Monday, March 28, 2011

Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya..


Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter.. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..

Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.

Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.

Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!

Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. Bermain-main.

Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"

Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"
hiasan daa..


Akhirnya Azwan membuka cerita..

Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.

Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.

Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!

Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. Dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.

Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.

Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.

Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.

Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!

Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.

...

Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar:9)


p/s; Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM. Wallahu'alam.

Wednesday, March 23, 2011

lab Makan~

sebelum ni memang aku taksuka dengan lab. sejak zaman sekolah lagi kalu time lab tu memang mengantuk takpayah cakap la..tambah2 kalu lab fizik plak..nak je aku tido bawah sinki..hahah
lepas tu nak pulak kena wat repot lepas tu plak satu hal..adoimaakkk!!

tapi sekarang ada satu sebab la ketidaksukaan aku terhadap lab sedikit berkurang..ok la tu kan..
ade la suka sket nak masuk lab, tambah2 lagi kalu lab sensory evaluation of food..
sebab, kami hanya dijemput merasa dan makan sahaja, lab plak sekejap..biasalah, makan kan..hee~

lepas makan, kena catat2 sket..small the matter boss..sambil2 makan pon bley buat laa..haha

biskut rokok, jus apple, jus oren, soya
kalu time lab food physical lak..kena wat mcm dok kat dapor lak..cube tengok habes bersepah atas meja aku wat..mata tgok laen kot..nak style la kunun..hahah

kena banyak masuk dapur lagi ni..hehe

kadang-kadang terpikir gak, asik terai biskut je..bile la nak wat sensory test nasik ayam ke, kurang2 tosai BTC..hahah

babai, nak g makan sekut lak..hee~

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin Hampir

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
ahaha~
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar.

 Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


dicopy dari FB


Thursday, March 10, 2011

isteriku ROBOT!!

Pernahkah kita terfikir?
Akan ada satu ciptaan manusia..
iaitu robot yang boleh dijadikan isteri..
dan fungsinya sama dengan (bakal) teman hidup anda..??

hey, benda tu meang dah wujud la..
baca ni: 

Kegilaan saintis Jepun, Barat hasilkan robot bagi ambil alih peranan wanita

Aiko dan penciptanya.
KEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji.
Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi.

comel kan??hee
Kini, kegilaan saintis bertumpu kepada usaha penghasilan robot bagi memikul satu lagi fungsi manusia - menjadi peneman dan pasangan lelaki. Istilah isteri itu sendiri seakan kian hilang maknanya apabila kadar perceraian semakin meningkat dengan ramai lelaki, khususnya di Barat kini semakin tergila-gilakan robot perempuan untuk dijadikan isteri dan pemuas nafsu.

Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.

Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.

Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell. 
Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’ 

Douglas Hines dan Roxxxy-nya
“Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta.

Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.

Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata,

Namun 36C bukanlah robot teman wanita atau isteri tiruan. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Lagos, Dr Kingsley Abhulimen, pada 1983 satu robot perempuan Sweetheart tidak dibenarkan dipamerkan di Kolej Berkeley selepas petisyen dibuat mendakwa ia satu penghinaan kepada wanita.

Robot Aiko yang dijual pada harga RM54,000 setiap satu, adalah robot yang dilengkapi sistem ‘artificial intelligence’ atau fungsi menyamai manusia. Ia yang dibangunkan Le Trung di Kanada, memiliki ketinggian kira-kira lima kaki. Aiko atau ‘anak kasih sayang’ disifatkan peneman sempurna kerana selain mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan Inggeris, ia juga boleh memberi reaksi atau tindak balas terhadap pertanyaan dan sentuhan.

Ia juga boleh mengenal pasti objek di depannya kerana dilengkapi alat pengesan terhadap sebarang sentuhan atau kesakitan. Malah, jika pipinya dicubit atau bahagian lain badannya dikasari, Aiko juga boleh ‘bersuara’ meminta perbuatan itu dihentikan.

Robot Actroid juga mempunyai beberapa versi yang dimulai robot dikenali Repliee Q1 dan Repliee R1 yang dibuat berasaskan budak perempuan Jepun berusia 5 tahun. Model lebih canggih diperkenalkan pada 2005 dikenali dengan nama Aichi yang membantu orang ramai terhadap lokasi dan majlis tertentu. Ini diikuti penghasilan robot Actroid model berperanan sebagai pengacara pada tahun sama serta robot Actroid Sara pada 2009. Versi terbaru Actroid itu dijual di pasaran Jepun pada harga RM67,000.

Apa yang pasti, hampir setiap tahun robot wanita itu dihasilkan dengan pembuatan yang lebih terkini, termasuk rupa parasnya yang mirip wanita biasa dengan tubuhnya turut disaluti kulit menyamai manusia. Biarpun ada yang memujinya sebagai tahap kecerdikan manusia, tetapi hakikatnya ada juga pandangan bahawa penghasilan robot wanita yang sempurna, seksi dan patuh sebenarnya mencerminkan kekecewaan emosi pencipta mereka.

Antara robot popular:

Teman pesakit strok
Robot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.

Robot paderi
Mula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.
Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.

Teman kanak-kanak
Robot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.

Robot pelayan 
Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.

Pengurus rumah tangga
Suri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumah tangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba,iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam. 

sumber: BeritaHarian

komen aku:

Antara kelebihan yang sempat aku tilik kalu betulla robot ni bleh wat bini:

1) bulih suruh dia jawab soklan math, statistik ke..hehe
2)ajak dia men game, x-box ke..layan bola skali ke..
3) tak berebut remote tv kalu mase ade drama leleh kat tibi..
4) nampak je dia nak membebel, switch off her..hee
5) kalu kire mampu duit bnyak, bulih beli lebih dari 4..heheh

Kekurangan:

1) tak boleh suruh basuh pinggan nanti short circuit
2) tak kenal erti penat kalu time shopping, hui!!


P/S: 
ADAKAH INI MENANDAKAN AKHIR ZAMAN.....

ATAU KECANGGIHAN TEKNOLOGI

DAN KEHEBATAN MANUSIA ?

APAKAH PENDAPAT ANDA ?


"SESUNGGUHNYA CIPTAAN ALLAH ADALAH YANG PALING SEMPURNA"