Tuesday, July 8, 2014

UMS: Tiada lagi sekolah..

Posting saya sebelum ni berkenaan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), UMS mendapat banyak komen dan review daripada pembaca. Kebanyakan mereka adalah pelajar yang berminat dengan kursus yang ditawarkan di SSMP seperti HY07-Teknologi Makanan dan Bioproses, HS04-Sains Makanan dan Pemakanan dan HG09-Perkhidmatan Makanan. Saya cukup gembira sekiranya posting tersebut sedikit sebanyak membantu para pelajar dan memperkenalkan kursus di SSMP dalam membantu pelajar membuat pemilihan untuk sambung pengajian di sini. 


Main entrance UMS (kredit kpd tuan gambar; gua dah cakap kalu pic takde watermark gua kat belog ni, maknanya pic dari google)
Untuk bakal pelajar SSMP selepas ini, harap maaf kerana SSMP tidak lagi wujud di UMS. 
Tiada lagi sekolah sekolah lain di UMS.
Tiada lagi uniknya 'sekolah' pada UMS berbanding universiti lain.
Tiada lagi rasa muda sebab pagi2 bangun pegi kelas di sekolah.
Tiada lagi rasa oversea ada perkataan sekolah. (Macam U di oversea yang pakai 'School of Bla bla blaa..)

Kenapa? UMS dah tutup ke?

Wednesday, July 2, 2014

Post pendek lepas viva :D

Alhamdulillah, sedar tak sedar aku dah hampir ke penghujung pengajian bagi peringkat ijazah. Final exam sudah tamat, dua minggu lepas. Dan sekarang baru sudah viva voce dan dalam proses menyiapkan tesis berjilid. Harap segalanya berjalan lancar dan diredhai Allah.. dan insyaAllah, bulan November akan bertamu gadang dan menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Makanan Dan Pemakanan (Teknologi Makanan Dan Bioproses).