Friday, December 16, 2011

SEMEGA: Joinventure Bersama Orang Asli~

Program Joinventure bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang. Ni merupakan kali pertama aku masuk ke kampung orang asli, walaupun tempat aku di Gua Musang merupakan antara tempat yang paling banyak perkampungan orang asli di Kelantan.
Orang asli di kampung ni ialah dari suku Orang Sungai. Perkara pertama yang kami buat bila sampai di sini ialah meronda sekitar kampung. Ya, mulanya sebelum sampai aku terbayangkan kampung orang asli yang hanya boleh masuk dengan pacuan 4 roda, mandi air sungai, dan sebagainya macam yang selalu tengok dalam TV tu. Tapi, rupanya kampung orang asli pun lebih kurang sama je dengan kampung Melayu yang biasa. Ada jalanraya, elektrik, air pili, masjid, dan Pusat Pembangunan Islam. Rasa kecewa pun ada gak, sebab ingatkan nak la naik 4x4 masuk hutan,hehe.


Tuesday, December 6, 2011

Selangkah Ke Menara Gading Zon Selatan 2011, Johor.

Hai apa khabar semua??.. Kali ni nak kongsi pengalaman siket.. minggu lepas, aku baru je balik dari program kat Johor. Selangkah ke Menara Gading. Waaahh, macam gempak kan nama beliau.hehe. Program ni anjuran Jabatan Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS dengan kerjasama Jabatan Orang Asli (JAKOA) Johor.Semua makanan, penginapan, tiket ditanggung sepenuhnye. Memang sangat best! Bajet lebih kurang 34K semuanye, JAKOA ngan UMS yang tanggung. Tempat tido yang selesa, makanan yang lazat dan berkrim,  kalah r BTC kebanggaan korang tuu..haha
Cruise @ Danga Bay

Thursday, December 1, 2011

Aku Pening KAu~ (APK)~


Welcome To Dessert Oasis.. xD

Selepas lebih dua bulan merancang, memerah idea, mencuba, bereksperimen, berbincang, bertekak, bermasam muka dan bergaduh-gaduh manja, akhirnya tamatlah sudah Karnival Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) semalam. Tiada lagi perlu pikir nak masak masak lah, nak survey barang-lah, nak beli itu-lah, nak beli ini-lah. Yang tinggal sekarang cuma part buat report dan presentation je.

Wednesday, November 9, 2011

Riang Ria IdulaAdha..di perantauan~

IdulAdha..
Lagi sekali dapat merasa raya di perantauan..
Cuti seminggu, memang rasa tak  berbaloi nak balik, lebih lebih lagi bagi orang yang  berpoket nipis macam aku ni..

ade lak beraya tempat orang repair kapal kan..

Thursday, October 27, 2011

Resipi Baru: Test Market

Tadi siang lagi sekali aku menjaja.. Round library promote minuman, gi promote kat bustop.. Segan memang segan, tapi aku tebalkan jugak muka ni.. Aku jual minuman ciptaan kami sendiri; Treasure Bowl.


Oh ya, yang ni projek APK( Asas Pembudayaan Keusahawanan) kami. Tugasan subjek ni, kami kena buat bisnes and bukak booth masa Pesta Tamu Gadang nanti (pesta Konvokesyen UMS). Oleh sebab kami dari Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, so setiap grup kena jual makanan sahaja. Lagi sebulan nak bukak booth, so tadi menjaja jaja tu kira macam nak test market la.. 


SSMP =)


Wednesday, October 26, 2011

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung... :D



Waduh waduh, saje kali ni aku nak tunjuk tiket plak. Sekarang tengah bising tiket Final Piala Malaysia Terengganu vs N9 mahal kan, abes FAM kena kutuk,haha. Tiket kena boikot. Padan muka FAM.haha. Tengok kat TV je nanti, lagi best, boleh tengok dari pelbagai angle, boleh replay, boleh baring baring sambil makan cekodok pisang ngan air kopi,haha. Tahniah lah pada pasukan Terengganu dan N9 yang mara ke final. Pada pasukan yang menang nanti, jaga piala elok elok ye, musim depan The Red Warrior ambik balik piala tu..kami bagi pinjam sekejap je kat korang, hehe xP

Thursday, October 13, 2011

Family Camp.. :D


Bertukar peranan. Kalu dulu aku yang jadi peserta, sekarang aku pulak yang jadi jawatankuasa pelaksana.hehe. Minggu lepas, selamat satu SSMP Family Camp dilaksanakan. Buatnye kat Pantai ODEC (Outdoor Development Centre), UMS, macam besaa.. tapi yang spesel sket tahun ni, kita buat camp dan berkhemah di pantai, dalam keadaan ribut kencang melanda tengah malam tu..naseb baek kejap je..terbang habes segala bagai khemah malam tu..huhu..

jawatankuasa