Sunday, December 1, 2013

Menjejak Ejim- RAM in de House.. :D

Hari ni sangat best! Sebab apa? Sebab hari ni pertama kali dapat jumpa dengan penulis novel yang paling aku minat; Ramlee Awang Murshid!!

Sebab tu la hari ni mood best. Dan tiba tiba rasa rajin nak update belog. Hehe.
Magis with RAM's autograph
RAM berada di Centre Point KK untuk ramah mesra bersama peminat. Dan aku adalah salah sorang daripada beribu peminat beliau. Yang lebih istimewa sebab bukan sahaja dapat jumpa RAM, malah dapat jumpa sekali dengan family, isteri, anak dan juga ayah RAM, Tn. Haji Awang Murshid.

Boleh dikatakan awal pagi lagi aku dah sampai di CP, bersama dengan seorang kawan yang juga kuharapkan jadi peminat RAM selepas ini. Haha. 100 orang terawal akan dapat hadiah istimewa dari Alaf 21. Ya. Dan kami adalah antara 100 orang terawal tersebut. :3
RAM
Popular Bookstore CP agak meriah haritu dengan kehadiran die hard fan RAM dari kelabram.com dan… memang bestlah. Dekat 2 jam jugak beratur menunggu untuk dapat autograph RAM, tapi tak rasa pun 2 jam.. hehe

Ada satu berita gembira yang disampaikan oleh RAM hari itu, katanya, filem Tombiruo iaitu adaptasi daripada salah satu novelnya akan menemui peminat sedikit masa lagi. Kita doakanlah supaya ianya betul betul menjadi kenyataan. Tak sabar juga mendengar kisah Laksamana Sunan untuk dilayarperakkan. :D


Ok. Seterusnya, biarkan gambar berbicara. :D

with anak n ayah RAM, Tn. Haji Awang Murshid

Novelis dan Blogger merangkap bakal novelis.. eh? :P

ingat watak orang tua dalam Magis?? ini la dia.

busy nampak?

OK BYE!

1 comment: