Wednesday, September 29, 2010

Intan Payungku Sayang..

awak hilangkan diri..
kemana awak pergi??
awak tau kan saya sendirian tanpa awak..
kenapa awak sanggup tinggalkan saya..??
awak ikut dia..
awak tau kan saya tak biasa berjalan sendirian..


sekiranya awak terbaca post ini..
saya rayu pada awak, kembalilah kemari..
masihkan awak ingat kenangan kita bersama??
semacam semalam baru berlaku..
masa tu malam, hujan lebat..
ingatkah awak??
kita berdua nak balik ke kolej..
selepas kelas english mr lourdes..
dan macam biasa bas penuh..
macam sardin ayam brand..kata awak..
masih ingatkah awak??

kita balik jalan kaki, bersama..
masa tu angin kencang..
saya pegang  awak erat-erat..
bukan apa, saya takut awak terlepas dari saya..
awak pun tau kan betapa pentingnya awak bagi saya..

terima kasih awak, sebab ada awaklah saya punya kekuatan untuk jalan kaki malam tu..
sebab ada awaklah saya tak takutkan  kebasahan dengan air hujan..
kita jalan bersama..
terima kasih awak sebab temankan saya..
saya akan selalu ingat kenangan itu..

awak, sekiranya selepas ni bas penuh lagi..
dan hujan lebat lagi..
dan malam sudah larut..
saya tahu awak takkan ada lagi disisi saya..
awak takkan lagi temani saya..
kita takkan lagi balik bersama..
seperti malam itu..

awak, saya mungkin akan ada pengganti awak selepas ini,
tapi ia tetap takkan sama dengan awak..
banyak kenangan kita lalui bersama..
saya sayangkan awak,,
selamanya..

sebab awaklah payung pertama saya beli sejak saya hidup di bumi ini..



p/s: sesiapa yang curi payung aku tu, pulangkan la balik, mahal aku beli tu..

3 comments:

  1. terharu la weyh..ak doakan payung ko selamat dgn org yg amek tuh..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe, harap2 die sehat bersame teman baru..

    ReplyDelete