Tuesday, November 12, 2013

kerana pulut santan binasa, kerana mulut pulut binasa :P

Pada suatu masa dahulu, tinggallah sepasang suami isteri. Kehidupan mereka tidaklah terlalu bahagia. Hal ini kerana si isteri ini sangatlah suke membebel. Pantang ade salah siket, bebelannye boleh melarat sampai tiga empat hari.

Pada suatu hari, si isteri suruh suaminya pegi beli barang dapur. Tapi entah kenapa, si suami lupa nak beli kicap, sume barang lain sudah dibelinye. Maka membebel lah si isteri  tak henti henti. Bengang si suami. Masuk hari ketiga, si isteri masih tak berenti membebel. Maka si suami pun timbullah satu idea. Si suami rancang mau buang isterinya  dalam sebuah telaga buruk di hujung desa. Kata orang telaga buruk tu memang berpenunggu. Ade jin dalam tu.
inilah telaga yang dimaksudkan
Malamnye, si suami pun jalankanlah rancangannye. Mase isteri  tengah syok tidur, maka suaminya pun ikat si isteri dan masukkan dalam guni. Si isteri terjaga. Seperti biasa, terbuka je mata, terus mulutnye membebel. Lagi lah bengang Si Suami. Maka Si Suami pikul isterinya dan humbannye ke dalam telaga buruk. Lega rasenye, tak perlu lagi dengar bebelan isterinya  setiap mase.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Sunyi pula rasanya kehidupan Si Suami yang berkeseorangan. Rasa rindu pada Si Isteri mula menjalar ke seluruh pelusuk jiwa. Tiada lagi teman untuknya berbual mesra, beradu tenaga (eh?).  Setiap malam Si Suami asyik teringatkan isterinya sahaja. Kadang kadang rasa rindu pula pada bebelan isterinya.

Esoknya, dendam asrama jiwa tidak lagi mampu ditahan oleh Si Suami. Dia bertekad mahu mengambil semula isterinya yang telah dibuang di dalam telaga di hujung desa.

Arakian, maka berjalanlah Si Suami ke telaga tempat Si Isterinya dibuang dulu. Telaga itu memang dalam dan kontang. Maka Si Suami membawa segulung tali, supaya senang apabila dihulurkan tali maka semoga isterinya akan memanjat melalui tali itu.

Apabila sampai, Si Suami pun menghulurkan tali ke dalam telaga. Setelah dirasakan hujung tali itu telah mencecah dasar telaga, Si Suami menunggu. Menunggu talinya akan ditarik oleh Si Isteri.
Setelah hampir habis seputung rokok, tiba tiba tali dirasakan bergoyang direnggut dari dalam telaga. Sukalah Si Suami. Ditariknya tali naik ke atas. Berat. Tapi digagahkan juga. Demi isteri yang tercinta.

Tiba tiba, apabila sampai ke atas. Terkejutlah Si Suami apabila makhluk lain yang bergayut pada talinya. Giginya bertaring kuning, bertanduk dua. Mukanya berkerutu. Rambutnya panjang tidak bersyampu. Jin lagaknya.

Maka berkatalah makluk itu, “terima kasih manusia, kau telah membebaskan aku dari siksaan dunia, kau mintalah apa sahaja, akan kuperkenankan sebagai membalas jasa”.

“wahai jin, apa yang telah menyiksamu di bawah sana?”, tanya Si Suami. Rasa risau pada isterinya semakin menyala.

Maka jawab si jin, “sejak sebulan yang lalu, ada satu makhluk jatuh ke tempatku di bawah situ. Sejak jatuh sebulan lepas  sampai tadi, tak henti henti dia membebel. Tension aku!”


*krik krik krik* bunyi cengkerik. 

No comments:

Post a Comment