

kami
Bandaraya KK n Teluk Likas..

lepas habiskan lelah kat sana, bergambar, makan2, minum2..then kami turun..ingat nak tunggu tengok sunset, tp takleh la nanti gelap nak balik macamane..hehe
lagipun malam tu kami rancang buat seprais yang sangat menjadi untuk akak n abang senior kelab Kalimah..menjadi laa..nanges2 dorang..hihi
guru silat aku, Abg Sham with Kak Za, Kak Ainon, n Kak Ayu..

sekian laporan untuk minggu ini..jumpa lagi di minggu hadapan..hehe~
~TAM MAT~

Monday, March 28, 2011

Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya..


Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter.. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..

Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.

Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.

Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!

Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. Bermain-main.

Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"

Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"
hiasan daa..


Akhirnya Azwan membuka cerita..

Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.

Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.

Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!

Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. Dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.

Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.

Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.

Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.

Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!

Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.

...

Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar:9)


p/s; Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM. Wallahu'alam.