Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Merdeka.. =)


Wah, Selamat Hari Raye Idulfitri, Maaf Batin dan Zahir. Mohon maaf atas segala salah silap sama ada yang sengaja maupun yang tak berapa nak sengaje. Atas segala perkataan yang menyindir ataupun memang diniatkan supaya terase. Terpukul, terhentak ataupun memang sengaja pijak pijak di kepala. Terumpat tersebut nama ataupun terkutuk kutuk di belakang sane. Sepuluh jari disusun, dua belah tangan dihulur. Mata bertentang mata, mulut tersenyum secukup syarat 227 (2cm lebar ke kanan, 2cm lebar ke kiri, 7 saat), tangan berjabat mesra, kosong kosonglah kite ye!

Thursday, August 11, 2011

Tali Inci Kehidupan


Hai ape khabar? Raye da nak dekat, baju raye da beli ke? Pepatah Melayu cakap ukur baju di badan sendiri. So, kalu sape yang tempah baju, mesti tukang jahit akan ukur badan kite dulu kan. Korang perasan tak dia punye pita pengukur tu? Ok, pita pengukur getah tu kalu kat Kelantan dipanggil ‘tali inci’.

tali inci ma aku..haha

Mercun Dan Ramadhan= Irama dan Lagu= Ombak dan Pantai~



Ramadhan tak akan rase macam Ramadhan kalu takde bunyi mercun. Mercun tak kan berapa nak laku kalu bukan musim Ramadhan dan raye (selain CNY). Raya takkan rase meriah kalu takde dengar berite orang yang masuk wad kudung kudung angkara mercun. Doktor dan misi yang bertugas di spital mesti rase bosan dan kesepian kalu takde pesakit baru yang masuk spital dekat dekat nak raye.

Sunday, August 7, 2011

MASJID DAN GEREJA: MANA LEBIH MESRA KANAK-KANAK?


Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas: 

فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ


"
..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). 

Tragedi Cinta Jiwang Luka

AMARAN: Ini adalah cerita yang agak jiwang berdarah. Tidak sesuai untuk bacaan wanita mengandung, pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sesiapa  yang mempunyai alergi. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranye puasa anda terbatal selepas membace entry ini akibat daripada termuntah dengan sengaja. SEKIAN.
____________________________________________________________________________

Dia tunduk tersipu. Mukanya merah menahan malu. Cantik. Setelah lafaz Qabul selesai aku lafazkan, dan diakui sah oleh dua orang saksi di depan aku dan Pak Imam, aku lihat dia menangis. Menangis kegembiraan pastinya. Akhirnya kami disatukan jua, dalam majlis yang sederhana namun meriah dan semoga diberkati oleh-Nya.

err, ni la isteri I, hahaha
* * * *

Thursday, August 4, 2011

Sakit Itu Mengajar Banyak Erti..=)


Semalam adik aku balik dari hostel, berceritalah dia sambil tunjuk birat birat kat betis sebab kena rotan dek warden. Sebabnye lambat turun ke sekolah. Lepas tu kene rendam dalam kolam ikan. Kolam setakat lutut je, tapi geli katenye ikan dok main main kat betis. Aku gelak je. Aku cakap kalu setakat birat kat betis tu benda biase je bagi aku kalu zaman sekolah n hostel dulu. Setakat kena sebat kat betis, kat bontot, rotan masa tido, pelempang, cubit perut, tarik side-burn, round padang pagi pagi, malam malam, da macam jadi makanan ruji la. Ketagih. Kalu tak dapat benda tu, memang rasa tak sedap ati.hahaha~



Sajak Cinta Dari Pencinta... =)




Sajak Hisham Shuhaimi Untuk Bakal Isteri xP


Sajak Aminah Qutb* Untuk Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.