Aku jatuh
cinta kat novel RAM lepas aku baca novel Bagaikan Puteri. Cerita dia memang
superb. RAM pandai menghidupkan watak Saifudin Jalis a.k.a Laksamana Sunan
a.k.a lelaki berduka dari Tanah Rencong a.k.a lelaki bertanduk dua. Bagaimana
seorang Melayu yang hidupnya terbuang angkara fitnah, muncul menjadi seorang
pahlawan yang digeruni di Nusantara setelah menjadi anak asuhan Wali Sufi di
Acheh. Laksamana Sunan digambarkan menentang kejahatan makhluk yang kufur.
Sebelum berlawan Laksamana Sunan biasanya akan memberi tawaran terlebih dahulu;
bertaubat, kembali kepada Allah, atau bertempur. Laksamana Sunan mempunyai
senjata ampuh yang digeruni musuhnya; Keris Nenggroe.
Tuesday, May 8, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Loser!!
Aku jarang
sebenarnya nak menulis pasal gelojak dalaman jiwa ni. Bagi aku, buat apa nak
dikongsi benda yang orang tak patut tahu kan. Biarlah kita sorang yang tahu.
Lagipun takde orang nak ambik tahu. Hal hati, biarkan dalam hati. Kan.
Tapi kali ni aku nak tulis jugak. Biar ar,
sukati aku r ni kan belog aku..huh!
Mini Putrajaya |
“Oh, ini
bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia, ku
dihukum masuk neraka oleh manusia. Mintak tunjuk lubang atau pintu tak dapat
jawapan jitu jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu. Maafkan mereka, mereka
tidak tahu, mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu, mereka tidak fasih malah
fasik guna kata kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa, maafkan
mereka, mereka tiada nilai. Ibu bapak lalai dari kecil dah di abai. Tanpa kasih
sayang mereka suka menyakiti kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.”
Saturday, April 21, 2012
My 22nd Besday~~
Hari ni
Sabtu, 21 April. Pagi pagi lagi bergegas ke SSMP ada midterm Food Microbiology.
Agak meyakinkan la kan nak jawab midterm. Sekali soalannya aduiyaiii.
Malam tadi
bukan main fokus lagi aku menelaah Microbe ni. Sekali jam 12, tiba tiba 2 biji
telur ayam pecah berderai kat dahi aku. Lepas tu tanpa sempat aku wat apa apa,
datang pulak tepung ke bedak ke apa tah, berlumur simbah kat aku. Habis laptop
ngan lantai bilik aku. Bila dah jadi macam ayam golek tepung yang sedia untuk
digoreng, aku masuk ke bilik air nak cuci. Sekali datang budu daa, melayang
melekat kat badan aku. Binawe punye kawan. Terpaksa aku mandi malam malam. Huh.
Aku bernasib baik sebab minyak goreng ikan masih panas dok dalam kuali. Kalu
tidak mungkin aku dah bertukar jadi orang minyak malam tu. Huhu.
![]() |
hepi sweet 18..hehe |
Tuesday, April 17, 2012
Sabah Meat Technology Centre
Semalam,
kami seramai 30 orang student dari kursus Teknologi Makanan dan Bioproses, SSMP
UMS menghadiri lawatan ke Sabah Meat Technology Centre (SMTC), di Kinarut,
Papar. Lawatan ni kiranya sebagai pendedahan awal kepada kami tentang cara
memproses daging setelah 5 minggu dok baca slideshow je bagi subjek NB20002
Meat and Seafood Technology.
Sebelum
tiba di sana, apa yang terbayang di tubir mindaku ialah, tempat ni adalah
tempat proses produk makanan berasaskan daging. Mungkin sosej, atau daging
burger, dsb. Tapi apabila sampai, lain jadinya.
Saturday, April 14, 2012
KKP2012: Kisah seram sejuk
Thursday, April 12, 2012
KONVOI Kembara Pitas 2012- hari ke-2
KONVOI Kembara Pitas 2012. Hari kedua.
Sebenarnya banyak rancangan kami yang berubah di saat akhir. Yelah, manusia
hanya mampu merancang. Tapi yang menentukan adalah ALLAH.
Lepas solat Subuh dan sarapan pagi, kami jalan
jalan di sekitar kampung. Kami jalan dan
sampai di SK Rosob. Ada sorang cikgu kat depan pagar tu, kami minta izin nak
masuk tengok dalam sekolah. Dia bagi je. Lagipun dia kenal Hairul aka Bob
panggilan di kampung. Dia kata biasa je orang masuk, sampai ke dalam kelas pun
ada. Katanya, harini semua buat persiapan untuk program penyerahan sekolah
angkat MASWing. Wah, beruntungnya sekolah ni. Mesti maju jap g. Hehe.
Wednesday, April 11, 2012
KONVOI Kembara Pitas 2012- Hari 1
KONVOI Kembara Pitas 2012. Mungkin tu nama yang sesuai untuk aktiviti kami kali ni. Mungkin la. Aku baru terfikir nama ni tadi. Hehe.
Subscribe to:
Comments (Atom)