[Terdengarlah desiran dedaunan pepohon kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnye. Seni dan rentak lagunye menawan seluruh perasaan nurani.
Maka berhiaslah bidadari sekaliannye lalu berdiri di atas puncak mercu syurga. Lantas bertanye para bidadari: “Apakah malam ini namanye? Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah?”
Maka berkatalah para malaikat, “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan!”
Ketahuilah, bahawasanye syurga berhias dari setahun ke setahun kerana meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Tatkala itulah maka bertiuplah angin di bawah Arasy, bergeraklah dedaun kayu dengan lemah longlainye di dalam syurga pada awal bulan Ramadhan.
Lalu Allah berfirman, mengarahkan Ramadhan membuka semua pintu syurga untuk orang orang yang berpuasa dari umat Muhammad s.a.w dan memerintahkan para malaikatnye supaya menutup pintu pintu neraka.
Kemudian Allah memerintahkan Jibrail membelenggu syaitan dan melontarkannye ke dalam lautan supaya tidak membinasakan puasa umat Nabi Muhammad s.a.w.]
*Mastika Ogos 2011
~ Bulan Ramadhan tiba lagi. Bulan kesembilan dalam kalendar Islam. Bulan aku dilahirkan, 25 Ramadhan 21 tahun yang lalu.hehe. Ramadhan yang maksudnye kering. Bulan yang ditunggu tunggu oleh semua umat Islam yang beriman. Bulan yang didalamnye terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadr namanye. ALHAMDULILLAH, segala puja dan puji bagi Allah yang telah menyampaikan aku ke bulan yang mulia ini sekali lagi. Semoga Allah memberi kekuatan dan keizinan kepadaku untuk tidak ponteng solat sunat tarawikh yang hanye ade pada bulan mulia ini.
Sesetengah orang mengenali Ramadhan sebagai sebuah universiti. Universiti Ramadhan. Cantik name tu kan? Tak payah nak apply UPU, sape yang cukup syarat je, boleh masuk. Ape syaratnye? U know oredi rite? No need me to tell laa.hehe. Mengape universiti? Mengapa tidak dipanggil tadika ataupun sekolah menengah? Ini kerana terdapat banyak ujian dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi sepanjang bulan ini. Macam kite yang belajar kat U jugak. Ade take-home test lah, ade kuiz lah, macam macam. Kite mesti pass segala ujian ni, in order to survive di U. Same jugak dengan Ramadhan. Malah ujian dan dugaan pada bulan Ramadhan ini akan melatih kita supaya tahan dan lebih lasak dengan ujian pada 11 bulan yang lain. Ramadhan melatih kita untuk bersabar. Ramadhan melatih kita untuk merendah diri. Untuk merasa kesusahan dan kelaparan orang yang kurang bernasib baik. Supaya kita merasa sangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Supaya kita rasa mahu bersedekah dan bantu membantu. Ramadhan juga mengajar kita untuk menyambung dan mengeratkan silaturrahim. Bertukar juadah berbuka dengan jiran, salah satu dari beribu cara untuk mengikat lagi tali persaudaraan seerat eratnye.
Bulan Bamadhan adalah bulan bonus untuk kita umat Nabi Muhammad (dan juga bulan banyak sale raye di supermarket,hehe) . Setiap satu pahala yang kita lakukan, akan digandakan sehingga 70 kali ganda. Dan perlu kita sentiasa tahu, pahala adalah boleh diumpamakan matawang yang digunakan di negeri akhirat. Semakin banyak pahala yang kita kumpul, semakin kaya dan mewahlah kita di sane. Sape taknak jadi kaye oii. Oleh itu, jomlah kite same same merebut segala bagai kelebihan dan keistimewaan bulan ini. Bulan yang pada awalnye rahmat, pertengahannye keampunan, dan pengakhirannye dijamin kebebasan dari api neraka.
Diwajibkan berpuasa ke atas setiap tubuh badan orang Islam yang cukup syarat syaratnye. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 183: “Wahai orang –orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang orang yang bertakwa”.
Bulan Ramadhan akan menyaksikan masjid kembali dipenuhi. Masing masing berebut untuk membuat amal sebanyak mungkin. Malam pertama malam tadi, penuh masjid, sampai ke tangga. Masjid terasa hidup. Sangat hidup. Tapi lepas sebulan Ramadhan, masjid kembali sunyi seperti biasa. Sunyi untuk tempoh 11 bulan yang seterusnye. Anak anak muda seperti aku hilang entah ke mana. Aku juga. Semoga dalam usia yang sebegini, aku semakin matang dan menjadi lebih baik. Semoga latihan berterawih dan berjemaah sepanjang bulan Ramadhan ini akan megikat hatiku kejap kejap dengan rumah Allah. Semoga sebulan mensucikan diri di Universiti Ramadhan ini, aku akan keluar sebagai seorang graduan yang berjaya. Berjaya dalam erti kata yang sebenarnye. Berjaya bukan sahaja pada luaran ataupun sudut material semata, malah juga kejayaan yang diredhai oleh Yang Maha Pencipta.
Ahlan Wasahlan. Selamat Datang Wahai Ramadhan. Sudah lama aku menunggumu. Aku sangat rindu padamu. =)
P/S: 1st entry yang macam baik siket, kalu ade sebarang fakta ataupun ayat yang kurang tepat, minta tolong betulkan. Sama sama kita berkongsi sedikit sebanyak. =)
No comments:
Post a Comment