Semalam aku balik naik ketapi, dari rumah kakak aku kat Tanah Merah tu nak balik Gua Musang. Besela kalu naik ketapi aku bukan duduk kat dalam pun, aku suka dok kat pintu. Bukak pintu tu nganga mulut luas-luas, yelah makan angin kan..hehe. Memang bahaya pun dok bertenggek kat pintu gerabak mase ketapi tengah jalan kan. Tapi takpelah, aku kan pro..hahaha.. =P. (P/S: Please don’t try this at home).
Memanglah, aku ni bolehlah dikatakan membesar dalam ketapi je. Dulu masa zaman sekolah menengah, aku naik ketapi je berulang- alik tiap minggu nak pegi asrama. Sekolah aku kat Kuala Krai, lebih kurang 100km jugak lah daripada rumah aku di Gua Musang ni. Bila dah masuk form 4, pindah skolah kat KL, sama jugak. Aku berulang naik ketapi jugak nak balik rumah. Jarang sangat aku naik bas. Bukan ape, memang la naik ketapi lambat sket, tapi bagi aku, aku lagi suka. Tak tau nape, sebab genetik kot.hehe. lagipun bagi aku ketapi lebih selamat la berbanding bas. Gerun aku. Tambah tambah kalu nak balik Kelantan tu, jalannye mak ai.. kalu dari KL, ketapi 10jam sampai Gua Musang, bas 5 jam. Tapi kalu dalam ketapi, buleh jalan2, lepak borak2 ngan sape2 yang sudi berborak,haha. Ade tandas, kafe, kalu nak tido pun ade katil (kalu tiket katil laa)
Yang lagi bestnye naik ketapi gi skolah ni, rase cam Harry Potter pon ade, nak gi Hogwart kan..hehe
Yang aku nak cite ni, semalam, ketapi yang aku naik tu langgar lembu.. banyak sangat yang lepak kat atas rel tu kot. Sampai 4 ekor kena langgar. Aku masa tu duduk kat pintu. Terkejut aku bila tiba-tiba je batu yang atas jalan tu terpercik tinggi. Kena tangan aku. Nasib baik tak kuat sangat. rase pedih siket2 je. Ade gak r yang luka kena batu, padan muke, sape suruh duduk kat pintu kan.
Memang tak rase pape pun kite dalam ketapi tu. Kalau bas yang langgar sekawan lembu, entah la camne. Batu terpercik tu pun sebab lembu tu kene seret dek ketapi. Tapi yang slek siket nye, mayat arwah lembu tu tersangkut kat tayar ketapi, sampai ketapi ter-stop. So, bila tengok pekerja ketapi turun, aku wat mandai sdiri r. Turun jugak nak tengok. Memang lembu agak besar la jugak. Patut la sampai stop ketapi. Berlagak jadi wartawan Sinar Harian jap, amek gamba..haha
lembu vs keretapi |
Memang teruk hancur lembu ni. Tersiat terus kulit. Kepala ntah ke mana. Yang tersangkut ni masih bayi lembu kot. Mak ayah dia tak sangkut lak kat tayar ni. Tula, sape suruh main kat rel ketapi, ingat playground ke.. bodoh punye lembu, macam lembu!! Huh!
Setengah jam jugak la stop ketapi tu, pekerja dia potong nak kuarkan bangkai. Satu ketapi bau daging kot. Daging fresh.haha..
Driver ketapi tu cakap, banyak sangat lembu atas rel. Membebel dia kat tuan lembu ni. Lembu tak tambat. Da bunyi hon panjang dah. Da ajal sampai kot. Sekeluarga tu. Bukan mati katak ok, mati lembu.haha. bila dah jadi macam ni, memang tuan lembu tak kan mengaku punyelah lembu tu dia punye. Bulih kena saman kalu ngaku, yelah, lepas lembu main suke je kan. Menyusah kan orang je.
ramai yang nak jadi wartawan la pulak~ |
Ok babai.
menarik..
ReplyDelete