Ada satu kisah.
Kisah seorang
yang punyai satu haiwan peliharaan. Comel.
Seekor kucing.
Ramai yang
sukakan kucing ini.
Bulunya gebu,
matanya biru.
Manja dan kadang
sedikit mengada.
Ramai yang ingin
memegang dan membelai kucing ini.
Tapi tuannya
kedekut.
Tidak berikan
kucing itu kepada sesiapa.
Walau untuk seketika.
Ada seorang jiran
datang padanya.
Seorang yang
sudah dikenal lama.
Mungkin boleh
dipercaya?
Membelai binatang
peliharaannya.
Sehingga kucing itu
mesra dan selesa.
Kadang lebih
rapat dengan jiran berbanding tuannya.
Tuannya kata tak
mengapa.
Asalkan kucingnya
merasa nikmat bahagia.
Masa pantas
berlalu.
Mentari dan bulan
silih bertamu.
Si Jiran tidak
lagi seperti dahulu.
Semakin lama semakin
membisu.
Membiarkan si
kucing makan tak lalu.
Sehingga
menyusutkan badan nan satu.
Mata tidak lagi
membiru.
Bulunya tidak
lagi menggebu.
Tiada lagi
mengiau manja.
Tiada lagi apa
yang ada.
Si tuan resah.
Mula menyesal
kerna percaya.
Mula menyesal
kerna memberi muka.
Sehinggalah beberapa
purnama.
Seorang nurse
agaknya? Datang menyapa.
Menawarkan ubatan
untuk merawat luka.
Menawarkan rawatan
untuk yang tercinta.
Apakah si tuan
patut menerima?
Bolehkan kucingnya
diberi lagi?
Bagaimana kalau
sejarah bakal berulang?
Yang ketara,
ubatan terlalu mahal dan tidak setara dengan si tuan.
*ape la.. tak puitis langsung.. hehe
**tak kisah lah.. asalkan ada yang faham maksud yang ingin disampai..
*** :3
sumpah tak puitis~~ marah a samad said.. hahahahah k bye
ReplyDelete