Wednesday, December 17, 2014

Post-Convocation Posting.

Bismillah. 

Lama tak update blog. Bukan sebab tak de masa, tapi sebab tak de rajin. Kesian belog aku. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, dengan keizinan dariNya akhirnya tamat sudah sesi pengajian aku menuntut secebis ilmu di menara gading .Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi saksi jerit perih aku selama empat tahun semata ingin menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Sains Makanan Dengan Kepujian (Teknologi Makanan dan Bioproses). Sungguh empat tahun bukanlah tempoh yang sekejap, banyak air mata dan darah yang telah tumpah sepanjang 4 tahun di sini (aku percaya orang perempuan lagi banyak bertumpah darah!)


Segala puji dan puja juga bagi Allah tuhan sekalian alam, aku tidak menunggu lama menganggur setelah tamat pengajian. Sebulan lebih aku balik rumah dari Sabah pada penghujung bulan Julai, akhirnya pada September 2014 aku diterima bekerja sebagai Food Technologist di sebuah badan kerajaan - walaupun bertaraf kontrak tapi sekurangnya boleh aku belajar dan menimba pengalaman sebelum masuk ke jawatan lain yang bertaraf tetap. Alhamdulillah graduan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS, tinggi nilai pasarannya. Masa datang konvo aritu aku tengok ramai kawan yang sudah bekerja, ada yang jadi QA, QC, di syarikat yang terkemuka. Yang kalu sebut syarikatnya aku rasa 90% masyarakat dunia tahu. Kunun. Haha.

Apa perasaan konvo? Apa rasanya pakai jubah? Bagaimana rasanya terima ijazah? Gembira ke dapat tamatkan pengajian? Tak sedih ke tinggalkan zaman pengajian dengan kawan kawan?

Jawapan itu boleh diagak oleh semua orang, dan semua orang tahu perasaan itu, tapi rasanya hanya mampu difahami dan dirasai oleh orang yang melaluinya. Bagi aku, itu adalah satu kepuasan. Dan ada juga rasa sedikit terkilan. Dan cemburu. 

Pertama yang cemburu- sedikit la. Dan terkilan mungkin. (Alhamdulillah syukur dapat tamatkan pengajian dengan lump sum. Tak de yang nak kena repeat atau extend.) Tapi bila kita tengok kawan kawan kita namanya pada bahagian atas, Kelas Pertama, Kelas Kedua Upper, kita rasa "ermm.. ruginya dulu aku tak belajar betul betul. Kalu tak mesti aku pun ada nama yang atas atas, ataupun terima file ijazah (tu ke namanya) warna coklat. Ataupun jubah yang kita pakai lain dari orang lain. Tapi takpe lah. bersyukur. Dengan kenakalan dan kemalasan aku sepanjang pengajian, bersyukurlaa dapat juga menimang ijazah. 


Keduanya, cemburu dengan geng PALAPES. haha. Takde kerja nak cemburu kan. Bila panggil nama kami, biasa je nama dipanggil sepertimana tertera dalam MyKAD. Tapi PALAPES siap ada tambahan nama kat depan; LEFTENAN MUDA ...(bla bla bla). Rasa macam; wow bestnya. Cam rugi pulak tak masuk PALAPES dulu. Hehe. Tapi padanla dengan dorang, dorang kena torture 3 tahun di kala kita pelajar biasa pada hujung minggu lepak kat mall, atau tido sampai tengahari, atau tidur malam tanpa dipanggil untul roll call pada jam 2 pagi, kawad tengah panas sampai takde PALAPES yang kulit putih aku rasa, semuanya kulit kemerahan Mexico macam aku. Hahah.

OK, tu yang cemburu. 

Sebelum aku masuk ke Dewan Canselor (DC) (aku berbangga dengan Dewan Canselor UMS sebagai dewan universiti terbesar di Asia Tenggara. Kalu rajin aku update info pasal dewan ni dalam entri kemudian - mungkin lagi 5 tahun? haha. Dan UMS sebagai Universiti yang mempunyai landskap tercantik di Asia Tenggara) ada senior bercerita bahawa pada zaman dia konvo dulu, dia menangis masa masuk dewan. Aku gelak terbahak bahak terguling guling macam tenggiling. Ok over.




Masa beratur nak masuk DC kita happy la kan, dapat jumpa kawan yang berapa bulan dah tak jumpa, tengok masing masing dah berubah ke arah kegemukan. hahah. Masing masing nampak gemuk maklumlah dok rumah makan tak macam dok hostel. Masa perarakan graduan masuk dewan, mata aku sedikit berkaca. Aku terfikir, alangkah indahnya pada masa ni kalu ma ngn abah aku turut berada dalam dewan ni. Biarlah dia dapat tengok sendiri secara live aku pakai jubah dan topi. Since aku anak yang pertama yang pegang ijazah dalam family. Aku nak tunjuk pada ma dan abah macamana jubah tu dipakai, macamana aku jalan naik pentas, dan sebagainya. Tapi apakan daya, pada masa tu tak mampu nak datang sekali ma ngan abah ke Sabah, terpaksa aku sorang je la datang. Takpelah, lain kali konvo adik aku yang lain ma abah akan dapat hadir. Bagimanapun aku sangat berterima kasih kepada kawan kawan aku daripada keluarga Kalimah. Sekalipun aku hadir berseorangan, tapi aku tidak berseorangan. Penuh juga lah tiket aku untuk bawa 4 orang masuk DC, siap tak cukup lagi. hehe. Thanks pada Ayah Ustaz, Azli, <3 Yusni Wate, Pikah dan Jaja yang dari awal lagi datang sekali sampai habis. Thanks sebab tolong pakaikan jubah dan sebagainya. Kalu harapkan aku sorang memang tak reti. haha.


Thanks a lot atas segalanya. InsyaAllah ada rezeki ada lagi konvo yang seterusnya. Ada rezeki ada la jugak posting yang seterusnya. hehe BYe.

2 comments:

  1. Congratulation :D

    lepaih ni kita tunggu kad je laa aherher

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT sudah lulus kuliah, saya dari Indonesia mengucapkan selamat atas kelulusan

    ReplyDelete