Hai apa
khabar semua??.. Kali ni nak kongsi pengalaman siket.. minggu lepas, aku baru
je balik dari program kat Johor. Selangkah ke Menara Gading. Waaahh, macam
gempak kan nama beliau.hehe. Program ni anjuran Jabatan Akademik dan Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS dengan kerjasama Jabatan Orang Asli (JAKOA)
Johor.Semua makanan, penginapan, tiket ditanggung sepenuhnye. Memang sangat
best! Bajet lebih kurang 34K semuanye, JAKOA ngan UMS yang tanggung. Tempat
tido yang selesa, makanan yang lazat dan berkrim, kalah r BTC kebanggaan korang tuu..haha
Cruise @ Danga Bay |
Kami 29 orang fasilitator bertolak dari KKIA ke Senai Airport 9hb Nov, flight petang jam 4.30pm. kenapa, tak pecaye ea aku jadi fasi??haha.. Cayalah. Sampai kat Senai lebih kurang jam 7.30pm macam tu laa.. terlambat 30 minit sebab flight delay.
Sesampai je kat Johor, malam tu kami dibawa menginap di Lembaga Pembangunan PELADANG, di JB kalu taksilap laa..hehe~
Esoknya, kami ada program joinventure dengan masyarakat orang asli kat Kampung Orang Asli Simpang Arang, di Gelang Patah. Seharian suntuk di sini. Banyak benda yang kami buat. Nanti aku cite kat SINI. Malam tu, kami dibawa meronda sekitar JB, pergi Danga Bay, dsb.
Esoknya,
hari Jumaat 11 November 2011, barulah bermulanye kem motivasi Selangkah Ke
Menara Gading ni. Program ni buat di Pusat Latihan Dan Rekreasi FELCRA, Tebing
Tinggi, Segamat. Program 3 hari 2 malam ni, yang keseluruhan program adalah
dihandle oleh kami fasi UMS, bagi aku adalah program yang sangat berjaya. Malam
tu, kami buat program ‘Jangan Kau Seru Namaku’, lebih kurang
macam burung hantu laa.. treking dalam hutan tebal, waktu malam, seraaamm..
tapi orang asli ni bagi aku sangat sangat tough.
Malam
seterusnya, malam last, kami buat Malam Tom Tom Bak.. Lebih kurang macam malam
kebudayaan la jugak. Dan, orang asli sangat sporting. Havoc habis. kami fasi
import khas tarian Sumazau dari Sabah ke sana. Lagu Anak Kampung n Sayang
Kinabalu jadi feveret peserta
lak..hehe..
Lepas Tom
Tom Bak tu, ada pogram Malam Penghayatan pula. Bagi aku, sesi ni
lah yang paling berjaya sekali. Kami berjaya buat semua peserta menangis.hihi.
sekarang baru aku tau, yang dulu dulu masa aku juin kem motivasi, apa rahsia
fasi fasi kami.hehe. and jadi fasi ni sebenarnya hendaklah pandai berlakon. Ok.
Hee~
Esoknya, 13
November, hari last. Lepas bergambar dan segala bagai semua, kami berpisah.
Fasi fasi dibawa menginap di Kluang, di JAKOA punya penginapan. Malam tu, kami
dilepaskan untuk meronda sekitar Kluang pula. Esoknya, 14 November, pagi pagi
lagi kitorang dah dihantar ke Senai Airport. Fasi UMS terpecah kepada 2
kumpulan, 1 grup naik flight pagi jam 8pagi, dan group aku seramai 8 orang kena
tinggal sebab flight kitorang jam 7malam. Dan untuk menghabiskan sisa sisa 9jam
di airport, sempat laa kami 8 orang meronda ronda lagi sekitar JB.
JB Sentral |
Lepas, tu,
flight jam 7malam n 9.30, sampai!
xD
No comments:
Post a Comment