Saturday, September 24, 2011

berdikir lagiii~


Penat. Tapi mood sangat baik harini. Tak sia sia bertungkus lumus jadi jurulatih untuk pasukan dikir barat pelajar tahun satu, tiba tiba pasukan dikir ni dapat perhatian pengetua kolej dan dia nak wujudkan kelab dikir barat pulak kat Kampung E ni, jadikan total kelab 12 skang. Ape taknye, dengan kelengkapan peralatan muzik yang takde, masih mampu dorang wat persembahan yang menarik. Main alat semulajadi je, tin susu, baldi, gayung, dan botol air.

bersama pendikir.. xD

Wednesday, September 14, 2011

Tamatlah Cutiii~

Wah, cuti empat bulan dah tamat. Masa berilek rilek dan menggelembungkan perut luput sudah. Kilang lemak dan taik mate akan direhatkan buat sementara. Nanti akan tibalah pula waktu untuk bangun awal pagi, beratur tunggu bas dan waktu untuk tidak-perlu-berlagak-gentlemen-untuk-tidak-berebut-bas-dengan-pompuan. Waktu untuk hidu bau ketiak hangit mase bersesak dalam bas. Waktu untuk jalan kaki kalu bas takde. Waktu untuk buat asaimen seikhlas hati. Waktu untuk buat lab repot sampai lebam, waktu untuk kumpul kupon kolej dengan banggenye, dan yang paling best, waktu untuk jumpa balik kawan kawan yang dah agak lame taknampakbatanghidungmukedantubuh. =)

Thursday, September 8, 2011

Heppi Belated Birthday~ xD


Tarikh 21 Ogos 2011 bermakna sudah cukup setahun belog aku ni wujud. Kalu belog aku ni manusia mesti  dah boleh bertatih siket siket. Dan cakapnye mesti pelat lagi. Mesti baru tau nak sebut ‘pappa’ , ‘mamma’ , ‘thadadadadada’ kalu die suke dan ‘waaaaaaaaaaaaa’ mase nanges.haha. Dan gigi mesti baru tumbuh dua tiga batang. Eeii, mesti comel kan? Tapi ni belog, bukan manusia. Dinding pulak tu. Takdenye nak tumbuh gigi. Takdenye nak pelat pelat, apetah lagi nak sebut pappa mamma, buang tebiat ke ape?hahah. Tapi