Waduh waduh, saje kali ni aku nak tunjuk tiket
plak. Sekarang tengah bising tiket Final Piala Malaysia Terengganu vs N9 mahal
kan, abes FAM kena kutuk,haha. Tiket kena boikot. Padan muka FAM.haha. Tengok
kat TV je nanti, lagi best, boleh tengok dari pelbagai angle, boleh replay,
boleh baring baring sambil makan cekodok pisang ngan air kopi,haha. Tahniah lah
pada pasukan Terengganu dan N9 yang mara ke final. Pada pasukan yang menang
nanti, jaga piala elok elok ye, musim depan The Red Warrior ambik balik piala
tu..kami bagi pinjam sekejap je kat korang, hehe xP
Gambar atas ni tiket forum Kafe Cinta. Saje
nak tunjuk. Ntah kenapa tergerak hati aku nak juin forum ni. Salunye forum free
yang ade, liat bebenor aku juin, tapi yang berbayar ni, sanggup pulak kan. Siap
aku belanje tiket kat kawan aku, mintak dia teman gi forum,hehe. Walaupun aritu
ada pogrem Excel Leadership Workshop
yang kena attend, tapi aku minta orang lain ganti aku, semangat punye pasal
kan. Ada dua sebab la aku rasa aku terbukak hati nak pegi. Pertamanye sebab
tarikan Fatimah Syarha tu sendiri. Ye siryes, aku beli tiket ni sebab nak
tengok Fatimah Syarha. Penulis novel yang menambat hati aku selain RAM,hehe. Sape
yang tak kenal Fatimah Syarha ni aku rasa dia memang kekurangan kasih
sayang,keh3.. ada satu entri aku sebelum ni yang yang amek petikan dalam karya
beliau, DI SINI. Tambah tambah tajuknye pun memang menarik; Cafe Cinta:
Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung, Bicara Kasih: Lautan Api Sanggup
Kurenangi. Sebab yang yang keduanya
pulak aku rasa taman taman indah dalam hati aku ni dah mula mekar
berbunge..cewah, Haktui!!! Bluweeekk! HUH!
Tapi manusia hanya mampu merancang, tuhan yang
menentukan segalanya. Aku sempat juin slot Bicara Kasih: Lautan Api Sanggup
Direnangi je, tupun slot Dr. Hatta Tarmizi dari Hospital Wanita dan Kanak Kanak
Likas. Kawan aku text suruh balik,
katanya ada hal lagi yang belum setel untuk Muktamar Tsanawi Kelab Bahasa Arab
jam 4 petang tu pulak. Balik buat slide ngan goreng ubi keledek untuk
jamuan,haha. Terasa sangat rugi. Tapi nak buat camner kan.huhu. hanya mampu
tengok kat YouTube jelah. Ni, jom layan sama sama.hee~
Dan Alhamdulillah, muktamar petangnye pun
berjalan lancar. Dan berakhirnye muktamar petang tu maka rasmilah perletakan
jawatan aku. Harap Jawatankuasa yang lain dapat teruskan perjuangan sebaiknya.
Gambatte!!
No comments:
Post a Comment