Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Merdeka.. =)


Wah, Selamat Hari Raye Idulfitri, Maaf Batin dan Zahir. Mohon maaf atas segala salah silap sama ada yang sengaja maupun yang tak berapa nak sengaje. Atas segala perkataan yang menyindir ataupun memang diniatkan supaya terase. Terpukul, terhentak ataupun memang sengaja pijak pijak di kepala. Terumpat tersebut nama ataupun terkutuk kutuk di belakang sane. Sepuluh jari disusun, dua belah tangan dihulur. Mata bertentang mata, mulut tersenyum secukup syarat 227 (2cm lebar ke kanan, 2cm lebar ke kiri, 7 saat), tangan berjabat mesra, kosong kosonglah kite ye!



Selamat Hari Kemerdekaan ke-54. Semoga negara kita terus aman sentosa dan bebas dari segala kacau bila dan huru hara.

Tahun ni, kita sambut serentak Hari Kemenangan dengan Hari Kemerdekaan. Menang kerana kita berjaya berpuasa dan menahan hawa nafsu selama sebulan.  Dan merdeka kerana kita telah bebas dari belenggu penjajah yang secara fizikalnye menjajah kita selama 446 tahun-walaupun minda kita masih terus dijajah sehingga sekarang. Kita masih baru dan mentah bebas berbanding tempoh dijajah yang sangat lame. Dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai golongan pelapis teraju negara untuk memastikan negara Malaysia tercinta ini terus bebas dan makmur. Bak kata Tun Dr. M, adalah lebih sukar kita mempertahankan kemerdekaan yang dimiliki berbanding mencapai sesebuah kemerdekaan.

Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 54!
Peaceeee~
(^^,)v

No comments:

Post a Comment