Friday, July 12, 2013

Hei Kawan. :D

Kenangan.
Sangat sayang untuk dilupakan.
Sepanjang bersama kita mencipta kenangan.
Mana mungkin bisa dilupakan.

Untukmu kawan,
Kenangan bersamamu sentiasa segar dalam ingatan.
Pahit manis bersama kita telan.
Pahit dijadikan ubatan.
Manis menjadi senyuman.


Hei kawan.
Ingat lagikah bagaimana kita berkenalan?
Di permulaan hanya sekadar berkawan.
Kawan sekadar kawan.
Tidak banyak melayan.
Hanya bertegur di kala memerlukan.
Hanya tersenyum dikala menyapa.
Kadang bergurau senda seloka.

Kemudian.
Masa yang merapatkan kita.
Kemana pergi pasti bersama.
Sebarang aktiviti kita pasti ada.
Makan pastinya.
Berjalan bercanda.
Melihat panorama matahari berseloka.
Ombak menghempas bergurau mesra.
Bulan tersenyum tertawa gembira.

Hei kawan.
Betapa banyak kenangan.
Tak patut kita lupakan.

Masa yang menemukan.
Masa yang merapatkan.
Masa juga yang mengeratkan.
Dan kemudian masa juga yang memisahkan.
Kejamkan masa?
Atau kita yang terlalu banyak mengumpul kenangan?
Sehingga perpisahan berat dirasakan.
Berjauhan ingin dihindarkan.

Katamu dulu, “ kenangan boleh dicipta”
Meskipun kita tidak lagi bersama.
Meskipun kita dipisahkan samudera.
Meskipun tidak kelihatan di mata.
Tapi aku pula yang tertanya.
Kenangan yang sebagaimana?
Kenangan pedih ataupun pahit?
Kenangan sedih ataupun perit?
Tetapi itu engkau yang berkata..

Aku?
Aku hanya menunggu,
Kata katamu diterjemahkan ke alam nyata.

Mana kenangan yang kau maksudkan untuk kita. 

No comments:

Post a Comment