Lepas bertolak dari Kuantan jam 2pagi, aku ngan Nuar sampai di Stesen Bas Kuala Terengganu jam 5pagi. Siryes kami tido mati, sampaikan driver bas yang datang kejut kami, sebab tak bangun. Masa tu bas da kosong, tinggal aku ngan Nuar je.haha.
Rasa sekejap sangat dok dalam bas. Malam tadi mase beli tiket bas S.P Bumi, aku ingatkan dapatlah malam ni 1st time aku merasa nak naik bas double-deck( sebab aku salu tengok bas S.P Bumi double-deck), tapi rupenye bas yang datang, setingkat je. Hampeh. Kempunan aku nak naik bas 2 tingkat.haha
Rasa sekejap sangat dok dalam bas. Malam tadi mase beli tiket bas S.P Bumi, aku ingatkan dapatlah malam ni 1st time aku merasa nak naik bas double-deck( sebab aku salu tengok bas S.P Bumi double-deck), tapi rupenye bas yang datang, setingkat je. Hampeh. Kempunan aku nak naik bas 2 tingkat.haha
Sampai je, tunggu kawan Nuar jap yang datang dari Ipoh. Idham namanye. Dia datang sebab nak ambik passport yang tertinggal kat umah sewa dorang. Nak ke Indonesia katenye, ade program university. Bapuk best!!hahah
Lepas tu, aku ngan Nuar pegi ke masjid Air Puteh, nama rasmi dia Masjid Abidin Kuala Terengganu.
Sambung tido lagi kat sane. Ape daa… bukannye nak wat qiam ke ape..heee~
Masjid Abidin Kuala Terengganu |
Masa azan subuh, ada sorang chinese yang kejut kami. Terkejut gak aku. Tiba tiba je ade yang mate sepet macam tu datang kejut subuh, dah la putih, berjanggut..ish malaikat ke ape ni… cuak sekejap..=P
“sedala mangun, sulah azan subuh, jom kita solat jemaah maaa..”, gitulaa ayat dia lebih kurang, aku mamai2 lagi..
Lepas solat tu, kira nak tunggu kawan aku datang jemput la.. sebab dia janji nak datang pagi pagi jemput kami. Pagi lah sangat kan, jam 9.30 baru nampak batang idung si Iswan tu..hehe
Sementara tunggu Iswan datang tu lah, aku n Nuar lepak di tangga masjid tu, berborak borak dengan pakcik chinese yang kejutkan kami subuh tadi. Rupa rupanya pakcik tu muallaf. Baru 8 bulan peluk agama Islam. Nama dia Muhammad Khalis bin Abdullah kalu tak silap aku. Dari KL. Banyak jugalah yang kami borakkan. Sesungguhnye aku kurang paham sangat dengar dia cakap, bahasa Melayu yang digunakan sangat pelat.
Aku cuba nak tanye dia, macamana buleh tertarik dengan Islam. Sedang aku berfikir fikir nak susun ayat yang sesuai, seolah boleh membaca minda aku, dia tanye , “kamu tak nak tau ke macamana saya boleh peluk Islam?”( gitula lebih kurang ayat dia setelah ditranslatekan mengikut tatabahasa melayu yag tepat,hehe)..
“A ah, macamana boleh pakcik tertarik dengan Islam ye? Dulu pakcik ni agama ape?”, pucuk dicita ulam mendatang, terus aku bertubi tubi meyemburkan soalan kat pakcik tu.
“Dulu saya agama Buddha. Tapi saya suka tengok TV9. Kat TV 9 lah saya kenal Islam, saya tertarik dengan Islam. Saya terkesan dengan nilai nilai Islam yang ditunjukkan di channel tu”. Terdiam aku dengar pengakuan pakcik tu. Ya ALLAH, betullah hidayah itu milik Engkau. Engkau beri hidayah kepada siapa sahaja yang Engkau kehendaki, Engkau sesatkan siapa sahaja yang Engkau sukai. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Tahniah aku ucapkan pada TV9, bertambah lagi seorang saudara seagama kita. Mungkin pakcik Khalis ni salah seorang daripada ramai lagi yang terkesan dengan nilai Islam yang banyak disiarkan oleh stesen TV ni. Kalau kita perhatikan, banyak jugaklah rancangan kat TV9 ni yang beri nilai yang baik pada kita. Kartun Upin Ipin pun banyak mendidik adik adik kita tentang agama Islam dan adat, adab serta nilai murni masyarakat Melayu. Tu belum lagi rancangan lain yang beri manfaat, dengan Halaqah-nye, Adik & Al-Quran lah, Tanyalah Ustaz lah, Ustazah lah banyak lagilah. Semanis kurma, manisnye kurma ini..haha. Tapi kita ni jarang tengok benda macam ni kan, kalu ade je rancangan macam ni, tukar channel. Tapi kalu rancangan sinetron Hikmah Dalam Cinta ke, telenovela Marimar ke petang2 tu, tak berkelip mata kan..hehe. aku cakap aku laa..bukan korang,hehe
Bila aku tanye pakcik Khalis tu tadi pasal anak dan isteri dia, aku tengok berubah muka dia. Acap acap berkelip matanye. Dia dah berpisah dengan anak dan isteri katanye. Anak n isteri sumenye belum dapat hidayah macam dia. Sedih gak aku dengar. Kesian pun ade. Tapi nak buat macamane kan.
Pakcik tu banyak cakap pasal sunnah. Dia ada simpan janggut. Dia kata dia mula simpan janggut sebab nak ikut Nabi. Dia tengok janggut sejemput kat dagu aku, dia cakap orang laki yang ade janggut, pompuan suka..yeke?? kembang sekejap aku rase..haha. Dia tanye aku mana jambang? Aku cakap aku bukan keturunan Pakistan, macamana nak ade jambang..hahaha. pakcik tu cakap orang cina tak suka simpan janggut sebab taknak sama dengan orang Islam. Tu yang dia cakap lah..
Lepak kat tangga tu, ramaila yang lalu lalang nak naik, bagi salam kat kami. Bersalam. Sempatlah aku cerita sedikit keindahan Islam kat pakcik Khalis. Aku tau, aku ni bukannye alim sangat bab-bab agama ni kan, tapi setakat nak berkongsi serba sedikit yang aku tau ni, tak menjadi masalah kan. Lepas ada yang bagi salam kat kami tu, aku bagitau pakcik tu..salah satu keindahan dalam agama Islam, kita saling mendoakan antara saudara seagama kita. Salam yang diucapkan sebenarnye satu doa. Sunat memberi tapi wajib untuk menjawab. Pakcik tu angguk je, dengar. Aku tau, dia sudah tau pasal ni, tapi dengar banyak kali, boleh juga mengingatkan si pemberitahu dan si pendengar. Kan.
Jam 9.30am, Iswan text cakap da nak sampai. Pakcik tu ajak aku n Nuar juin kelas Fardhu Ain kat masjid sebenarnye, takpelah, kawan da sampai kan. Janji nak jumpa kat Dataran Shahbandar. So, kami bersalam dengan pakcik tu dan tinggalkan masjid.
Harap satu hari nanti dapat lagi aku jumpa dengan pakcik tu. Semoga ALLAH beri hidayah kepada bekas isteri dan anak pakcik tu jugak, amiinnn…
oooo..mae ganu bknnye nk oyak katku..ceh~
ReplyDelete