Pagi itu, seperti biasa. Selepas subuh, aku bersiap siap. Memakai sepersalinan lengkap uniform ku, membancuh sepekatnya air kopi cap tabik kesukaanku, dan menuangkannya ke dalam botol. Kucapai ubi kayu bakar, kubalut dengan kertas surat kabar yang telah dikoyak empat. Masukkan ke dalam plastik, dan kuikat kemas kemas.
Aku turun ke beranda. Duduk di tangga rumah. Ketika itu, mentari masih malu malu memancarkan sirnanya. Kucapai kasut getah di bawah tangga. Ku ambil stokin, ku suakan kakiku ke dalamnya.
Sebelah.
Dua belah.
Siap.
Saturday, February 15, 2014
Monday, February 3, 2014
Suri- Part 2
*Sambungan Dari Kisah Suri-Part 1 (selepas 2 tahun baru ada sambungan, pemalas yang amat penulis cite ni)..
Penerbangan selama 2 jam 30 minit kurasa bagaikan dua minggu berada di penjara. Lambatnya nak sampai. Ada sorang pakcik di sebelah tunjuk minat nak berborak denganku, ku layan endah tak endah. Keindahan gumpalan awan yang keputihan dan bersinar keemasan disimbah mentari petang tidak langsung menarik minatku. Apa yang aku bayangkan sekarang adalah apa berita yang akan aku terima nanti. Baikkah, atau burukkah?? Pesanan bapaku supaya bertenang dan jangan terlalu berfikiran negatif merancakkan lagi perasaan yang bukan-bukan bertembung dan bertelingkah dalam benakku.
MAS Airbus A380 |
Subscribe to:
Posts (Atom)