MAS Airbus A380 |
* **
Perancanganku untuk mendaki Gunung Kinabalu terbaksa kutangguhkan buat sementara. Manusia hanya mampu merancang. Yang menentukan adalah Tuhan. Manusia merancang, ALLAH juga merancang. Dan perancangan ALLAH adalah sebaik baik perancangan. Nasib baiklah brother Tony, yang menguruskan pakej pendakian memahami kecemasanku. Dia menerima permintaanku untuk menangguhkan pendakian dahulu tanpa wang bayaran dihanguskan. Nasib baik. Kalau tidak sangat rugilah, RM800 sudah ku bayar untuk pendakian kali ini. Nampaknya hanya Azri dan kawan kawan yang lain lah yang dapat meneruskan pendakian. Tujuh orang semuanya.
***
~malam tadi~“Ahh kau ni, jangan difikir sangat pasal si Suri tu. Naik Kinabalu nanti kita cari lah pengganti dia, cari anak bunian, lagi lawa, hahahaha”, berdekah dekah ketawa si Azri. Berseloroh gamaknya. Celupar.
“ Mulut tu tak payah nak lancang sangat laa.. Kita nak masuk hutan, bukan nak jalan jalan kat Mall”, gerutuku.
“ Yang kau kecut sangat ni kenapa? Takde telur eh? Takpe nanti petang ni kita turun kafe aku belikan ko telur 3 ringgit, nak? hahaha”, semakin galak ketawa si Azri.
“ Aku bukan nak bangga diri lah kan, tapi ko pun tau kan bapak aku pawang terkenal kat sini, setakat orang bunian tu, dia celik mata je, haaa.. Tu belum lagi aku, hahahha. Ko nak berapa orang dara bunian? Meh aku carikan, buat pengganti Suri”, lanjut Azri, bercakap besar.
Hurm, lantak ko lah. Aku tak nak campur.
***
Apabila aku tiba, bapa saudaraku sedia menunggu di Balai Ketibaan. Dengan segarit senyuman di wajah, aku bersalam dengan nya.“Wah Anuar, kenapa kamu ni, langsung tak senyum, tak suka ke dah sampai kampung?”, sapa Pak Su ku. Paksu merupakan anak bongsu arwah nenekku dan merupakan satu satunya adik ibuku. Ya, ibuku punyai hanya dua orang adik beradik, tidak selaris aku yang punyai lapan beradik.
“ Apa nak sukanya paksu, Ngah ni masih risau, berdebar, ntah apalah abah tergesa suruh Ngah balik ni. Ngah terpaksa tangguhkan pendakian”
“Ntah la.. Pak Su pun tak tau nak cakap macam mana. Jom lah balik”, kata Pak Su. Amboi.. berselindung pula dia dengan aku.
***
Setiba di halaman rumah. Kulihat banyak kereta sudah diparkir di hadapan. Ada keramaian ke? Pelbagai andaian mula menyerbu kotak pemikiran. Siapa yang sakit? Hati semakin berdebar, jiwa rasa bergetar. Aku cuba bertenang. Pelbagai andaian negatif berpusu-pusu menerjah masuk dan saling tingkah meningkah di dalam benakku._BERSAMBUNG_
salam...
ReplyDeletetergantung dah ini cerita...kebetulan trlihat blog ni masa cari info Pak Itam Inn & terus membaca taipan2 kamu dlm ni...trtunggu2 apa sambungannya criter ini...
wsalam..
Deleteterima kasih sudi singgah kt sini..
iAllah akan ada sambungan nanti..
:D
heheheheee...
Deleteterima kasih krn sudi reply yer...
terima kasih sbb sudi komen. :D
Delete