Wednesday, July 10, 2013

#WordlessWednesday : Salam Ramadhan :D

selamat berpuasa..




ok bai~

Monday, November 26, 2012

Suatu kisah: Warna Warna

Seorang anak bertanya kepada ayahnya

"ayah, kenapa tv dulu-dulu tiada warna?"

ayahnya pun menjawab, "kerana warna pada masa dahulu tidak wujud, nak"

"habis tu, mana datang warna nya ayah?"

Friday, November 2, 2012

Aidil Adha 2012 : Perantau.


Aidil Adha kali ni merupakan kali ketiga berturut turut aku menyambut Raya Haji di perantauan. Sedih tu sedih jugak, tapi apakan daya, dah duduk jauh di seberang laut, dan cuti pun hanya seminggu, aku patut fikir lima enam tujuh lapan belas kali untuk balik beraya di kampung. Kat rumah mungkin kurang meriah sebab tak cukup adik beradik kat rumah. Adik aku yang belajar kat Kedah tu pun tak balik. Kak Long pun tak balik. Orang yang dah ada tangga rumah macam tu la.. kena gilir-gilir kampung beraya. Hmm.. kalu nak selalu raya kat kampung, kena kahwin dengan jiran sebelah la..haha.
Masjid UMS

Sunday, October 28, 2012

28 Oktober...setiap tahun~


28 Oktober setiap tahun, semenjak 1992 adalah hari ulangtahun kelahiran adik aku yang ketiga. Nurul Jannah binti Shuhaimi aka Kak Chik. SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN KE 20. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN SENTIASA DIBERKATI DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI.
Aidilfitri 2012

Saturday, October 27, 2012

lima ringgit


“RM5!”

“What??”, im start to speak english, as I always do when I am in a shock moment. Kunun.

“Berapa?”, tanyaku lagi inginkan kepastian.

“Lima ringgit”, jawab si perempuan penjaga kaunter itu dengan tiada segarit pun senyuman di wajah.

Tuesday, October 9, 2012

Sabah bahh... - Part 1


Sabah. Sebuah negeri  di Malaysia Timur, bagi aku adalah sebuah negeri yang unik dan menarik. Negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Zee Avi (aku peminat dia,haha) merupakan negeri yang sangat kaya dengan flora dan fauna, hasil hutan, petroleum, budaya, adat resam dan keunikan yang tiada tolak bandingnya.


Baru baru ini heboh apabila ada mahasiswa sebuah universiti tempatan yang menghina negeri Sabah sehingga menjadi kes polis. Entri ini agak lewat keluar memandangkan isu ini mungkin sudah sejuk. Sengaja aku tunggu isu ni sejuk dulu, tak mahu nanti menimbulkan sebarang perkara berbangkit pulak kalau aku keluarkan entri yang berkaitan benda yang hotEntri ini bukanlah untuk membela mana mana pihak, ataupun untuk condemn mana mana pihak tapi hanyalah sekadar opinion peribadi aku sendiri berdasarkan pengalaman selama baru masuk tahun ketiga di negeri di Bawah Bayu ini.

Tuesday, August 7, 2012

Hikayat Terung Manggur


Terung manggo. Atau nama saintifiknya  Solanum tarvum. Aku tak pasti apa nama yang korang panggil. Terung bulat mungkin? Oh ya terung pipit. Kalu zaman dulu dulu terung ni femes dikalangan budak budak sebab  kami guna buat peluru senapang kayu. Main perang perang. Village War II (VWII).

Sebenarnya aku takpenah rasa pun terung ni. Tapi ma aku suka. Biasalah orang kampung ni makan ulam ulaman. Segala jenis pucuk kayu dimakannya. Awet mudalah katakan. Biasanya ulam ulaman seperti pucuk segala jenis pucuk (pucuk ubi, ketereh, ulam raja, pucuk paku-(siriusly paku sebenarnya boleh dimakan), pucuk miding dimakan mentah ataupun dicelur sebelum dicecah budu dan dimakan bersama nasi. Memang yummy sebenarnya.
gambar cari kat tenet