Thursday, December 1, 2011

Aku Pening KAu~ (APK)~


Welcome To Dessert Oasis.. xD

Selepas lebih dua bulan merancang, memerah idea, mencuba, bereksperimen, berbincang, bertekak, bermasam muka dan bergaduh-gaduh manja, akhirnya tamatlah sudah Karnival Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) semalam. Tiada lagi perlu pikir nak masak masak lah, nak survey barang-lah, nak beli itu-lah, nak beli ini-lah. Yang tinggal sekarang cuma part buat report dan presentation je.


Terima kasih banyak-banyak diucapkan pada semua crew Dessert Oasis Corporation, terutamanya Mar yang merangkap penolong aku, Vice Marketing Manager. Makhluk ciptaan tuhan yang satu ni banyak bantu aku, dia jugak yang ajar aku masak Black Humour, daripada aku taktau ape sehingga masakan aku mencapai tahap ‘awesome’..(orang cakap laa..hehe)..xP.


Desset Oasis CREWS~ xD
Banyak benda yang aku belajar sepanjang proses ni berlangsung. Yang pertamanya, oleh sebab kumpulan kami majoritinya Chinese, so aku didedahkan sedikit sebanyak tentang cara bisnes orang Cina. Kumpulan kami seramai 10 orang, 7 daripadanya adalah Chinese dan selebihnya Melayu. 3 lelaki kurang kacak dan 7 perempuan cantik-cantik,haha. Bekerja dengan Chinese, kita akan dapat rasa perbezaan yang ketara. Mereka amat pentingkan masa, ketepatan dan kecekapan. Macam la kaann.. Kadang-kadang penggunaan bahasa yang tidak fasih membuatkan ketidakfahaman berlaku dan konflik terjadi. Tapi Alhamdulillah segala konflik yang timbul dapat kami atasi melalui perbincangan dan penerangan. Lagi satu, pengajaran yang dapat aku timba, dalam sebuah organisasi, setiap ahli mesti pandai nak bertolak ansur dan pandai bermain kata. Ayat yang digunakan mestilah tidak menghiris kalbu setiap masa. Hati orang kena jaga. Almaklumlah orang Melayu ni lebih gemar cakap berlapik, Chinese pula direct straight to the point. So, pandai pandai la  jaga. Pengalamaaaann..  

Lagi satu, backup plan mesti selalu ada dalam setiap benda yang kita buat. Macam masa Ekspo APK ni, first day, hari Isnin, tak ramai pelanggan yang datang sebab hari ni cuti, ganti cuti Maal Hijrah. So, untuk melariskan jualan, terpaksa la aku menjaja dengan Mar. Menjual Treasure Bowl ngan Black Humour  sejak dari dalam ekspo, sampai ke Dewan Canselor, sampai ke Tamu Gadang. Tak kira sapa, muka da tak malu dah. Kalu ada terserempak kawan kawan yang aku kenal, memang kopem la kena paksa beli.haha.. 


menjaja jaja jaja~
Second day pula, petang tu hujan. So jualan Treasure Bowl kurang laris la siket. Yelah, sape nak minum air sejuk hujan hujan kan. So, terpaksa la sekali lagi aku ngan Liew menjaja jaja, meronda Tamu Gadang, masuk segala bagai kolej Kediaman, blok ke blok, menjaja di Kafeteria, menjaja di bus stop. Adoiyai. Terima kasih pada kawan kawan aku yang membeli produk kitorang. Kepada Seha and da Geng, terima kasih sebab borong produk aku sampai habis. Aku tau ko borong sebab ko nak tolong aku habiskan cepat produk kami kan. Thanks a lot. Korang APK sem depan kang, aku tolong pulak.hehe. Kepada kawan kawan yang dipaksa beli, sori banyak banyak ye, padan muka korang, sape suruh tak menyorok.haha. Dan sesungguhnya, aku pon sama kena paksa beli, dengan keychain-lah, dengan angry bird-lah, dengan froggy-lah, dengan pokok cactus –lah, makanan tak yah cakap la, naik senak perut aku.haha. Tapi membe punye pasal kaann..hurm~


khusyuk
Oh ya, seharian sebelum ekspo tu, kami bertungkus lumus memasak. Black Humour, aku ngan Mar yang buat, Treasure Bowl, geng2 lain yan buat, diketuai oleh Jia Wing. Dari pagi sampai malam, kami bersengkang mata menyiapkan barang jualan. Hasilkan 222 bijik Black Humour n 200 unit Treasure Bowl, agak memenatkan. Tapi puas.

Black Humour~
Alhamdulillah, untung keseluruhan kami mencecah hampir RM900..meskipun modal kami hanyalah RM500. Untuk jualan Black Humour saje, kami dapat RM222, dengan kos hanya RM86.35.hehe. Agak berbaloi. Harap harap, dengan sedikit sebanyak pengalaman yanag dapat ditimba ni, dapatlah aku berbisnes dengan lebih berjaya di masa depan. Yosh!

Dan, harap harapnye, kami semua dapat A untuk subjek APK. Amiinn~

No comments:

Post a Comment