Sunday, July 24, 2011

Cherating- Part II

sambungan dari SANA~~

PATI kantoi ditahan imigresen.. xP


Oh ya, harini 9 Julai, hari keBERSIHan seMalaysia. Takpe lah, taknak aku nak cite kat sini, korang sume mesti da tau kan, banyak benda ni kat tv, paper, blog, kedai kopi, kedai tin.. tapi seeloknye lah kan, kita sebagai seorang mahasiswa, yang cerdik, yang berpelajaran, yang diajar untuk berfikir secara rasional, kita patut selidik sesuatu perkara tu secara sahih. Jangan jadi macam pakcik pakcik kat kampung yang telan bulat bulat segala bagai maklumat yang disogokkan pada mereka. Kita yang berpelajaran ni, carilah maklumat, selidiklah maklumat dari kedua belah sumber. Jangan hanya bergantung pada kotak hitam kat rumah tu, carilah juga media alternatif. Biasalah kan, dua pihak yang berkonflik, mestilah pihaknye sentiasa betul dan pihak yang satu lagi tu dalam kesalahan yang nyata, chewah..hehe. Ok, aku sambung balik cite holiday kami.. taknak ulas panjang panjang, ni bukan belog politik.hehe


Patutnye petang ni jam 3 kami ingat nak turun melepak kat pantai, lepas makan. Tapi bile tengok langit mendung semacam je, plan ditukar. Kami naik kete, menghala ke Kuantan plak. Lepak lepak gi karok kat Megamall, pastu malamnye  kami ke East Coast Mall, tgk muvi; Mr. Popper’s Penguins. Best sangat cite tu. Nuar dah jadi Nimrod, Bihah the Stinky, Dila the Bitey, Mamal the Loudy, n aku mestilah The Captain.hehe.. xD


Bihah The Bitey merangkap supir~


Balik dari ECM, kami tak terus ke chalet di Cherating. Kami ke Teluk Chempedak, makan dan melepak lagi kat sana. Makan, bergambar, jam 2pagi baru balik. Agak penat tapi heppi sangat2. Siryes wa tak tipu wa cakap luuu..hahah.. balik n tido berdengkur ( Nuar laa, aku tak..hehe =P).

Last day, pagi pagi lagi kami bergelumang dalam air laut. Kecebush kecebush! Lima ekor penguin terjun dalam air,hehe. Mandi sepuas puas hatilah. Ibarat taknak berpisah. Perpisahan adalah satu saat yang sangat sangat aku tak suka sebenarnye. Siryes aku tak tipu! 3 hari memang terasa sangat sangat sekejap.




Jam 3, kami check out. Lepas makan, hantar aku n Nuar kat terminal, Yuyut, Mamal and Didi Lala bertolak balik. Jumpa lagi lain kali ye. Aku tak terus balik Kelantan, ada banyak hal lagi  nak dibuat di Kuala Terengganu. Gi Tganu dulu…
Babai… xD 

No comments:

Post a Comment