Alhamdulillah, sedar
tak sedar aku dah hampir ke penghujung pengajian bagi peringkat ijazah.
Final exam sudah tamat, dua minggu lepas. Dan sekarang baru sudah viva voce dan
dalam proses menyiapkan tesis berjilid. Harap segalanya berjalan lancar dan
diredhai Allah.. dan insyaAllah, bulan November akan bertamu gadang dan
menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Makanan Dan Pemakanan
(Teknologi Makanan Dan Bioproses).
UMS adalah satu universiti di Malaysia yang paling best! –
aku cakap paling best sebab aku belajar kat sini 4 tahun dan ia adalah paling
best bagi aku la kot. Bagi orang lain yang belajar kat lain, bagi korang tempat
korang la paling best. Jangan la nanti nak argue kat sini u korang lagi best.
Aku sepak jap gi. Haha. Dan paling cantik di Malaysia-ini fakta. Mempunyai
lanskap yang cantik dan menarik. Punyai dewan universiti yang terbesar di Asia
Tenggara-Dewan Canselor. Ada pantai yang cantik-ODEC, Fakulti di tepi
pantai-Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan fakulti di sebelah Hypermall-
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, SPTA- Sekolah Perhutanan dan Tropika
Antarabangsa.
view sebahagian daripada UMS |
Bagi adik adik lepas ni kalu dapat sambung belaja di UMS,
jangan lepaskan peluang ni. Datang dan rasai sendiri keindahan di sini. Jangan terkejut
kalu bila dah sampai sini nanti dah jatuh hati kat sumandak sini.. or amoi Sarawak!
:P
Bai.
No comments:
Post a Comment