Ada satu perkara yang aku perhatikan sepanjang MASUM ni berlangsung, dan juga sepanjang aku hidup dan pandai memerhatikan kehidupan manusia. Satu perkara. Salam. Maksud aku bersalaman. Ye, cara bersalam.
Memang tak dinafikan, sepanjang sukan ni berlangsung, terutamanya acara boling, aku tengok antara pemain dan jurulatih or antara pemain dan penyokong or antara pemain dan pemain or antara penyokong dan penyokong dan sebagainye, mereka bersalam dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, selamba badak je yoew!! Badak pon tak seselamba macam tu. Hahah
Memang laa, mungkin cara mereka nak tunjukkan semangat berpasukan ataupun semangat kesukanan, tapi tak perlulah sampai macam tu kan. Oh ya, sorilah, mungkin la aku berfikiran agak kolot sket, sebab aku kan budak kampung, tak pernah terdedah dengan gaya hidup moden yang maju sebegini. Ok!
Lagi satu, game boling ni sebenarnye sangat lama bermain, tambah2 kalu yang foursome punye.. memang kadang2 sampai 3 hingga 4 jam lebih main tanpa henti. Aku tak sure lah macammana pemain tu solat, mungkin dorang da jama’ kot, maklumlaa sume player datang dari jauh kan, Cuma kami yang jaga ni je kena bergilir2 pergi ke surau kat bawah. Kadang2 game stat jam 4petang sampai 7 lebih baru habes. Hurm… aku ni pun bukanlah alim sangat sampai nak pandai2 bagi hukum kan, tapi setau aku laa..: ok, main ape2 sekalipun xkisah, memang xde larangan asalkan tidak menyalahi hukum syara’..tapi, sekiranye permainan yang kita main tu, sehingga melalaikan kita dan menyebabkan kita tertinggal solat, sesuatu permainan or aktiviti yang kita lakukan itu dikira haram. P/S: sesiapa yang rasa aku salah, sila betulkan.. tq
Oh, aku da melalut jauh sebenarnye, yang aku nak cite sebenarnye pasal jenis dan kategori salam yang aku sempat tengok..hehe
Bersalaman boleh dikategorikan kepada banyak sebenarnye: ok, bersalam ade yang sebelah tangan, dua belah tangan, dan yang dua tu pulak boleh dipecahkan lagi kepada yang cium tangan dan yang tak cium tangan. Ya tu budaya Melayu, aku tau sebab aku orang Melayu tulen walaupun mak aku berasal dari selatan Thailand...haha
Cium tangan tu pulak kite kena tengok jugak, sama ada si pencium tangan tu menundukkan kepala untuk cium tangan ataupun menarik tangan yang hendak dicium kemukanye. Ataupun kite boleh perhatikan jugak, biasanya memang lah si muda yag mencium tangan orang yang lebih tua kan. Kadang2 si muda yang bersalam ni pun bukan nak cium sangat pun tangan oranng yang disalamnye, tapi orang yang lebih tua tu yang mengangkat tangan ke muke si muda tu, untuk dicium. So nak tak nak, terpaksalah si muda tu mencium tangan yang lebih tua tu…...haha agak pening ka?? Aku tau.. aku pun pening. Banyak maksud tau dengan gaya2 bersalam ni. Sumenye punye maksud tersendiri yang mendalam.haha
Oh lagi satu, masa bersalam, cuba tengok mata orang yang kita salam. Kita akan dapat baca sama ada dia ikhlas ataupun tidak. Ya, mulut mungkin boleh menipu, tapi mata tidak!
Ok, sekarang aku akan analisa maksud jenis salam yang diceritakan awal2 tadi.
1) Salam sebelah tangan: ok salam sebegini biasanya dilakukan oleh orang2 besar negara or orang yang berkepentingan dalam sesebuah syarikat. Salam sebegini tidak menunjukkan kemesraan yang ikhlas. Biasanye orang2 syarikat ni bersalam sebegini apabila di majlis yang besar2, majlis rasmi mase same2 menandatangani MoU or kontrak2 besar. Bersalam kerana maukann projek, or kemesraan kerana sesuatu, tidak akan kekal.
2) Salam dua belah tangan: biasanya salam sebegini dilakukan apabila kita bersalam dengan orang yang kita hormati. Contohnye apabila kita berjumpa dengan pemimpin yang kita sanjung, or orang yang lebih besar dan lebih tua dari kita. Kita akan bersalam dengan cara sebegini. Tahap penghormatan kita juga mempengaruhi salam jenis ini. Apabila kita lebih menghormati orang yang kita salam itu, mungkin kita akan menundukkan sedikit kepala. Or kalu terlebih hormat lagi, kita akan cium tangan, tanpa mengira dia itu keluarga kita ataupun tidak.
3) Cium tangan tunduk kepala: salam dan tanda menghormati orang yang lebih tua dari kita, contohnye kalau kita bersalam dengan ibubapa ataupun dengan saudara terdekat yang kita hormati dan lebih tua dari kita. Dengan datuk nenek dan sebagainye.
Cium tangan tarik tangan ke muka: orang sebegini biasanya bila kita bersalam dengan kakak or abang kita, yang kita selalu bergaduh sejak kecil. Tapi sejak kecil juga dilatih untuk bersalam sedemikian. Ye, aku juga begini. Dengan kakakku..hahahahaha. kadang2 tarik tangan separuh jalan dan tunduk muka separuh. Bukan lah maksudnye tidak menghormati mereka tapi oleh kerana kita dah biasa bergaduh sejak kecil kan..jadi la macam tu..keh3
Ok setakat ni sahaja. Teori2 ini bukanlah sahih sangat sebab analisa ini pun pakai teori dari kepala otak aku yag agak geius kadang2 ni je..hehe ok chios~
No comments:
Post a Comment