Wednesday, July 27, 2011

Masjid Kristal & TTI.. xD


Nak ke Masjid Kristal, jauh gak jalannye nak kena pusing. Sebab benda alah tu kat pulau kan. Pulau Wan Man kan nama dia.  Mula mula sampai tu, wah. Masjid Kristal ni sume ade kat dalam Taman Tamadun Islam (TTI). Taman ni menempatkan monumen dan replika senibina Islam dari seluruh dunia. Dari Masjid Kubah Emas kat Brunei, sampailah Masjid Haram kat Mekah. Sumenye ade replika kat sini. Tempat memang gempak dah. Tapi yang tekbestnye, asal tempat ni kosong je? Macam tak de pengunjung.


 Dah sampai sana, tgk dia nye river cruise pun tak beroperasi. Sume kedai tutup. Aku ingatkan nak la beli cenderamata ke barang seketul dua  untuk buah hati siket.haha. Tapi usahkan cenderamata, kedai jual air sirap  pun tutup. Jumpa orang kat dalam ni pun, tak sampai sepuluh orang. 2 orang guard  kat pintu gerbang nak masuk tu, 2 orang guard yang jaga kat pintu Masjid Kristal, pastu Nuar yang datang skali ngan aku, pastu ade la 2 orang makcik yang duduk dekat jeti cruise tu. Rugilah kalu camni. Buat benda mahal mahal, tapi tak de pengunjung. Nuar cakap, pengunjung takde akibat daripada perhimpunan BERSIH 9 Julai tu kat KL. Wallahua’lam. Mungkin betul mungkin juga tak. Sebab aku tengok air dalam kolam tu, berlumut semacam je, macam tak terjaga. Kami datang kat sini, 12 Julai. Ok.

Tapi Masjid Kristal ni pun, jauh sangat ngan tempat orang duduk. Maksud aku, yelah. Sebab jauh nak masuk ke dalam. Lagipun kalu kampung yang berdekatan, mesti dah ade masjid kan. Mungkin betul kot ade yang cakap masjid Kristal yang dibuat ni satu pembaziran. Masjid ade, tapi takde yang megimarahkan. I donno. Mungkin dibuat hanya sebagai mercutanda??

Tapi jujur la..masjid ni memang cantik. 5 bintang aku bagi. =). Saiznye  sederhana je, 17 saf je ade kat dalam tu.( wah, semangat aku kire,haha). Kat dalam masjid dia pun nampak mewah semacam je. Tapi siryes sunyi kat sini. Lengang gile. Seperti sebuah istana yang kematian raja, seolah sebuah taman yang kehilangan puteri. Cewah!  Tak de rupe tempat orang melancong pon. Edutainment Park la konon. Sejam kat sini, pastu balik. Malas nak cite banyak, tengok la gamba ni puas-puas ye. Pakcik Salleh  aku cakap; ‘a picture tells a thousand story’, so, cari la banyak banyak story dalam ni ye. Ok dah, babai~

bawah kubah utama

depan masjid

lengang

dari jauh

mimbar dan mihrab

pemandu pelancong rehat.. xP

Pintu gerbang TTI

ruang solat

TTI

car park

river cruise

No comments:

Post a Comment