Friday, April 29, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


sumber: FB

Ke mana pergi subsidi kami? — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ini adalah sajak yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, seorang ulamak yang tersohor di Malaysia.
Semua orang kenal dia dan setiap ahli politik dari kedua pihak sentiasa berminat untuk menarik beliau kedalam parti mereka. Ideologi beliau boleh dikatakan versi baru Kaum Muda ( rujuk buku teks Sejarah Form 3). Ideanya sentiasa releven dengan keadaan politik semasa pada hari ini. Baca, faham dan fikir secara mendalam sajak ini..hehe..


sumber: link

Monday, April 25, 2011

di puncak~


 sangat lama tak update belog..hehe
banyak cerita2 yang best2 da tertinggal nak cite..takpelah kan..
da tak hot da cite tu..malas nak cite..heee~

Jumaat lepas aku gi mendaki UMS peak..yelaa aku tengok kawan2 yang blaja kat semenjung ralit je dok daki Broga Hill, rase jeles la jugak kan.. so, kami pun rancang la nak daki gak..hehe
UMS peak ni mungkinla tak setinggi Broga Hill tu, tapi oleh sebab nama dia 'peak', so dia menjadi tempat yang paling tinggi la dalam UMS ni..hehe

kami yang rancang, naik sama2 ngan ahli Kelab Kalimah..
so, petang tu jalanlah kami sume..dari kampung E ke canselori, then mulakan pendakian..agak jauh laa..berpeluh lencun baju..hee


aku rasa berjalan hampir stengah jam jugakla sebelum sampai ke kaki bukitnye..

bergambar di kaki bukit
rungkas2!
lagi 500meter!!
lepas tu baru perjalanan mendaki naik peh bukitnye curam..sampai ade yang muntah2 naik bukit ni..yang hampir pitam pun ade, tapi akhirnya bila da sampai kat atas..hui, segala kepenatan hilang, melihat indahnye pemandangan kat atas..yelah, UMS kan tepi laut, then buleh nampak la bandaraya Kota Kinabalu dari sini... tapi yang takbestnye..asal rumput panjang?huh!
rehat jap, lepaskan penat..hee~
190m dari aras laut..takla tinggi sgt kan..

kami
Bandaraya KK n Teluk Likas..

lepas habiskan lelah kat sana, bergambar, makan2, minum2..then kami turun..ingat nak tunggu tengok sunset, tp takleh la nanti gelap nak balik macamane..hehe
lagipun malam tu kami rancang buat seprais yang sangat menjadi untuk akak n abang senior kelab Kalimah..menjadi laa..nanges2 dorang..hihi
guru silat aku, Abg Sham with Kak Za, Kak Ainon, n Kak Ayu..

sekian laporan untuk minggu ini..jumpa lagi di minggu hadapan..hehe~
~TAM MAT~